PART 16

401 46 8
                                    

MY ONLY GIRL
(EPISODE 16)

Hyuna menggeliat beberapa kali sebelum membuka mata. Jimin dah takde dalam bilik, mungkin dah pergi kelas. sehelai nota kecil yang ada di atas meja dibacanya.

'ubat aku dah siapkan. Ada atas meja'- Jimin-

Hyuna merenyukkan kertas tersebut dan mencampakkanya ke dalam tong sampah. Ingat dengan tunjuk sikap prihatin macam tu dia akan cair ke? Memang taklah!, Hyuna mencapai telefonya yang terletak di atas meja.

"satu hari ke aku tidur? Lama betul" bisik Hyuna apabila melihat jam dan tarikh di telefonya. Tanpa membuang masa dia menuju ke bilik air. Setelah siap berpakaian dia turun ke dapur untuk bersarapan.

"erm baru bangun? Jimin tu risau tengok kamu tak bangun-bangun" ujar Appanya. Hyuna mencebik, yelah tu risaukan dia. Entah-entah kalau dia tak bangun terus pun Jimin tak kisah.

"dah lama ke Jimin keluar?" soal Hyuna
"adalah dalam setengah jam yang lepas" sampuk Eommanya.

*********************************

Hyuna sedang berehat di kerusi di luar rumahnya. Eomma dan Appanya dah balik, sekurang-kurangnya dia boleh menarik nafas lega, tak perlulah dia berlakon dan menghadap muka Jimin lagi. Sebuah kereta berhenti di luar rumah dan Jimin keluar sambil menutup pintu.

"dah makan?" soal Jimin sambil duduk di hadapan Hyuna. Hyuna tak menjawab sebaliknya ingin berlalu dari situ namun sempat ditahan Jimin.

"kau masih marahkan aku ke?" soal Jimin sambil memegang Hyuna.

"jangan sentuh akulah!" marah Hyuna. Matanya tajam memandang Jimin.

"aku minta maaf atas apa yang berlaku. Please bagi aku peluang" rayu Jimin. Hyuna rasa nak ketawa mendengar kata-kata Jimin.

"maaf? Kau tau tak apa perasaan aku bila kau buat macam tu? Sakit tau tak?! And disebabkan perbuatan bodoh kau tu, nyawa aku hampir melayang tau tak?!" kata Hyuna.

"so, betul la tekaan aku selama ni? Kau memang dah sukakan aku, kau je yang tak nak mengaku. sebab tu lah kau rasa sakit hati bila aku ada hubungan dengan Eunji kan?" soal Jimin kembali.

excuse me, what makes you think that I like you? Hello, aku tak suka kaulah. bukan setakat tak suka, malah benci!” balas Hyuna kembali.

"so kau nak cakap yang kau suka Jin lah? Hei Jin tu dah mati lah! Tak guna kau nak cintakan orang yang dah mati!" suara Jimin berubah kasar.

‘PANGG!!’ – Jimin memegang pipinya yang merah ditampar Hyuna.

“jaga mulut kau tu! At least masa dia ada sebelah aku, aku rasa gembira. Dia tahu nak hargai aku!, kau ada?!” soal Hyuna dengan kasar dan berlalu dari situ. Panas betul hatinya mendengar tuduhan Jimin.

**********************************

Hyuna berjalan pantas menuju ke kelasnya. Dah lama dia tak berjumpa dengan Minhyuk dan Aemi.

"eh Hyuna! Kau dah datang, rindunya aku kat kau!" ujar Aemi sambil memeluk Hyuna. Dah 3 minggu diorang tak berjumpa.

"kau datang sendiri ke? Naik motor?" soal Minhyuk.

"a'aa la. Datang sendiri" jawab Hyuna.

"laa, apsal tak datang dengan Jimin?" soal Aemi. Muka Hyuna berubah apabila mendengar nama Jimin. Aemi dan Minhyuk masih lagi tak tau masalah antara dia dan Jimin.

"malas nak menyusahkan dia. Lagipun tangan aku dah ok lah. Nak main besbol pun dah boleh ni" Hyuna membuat lawak.

"esok kau datang dengan kami jelah. Tangan kau pun macam tak ok lagi je aku tengok, aku pula yang risau" Minhyuk memberi cadangan. Aemi turut mengangguk setuju.

"erm boleh jugak tu" Hyuna terus bersetuju.

********************************

Jimin hanya memandang kereta yang berhenti di luar rumahnya. Masuk harini dah 2 minggu Hyuna pergi dan balik kelas bersama Minhyuk. Serius dia cemburu melihat kemesraan antara Hyuna dan Minhyuk.

"mulai esok, kau tak payah pergi dengan Minhyuk lagi. Aku hantar" kata Jimin apabila Hyuna masuk ke dalam rumah.

"kau siapa nak arah-arah aku?" soal Hyuna dengan kasar.

"I'm your husband! Aku ada hak nak arah-arah kau!" suara Jimin turut meninggi.

"lepas apa kau dah buat, kau still mengaku yang kau tu suami aku?" soal Hyuna dengan sinis. Jimin terdiam sekejap mendengar kata-kata Hyuna.

"aku tak suka kau dekat dengan Minhyuk tu" ujar Jimin sambil berpeluk tubuh.

"kalau tak suka, lepaskan aku. Kita settle cara baik, kau sign je borang ni. Habis cerita" kata Hyuna sambil meletakkan sehelai kertas di atas meja.  Jimin tercengang, Hyuna betul-betul nekad untuk berpisah denganya. Hyuna masih ungkit pasal penceraian tu.

"no! Aku takkan ceraikan kau!" tegas Jimin.

"ok takpe, nampaknya kau nak libatkan mahkamah dalam hal ni. Nah baca surat ni, aku dah pun buat permohonan kat mahkamah. perbicaraan kes kita bulan depan. Kalau kau tak datang, secara automatik mahkamah akan luluskan penceraian kita" Hyuna menakutkan Jimin. Jimin tersentak, Hyuna bertindak lebih pantas daripada dia.

"ok, apa yang boleh aku buat agar kau maafkan aku?" soal Jimin. Cuba untuk memujuk Hyuna.

"pergi jauh dari hidup aku. Tu je aku minta, aku dah tak boleh nak terus hidup macam ni. Aku betul-betul kecewa dengan kau" kata Hyuna. Serius dia dah benci tahap gila-gila dengan Jimin.

"kalau tu permintaan kau, sorry aku tak boleh buat" balas Jimin.

“Ooo, kau nak main api dengan aku? kalau tak pandai panggil bomba, jangan cuba-cuba nak main api. Aku takut kau yang akan hangus terbakar nanti” balas Hyuna sinis.

“kenapa kau berubah sampai macam ni sekali Hyuna?” soal Jimin. Hyuna sekarang dah tak macam dulu, Hyuna yang sekarang penuh dengan dendam dan benci.

“aku rasa kau lebih tau jawapannya” balas Hyuna dan berlalu dari situ.

Lagi beberapa ep je nk habis. Erm should I make them really divorce? Sad ending sounds good. Heheh

[C] My Only Girl [PARK JIMIN : 박 지민 ]Where stories live. Discover now