PART 8

408 54 43
                                    


MY ONLY GIRL
(EPISODE 8)

Hyuna duduk termenung di atas buaian di taman permainan yang selalu dia dan Jimin bermain masa kecil dahulu.

“taulah ada masalah dengan girlfriend or study or whatever, tapi jangan nak lepas kat aku. ingat aku ni tunggul ke apa? Suka hati nak tengking orang. Aku nak kawan dengan J-Hope pun salah ke? dia tu takpe pulak berkepit dengan Eunji. Tak adil betul!” bebel Hyuna.

“mana pula budak ni pergi, selalunya ada kat sini” bisik Jimin sambil memandang kiri kanan. Akhirnya dia ternampak Hyuna yang sedang termenung di atas buaian. Perlahan-lahan dia menuju ke situ.

I’m sorry” ucap Jimin perlahan sambil duduk di atas buaian sebelah Hyuna. Hyuna memusingkan badanya membelakangi Jimin.

“aku tau ni semua salah aku. aku tak patut tengking kau tadi, I’m sorry okey?” pujuk  Jimin. Hyuna masih lagi diam. Jimin menggaru kepalanya, payah bila Hyuna dah masuk fasa mogok+merajuk macam ni.

“aku..aku cuma  tak suka kau dekat dengan dia. Kalau dgn Jungkook & Minhyuk tu aku tak kisah” balas Jimin. Hyuna hanya diam. Nak tengok sejauh mana Jimin boleh sabar.

sorry la, okey aku janji aku takkan marah  kau atau tengking kau lagi, kalau aku buat jugak, kau boleh tumbuk aku” pujuk Jimin. Hyuna buat tak dengar.

“pandangla sini, aku bercakap dengan kau ni. Benci sangat ke kau kat aku sampai tak nak pandang muka aku?” Jimin menarik buaian Hyuna menghadapnya. Hyuna masih lagi diam dan memandang ke lain.

“okey, sebagai tanda maaf, aku nak bagi kau ni” ujar Jimin. Hyuna hanya memandang dengan ekor mata Teddy Bear di tangan Jimin.

“ambillah, lenguh tangan aku pegang ni” pujuk Jimin. Hyuna masih lagi diam, nak ambil ke tak nak? kalau dia ambil nanti nampak sangat dia ni mudah dipujuk. Baik dia tak payah ambil.

“Hyuna..” panggil Jimin sekali lagi. Namun Hyuna hanya buat dek dan beredar dari situ.
****************************************

Hyuna berjalan perlahan-lahan, sakit betul harinya bila teringat pasal tadi. Hyuna menjeling ke belakang, Jimin masih setia mengekorinya dari belakang, walaupun dari jauh.

"hmm sabar jugak dia ni" puji Hyuna. Tiba-tiba dia ternampak seseorang melambai ke arahnya. Hyuna tersenyum, orang tu! Orang yg sangat-sangat dia rindu. Dengan pantas Hyuna melangkah.

"aduh sakitlah! Apa ni?!" marah Hyuna apabila Jimin menariknya sehingga mereka berdua jatuh tergolek.

"kau dah gila ke apa?! Nak mati?! Tak nampak jalan tengah sibuk ni?!" marah Jimin dengan muka merah.

"nak mati apa kau ni? Aku nak jumpa...eh mana dia?" soal Hyuna. Tadi dia nampak seseorang, sekarang dia nampak..jalan yg tengah sibuk. Dia berhalusinasi ke apa ni?

"mana ada orang! Kau nampak siapa?! Ke kau teringin sangatnak mati?!" marah Jimin bertubi-tubi. Hyuna tunduk, memang sah dia berhalusinasi.

"td baru kau baru lepas cakap taknak tengking aku lg, sekarang kau mungkir janji" kata Hyuna perlahan.

"ok aku tak bermaksud nak marah kau lagi. Aku takut tengok kau selamba badak lintas jalan tadi. Aku minta maaf" ucap Jimin sambil memegang bahu Hyuna. Hyuna mengesat air matanya,

"tepilah!" Hyuna menolak Jimin.

*******************************************************

Hyuna menggalas beg masuk ke dalam rumah. Dah seminggu dia tak bercakap dengan Jimin, ni semua sebab sakit hati punya pasal. Hyuna terus mendaki tangga menuju ke biliknya,, sampai sahaja, dia dah nampak Jimin sedang berdiri di depan pintu biliknya. Hyuna berpatah balik menuruni tangga. Jimin dengan pantas mengejar Hyuna.

[C] My Only Girl [PARK JIMIN : 박 지민 ]Where stories live. Discover now