PART 13

421 55 6
                                        


MY ONLY GIRL
(EPISODE 13)

"makanlah sikit" pujuk Jimin. Hyuna memalingkan mukanya.

"keluar, aku tak nak tengok muka kau" ujar Hyuna sedikit kasar. Jimin mengeluh, Hyuna langsung tak mahu pandang mukanya. Setiap kali melihat mukanya, wajah Hyuna akan masam, berbeza kalau Aemi, Minhyuk dan Jungkook yang datang. Hyuna akan gembira dan tersenyum.

"kalau kau tak makan nanti kau lagi sakit" Jimin cuba memujuk. Hyuna menjeling dengan tajam, sibuk je nak mengajar aku. Dia taktau ke aku benci gila tengok muka dia. Tak reti-reti nak balik rumah ke?

"kalau aku lagi sakit pun kau peduli apa?! Pergi baliklah!" Hyuna mula naik angin.

"ok lah. Aku takkan paksa kau. Tapi jangan lupa makan ok? Aku balik dulu" Jimin meminta diri, Emosi Hyuna tengah tak stabil sekarang. Dia perlu bagi ruang pada Hyuna untuk bersendirian.

**************************************

Setelah beberapa hari berada di Hospital, Hyuna dibenarkan pulang ke rumah. Setelah beberapa minit memandu, Jimin dan Hyuna tiba di rumah mereka

"aku tolong kau" Jimin memegang tangan Hyuna apabila Hyuna ingin keluar dari pintu kereta.

"dont touch me! Sampai mati pun aku takkan lupa perbuatan kaulah!" Hyuna menepis tangan Jimin. Dia terus masuk ke dalam rumah tanpa mempedulikan Jimin. Ingat tunjuk sikap prihatin macam tu dia boleh lupa semua perbuatan Jimin, memang taklah. Jimin hanya memandang dengan keluhan.

*************************************

"kau macamana? Dah ok?" soal Aemi.

"Aku sakit sikit jelah. Korang ni risau sangatlah" jawab Hyuna. Jimin hanya memerhati, baru sekarang dia nampak Hyuna, itupun lepas Jungkook, Minhyuk & Aemi dtg melawat.

"yelah, kau dengan tangan patah tapi masih sibuk nak buat assignment lg. Tangan kau mana boleh banyak gerak" sampuk Jungkook. Hyuna yg sedang menekan keyboard berhenti & menjeling Jungkook. Dah mula dah mamat ni nak bagi kuliah medic kat dia. Selama ni pun dia dah cukup sakit telinga dengar Jungkook membebel pasal dia masih menyertai wushu tournament.

"Tak payah nasihat kepala batu ni, dia bukanya nk dengar" perli Minhyuk.

"dah cukup buat assignment, nanti tangan tu makin bengkak. Nanti lambat sembuh, esok sambung" Jimin memgambil laptop yg ada d depan Hyuna. Hyuna cuba mengambil kembali namun Jimin lebih pantas menyembunyikan d belakangnya. Hyuna buat muka tak puas hati, nasib baik kawan-kawan dia ada, kalau tak dah lama dia tumbuk Jimin.

"wah sweetnya kawan aku ni, jom Minhyuk, Aemi kita balik. Kesian kawan kita ni nak bersweet-sweet dgn bini dia" balas Jungkook sambil ketawa. Selepas Jungkook, Minhyuk & Aemi balik, Hyuna bangun menuju ke biliknya. Baru sahaja ingin menaiki tangga,

"wait kau dah makan ubat ke belum ni?" Jimin mendepangkan tanganya.

"Tak payah sibuklah!" Hyuna menolak Jimin ke tepi & menghempas pintu biliknya dgn kuat. Jimin memerhati ubat yg ada d atas meja, masih tak terusik. Maksudnya Hyuna langsung tak makan ubat. Makanan yg dia sediakan pun Hyuna langsung tak makan.

"payahnya dia ni nak maafkan aku" keluh Jimin.

*******************************************************

Jimin cuba memulas tombol pintu bilik Hyuna, berkunci!. Jimin mengetuk pintu, tapi tiada jawapan.

"Hyuna, bukalah pintu" panggil Jimin. Beberapa minit dia menunggu namun masih tiada jawapan. Jimin mengeluarkan kunci pendua dari dalam poketnya, sebelah lagi tanganya memegang dulang berisi makanan. Perlahan-lahan Jimin masuk ke dalam bilik Hyuna, kelihatan Hyuna sedang duduk menghadap laptopnya. Jimin meletakkan dulang berisi makanan di depan Hyuna.

"keluar" kata Hyuna.

"Kau makanlah dulu, dari tadi kau tak makan" pujuk Jimin.

"aku cakap keluar! Kau tak faham bahasa ke?!" Hyuna mula naik angin.

"aku bawakan makanan kegemaran kau ni. Makanlah sikit, nanti perut kau masuk angin" kata Jimin.

"Hei, suka hati aku nak makan ke tak! Itu hal aku! Get out!" tengking Hyuna sambil bangun. Jimin mengundur beberapa langkah, suara Hyuna hampir membuatkan jantungnya gugur. Garangnya, memang betul kata Jungkook, Hyuna kalau mengamuk memang boleh bertukar menjadi singa.

"apa kata kau makan sikit. Baru aku keluar" Jimin masih memujuk.

"keluar!" Hyuna membaling pasu bunga ke arah Jimin & pasu tu terkena kepala Jimin. Jimin memegang kepalanya yg berdarah.

"tunggu apa lagi?! Keluar!" jerit Hyuna. Dia mengambil gelas yang berisi air. Jimin cepat-cepat keluar dan menutup pintu. Dia perlu selamatkan dirinya, tak dapat bayangkan kalau gelas tu hinggap kepalanya. Brutal juga Hyuna ni, Jimin merenung pintu dan menarik nafas panjang.

****************************************

Jimin membuka pintu bilik Hyuna perlahan-lahan menggunakan spare keys, mesti Hyuna dah tidur. Hanya dengan waktu macam ni dia dapat dekat dengan Hyuna. Buka sahaja pintu, dia terdengar suara Hyuna bercakap sambil memegang frame gambar.

I miss you Jin, kenapa kau tinggalkan aku? kau tau tak squidward tak guna tu buli aku lagi. aku bencikan dia sangat-sangat. Sampai hati dia buat aku macam ni. Kalau aku mati haritu, mesti aku dapat jumpa kau" Hyuna memeluk frame gambar tersebut. Jimin mengetap bibirnya, sakit betul hatinya apabila terdengar nama Jin. Nama tu selalu disebut Hyuna, sampaikan Hyuna mengigau pun, Hyuna masih menyebut nama Jin.

“aku mesti lakukan sesuatu” bisik Jimin.

*****************************************

"macamana? Dia marah-marah  lagi ke?" soal Jungkook sambil menyedut minuman.

"makin garang singa sorang tu. Takut aku, sampai berbalut kepala aku kena pasu bunga tau" balas Jimin. Hanya Jungkook sorang je tahu masalah dia dan Hyuna.  Itupun dia terpaksa minta bantuan dari Jungkook memandangkan Jungkook salah seorang dari orang yg Hyuna sayang. Jungkook ketawa terbahak-bahak. Hyuna memang seorang yang garang, dia sendiri pun takut bila Hyuna mengamuk.

"dia nampak je garang tapi hati dia lembut tau. kalau nak pujuk dia, kau kena guna Reverse Psychology. Guna cara lembut, anggap je dia pesakit kau. Lagipun Hyuna kalau dia marah, dia akan marah sekejap je. aku kenal sangat Hyuna tu" kata Jungkook.

"entahla. Pening la aku nak pujuk dia. Kadang2 aku rasa hilang sabar juga, nak je aku letak ubat penenang dalam makanan dia" keluh Jimin.

"so macamana dengan Eunji? Putuskan hubungan?" tanya Jungkook.

"sekarang baru aku sedar yg aku lebih cintakan Hyuna berbanding Eunji. Maybe korang akan kata aku kejam sebab buat Eunji macam tu tapi aku rasa tu yg terbaik" keluh Jimin.

"Aku pun rasa macam tu, one more kau kena cepat-cepat lembutkan hati Hyuna balik. Aku takut dia makin bencikan kau, waupun depan kitaorang semua dia tak tunjuk" ujar Jungkook.

"entahlah, Dia langsung tak makan makanan yg aku sedikan, dia makan apa dalam bilik pun aku tak taulah. Ubat apatah lagi, sejak keluar dr Hospital dia langsung tak nak cakap dgn aku. Kalau cakap pun semua keluar ayat yg menyakitkan hati. Aku nak tinggalkan dia sorang-sorang kat rumah pun tak tenang" Jimin menggaru kepalanya.

"semua ni salah kau jugak, kau kenalah tanggung" Jungkook menepuk bahu Jimin.

Okey guys, harap anda yg baca ni dapat vote. Please!😣😣

[C] My Only Girl [PARK JIMIN : 박 지민 ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang