PART 5

483 70 17
                                        


MY ONLY GIRL
(EPISODE 5)

Hyuna yang ketika itu baru keluar dari dapur menaiki tangga untuk ke biliknya. Sampai sahaja,dia terkejut melihat Jimin yang terpacak di situ. Dia ke kanan Jimin ke kanan, dia ke kiri Jimin turut ke kiri.

"tepilah. Aku takde masa nak main dengan kau" jeling Hyuna. Jimin tak menjawab sebaliknya menarik Hyuna mengikutinya.

"apsal kau bagitau Appa pasal Eunji? Kau memang saja kan?" soal Jimin.

"dah Appa kau tanya, aku jawablah" kata Hyuna.

"oo menjawab, lepasni kau jangan bagitau apa-apa  kat Appa, kalau tak aku..."

"aku apa?" Hyuna memotong kata2 Jimin.

"aku cium kau depan Aemi, Minhyuk & Jungkook. Eh silap, kat kafe, dpn org ramai.Kau nak kena gosip 1 Uni? Mesti rekod kau akn tercalar & tak dapat wakil Uni utk tournament akn datang" Jimin memegang pipi Hyuna sambil senyum lebar.

"Buat sekarang kalau berani! aku patahkan kaki tangan kau!" balas Hyuna, macamlah dia tak tau sikap suka mengugut Jimin. Jimin ketawa, Hyuna ni memang saja nak cabar dia.

"okey, aku jamin kau akan ingat ni sampai bila-bila" Jimin menuju makin rapat...lagi rapat...rapat lagi..dan

"Uncle!! Jimin bu.." jerit Hyuna sekuat hati dan sepantas itu jugalah Jimin menutup mulutnya.

"hei, jangan jeritlah! Nanti Appa dengar" kata Jimin.

“kenapa menjerit ni Hyuna? Jimin ada buat sesuatu kat kamu ke?” soal En Park dari muka pintu biliknya.

“eh mana ada. Hyuna ni menjerit sebab nampak lipas. Kan Hyuna kan?” ujar Jimin yg masih menutup mulut Hyuna. Hyuna terpaksa menganggukkan kepalanya. En Park mengangguk dan menutup kembali pintu biliknya.

"lepasni jangan bagitau Appa tentang Eunji lg, kalau tak aku akan buat lg teruk dari ni!" kata Jimin dan meninggalkan Hyuna di situ.

"eleh, nak ugut aku konon. Tak takutlah" kata Hyuna sambil menaiki tangga untuk ke biliknya.

******************************************

Hyuna menarik nafas lega apabila tiba di rumahnya, 3 hari berada di rumah Jimin bagaikan berada di sekolah juvana. Memang Jimin bulinya kaw-kaw.

********(FLASHBACK)***********

“perempuan  tak elok baca buku macam ni” Jimin mengambil buku dari tangan Hyuna. Buku tentang pembunuhan kejam. Appanya tiada di rumah, bolehla dia buli Hyuna lagi.

“bagilah! Jangan ganggu aku boleh tak?! Aku tengah study ni!” marah Hyuna sambil cuba mengambil buku dari tangan Jimin.

"Study kemendanya baca novel mengarut macam ni?" Soal Jimin.

"Eh mangkuk, aku baca untuk aku punya presentation lah. Bagi balik!" Marah Hyuna. Jimin menggaru dagunya, lupa pulak Hyuna kan student law.

"ha ha. ambillah” Jimin mengangkat buku tersebut tinggi-tinggi. Terlompat-lompat Hyuna mahu mengambil buku tu.

“Ooo, nak main-main dengan aku, ambik ni!” Hyuna melompat ke atas belakang Jimin dan menarik rambut Jimin menggunakan kedua belah tangannya.

“eh turunlah!” Jimin cuba merungkaikan pegangan Hyuna pada rambutnya.

“Oo, selama ni kau ingat aku diam, aku takut" Hyuna masih menarik rambut Jimin,

“turunlah! jangan tarik-tarik sakitlah.Eh..eh…” Jimin hilang imbangan dan jatuh. Dua-dua menggosok kepala yang terhantuk di lantai.

"Err kamu berdua buat apa ni?" Soal En Park dari pintu depan yg terbuka.

[C] My Only Girl [PARK JIMIN : 박 지민 ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang