PART 18

407 46 11
                                        


"tolong aku Aemi, Minhyuk. Mesti korang tahu Hyuna kat mana" kata Jimin. Dah seminggu Hyuna menghilangkan diri. Dah merata-rata dia cari namun masih tak jumpa, Eomma dan Appa Hyuna sendiri pun tak tau ke mana Hyuna menghilang.

"kitaorang pun tak tau Jimin. Dia tak cakap pun ke mana dia nak pergi" balas Aemi. Dia sendiri turut kesian melihat keadaan Jimin. Mereka semua dah tahu yang ini semua berpunca dari Eunji.

"korang kan rapat dengan dia. Takkan korang tak tau?" soal Jimin lagi.

"sumpah kitaorang tak tau. Dia cuma cakap yang dia nak pergi jauh. Tu je" kata Minhyuk.

"Jungkook, serius kau tak tau dia kat mana?" Jimin masih tak berputus asa. Jungkook menggeleng, dia sendiri pun tak tau ke mana Hyuna pergi.

"hubungan kau dengan dia baru je nak baik, dah jadi macam ni. Itulah kau, dah banyak kali aku pesan, jauhkan diri dari Eunji, tapi kau buat acuh tak acuh je. sekarang tengok" kata. Jungkook.

"aku berani jamin yg Hyuna takkan maafkan kau. 2 kali kau buat dia macam.tu. kau memang teruklah. jangan terkejut bila surat cerai kau sampai rumah, kau tau kan perangai nekad Hyuna macamana?" sambung Jungkook.

"jangan takutkan akulah!" marah Jimin.

"so macamana ni? semua tempat kita dah cari, tapi tak jumpa" sampuk Minhyuk.

******************

"kenapa kau tinggalkan aku, Hyuna?" bisik Jimin apabila berada di dalam bilik Hyuna. Dah beratus-ratus kali dia call Hyuna namun langsung tak berjawab, mesej apatah lagi. Sampaikan dia e-mel pun Hyuna tak pernah nak balas. Mungkin Hyuna betul-betul bencikan dirinya. Jimin mengangkat mukanya apabila terasa ada orang memegang bahunya. Ceh Jungkook rupanya, ingatkan Hyuna dah balik.

"apsal kau tak datang kelas ni? aku risaukan kau tau tak" Jungkook duduk d sebelah Jimin yg sedang memegang gambar Hyuna.

"aku tak tau nak cari dia kat mana lg. aku buntu. aku rasa malu sangat dgn Eomma& Appa Hyuna" keluh Jimin.

"apa kat kita cari pakai GPS?"cadang Jungkook.

"kau ingat Hyuna tu bodoh ke? dia awal-awal lg dh disable GPS dan tinggal phone dia kat sini"Jimin senyum kelat.

"erm kali ni kalau kau buat Hyuna nangis lagi, aku tak teragak-agak utk bawak dia lari dari kau. even kau bestfriend aku" Jungkook baring d sebelah Jimin.

"eh kau jangan nak pandai ambil dia! langkah mayat aku dulu!" Jimin memandang tajam.

"tau takut, so baik kau fikirkan cara nak pujuk kepala batu tu" balas Jungkook. Jimin hamya diam bersama keluhan.

****************
"ish mana dia ni? Lambatnya" ujar Hyuna sambil mengacau kopinya. Dah 15 minit dia menunggu namun bayang orang yang dinantinya masih belum tiba.

"sorry Hyuna, I was late" ujar Harry sambil duduk. Hyuna mengangkat mukanya.

"it's ok. So, how the process? Is everything ok?" soal Hyuna kembali. Dia mengenali Choi Harry dalam game online sejak 3 tahun yang lalu. Mereka sering berhubung melalui e-mel dan telefon. Rata-rata kawanya yang berada di luar negara semuanya dikenali melalui game.(siapa kata main game online takde faedah+buang masa? Kawan-kawan author dari luar negara semuanya kenal melalui game, heheh)

"dah settle. Aku dah daftarkan kau di Universiti yang sama dengan aku, don't worry about scholarship, my dad  support it. Sepanjang kau study kat UK ni, ni kunci rumah kau" Harry menghulurkan kunci.

"rumah siapa ni?"soal Hyuna sambil mengambil kunci tersebut.

"my sister, she already moved to Australia. So kau duduk jelah rumah tu, dekat je dengan Universiti, jalan kaki 10 minit dah sampai" terang Harry dengan senyuman.

"thank you Harry, thank you very much" ucap Hyuna.

"don’t mention it. Aku tolong kau ikhlas. 1 more, selain dari besttfriend kau, siapa lg tau kau ada kat sini?" balas Harry. Terkejut dia menerima panggilan dari Hyuna 2 minggu lepas. Tak sangka Hyuna akan datang ke UK, hatinya turut tersentuh apabila mendengar masalah Hyuna.

"Takde siapa. Eomma Appa pun taktau. aku saja tak bagitau Eomma Appa, confirm diorg akan bgtau Jimin nanti" jawab Hyuna.

"Hyuna, kau ah siasat betul-betul ke? sure ke Jimin masih"

"please Harry jangan sebut nama dia lg. bagi aku dia dah mati" jawab Hyuna.

"I'm sorry, okey aku janji takkan sebut nama dia lagi. Jom jumpa Mama Papa, diorg excited tau kau datang ni" kta Harry. Hyuna senyum. selama ni dia hanya berskype dgn Mama & Papa Harry.

"Jom!" sahut Hyuna
*****************

Hyuna mengeluarkan pakaianya di dalam beg lalu memasukkannya dia dalam almari. Dah 2 minggu dia berada di UK. Sedang sibuk mengeluarkan barang-barangnya, sekeping gambar terjatuh, gambar dia dan Jimin.

"kenapalah aku boleh suka kat orang macam kau? kau suruh aku bagi peluang tapi bila aku dah bagi kau hancurkan" bisik Hyuna. Segera dia merenyukkan gambar tersebut dan mencampaknya ke dalam tong sampah. Tak guna nak bazir air mata disebabkan orang tak guna macam Jimin.

***************
"jom kita pergi makan. Kelas dah habis ni" ajak Jungkook sambil menepuk bahu Jimin.

"tak naklah. Aku nak cari Hyuna" balas Jimin. Jungkook menarik nafas dalam-dalam, kalau dibiarkan lama-lama macam ni, Jimin boleh jadi gila.

"come on, kau nak cari dia kat mana lagi? It's already 6 months. Sampai masanya nanti dia baliklah" pujuk Jungkook.

"tak kisahlah berapa lama pun, aku tetap nak cari dia" kata Jimin. Tak mempedulikan nasihat Jungkook.

***********

Aemi dan Minhyuk sedang mengulangkaji pelajaran di Library, bunyi getaran telefon di dalam poketnya mengejutkan Aemi yang khusyuk membelek buku.

'Hello, siapa ni?' soal Aemi apabila melihat nombor yang tidak dikenalinya

'ni akulah, Hyuna! Kau dengan Minhyuk apa khabar?' soal Hyuna di hujung talian. Serius dia rindu gila dengan Aemi dan Minhyuk.

'la kau ke?! sorry aku tak cam suara kau tadi. Kitaorang sihat je, kau apa khabar?' soal Aemi pula. Minhyuk mengangkat mukanya apabila Aemi mencuitnya dan memberitahu Hyuna yang menelefon.

'I'm fine, serius aku rindu kat korang!' suara Hyuna cukup ceria.

'aku dan Minhyuk rindu gila-gila kat kau ni. So, how's UK? Best?' soal Aemi. Setelah beberapa minit berbual-bual, Aemi menamatkan panggilanya.

"so, dia ada kat UK la sekarang?" sampuk satu suara. Aemi dan Minhyuk segera berpaling ke belakang mereka. Kelihatan Jimin memandang mereka dengan tajam, Aemi dan Minhyuk berpandangan sesama sendiri. Sorry Hyuna, rahsia kau dah hancur.

***********

(3 years later)

"Mama, Jimmy want this!"

"Mama, Tommy want this!"

Hyuna tersenyum melihat telatah kembar di depanya yang sedang memegang buku masing-masing.

"ok, make sure after read this book, you must tell me and Papa, what moral of the story in this book. Ok?" kata Hyuna selepas melihat buku cerita inggeris di tanganya.

"ok Mama!" Jimmy and Tommy menjawab serentak

"Let's go. Mungkin Papa dah balik kerja" kata Hyuna sambil menarik Jimmy dan Tommy ke kaunter bayaran.

"Papa always busy" kata Tommy apabila mereka semua berada di dalam kereta untuk pulang ke rumah.

"Papa selalu takde masa dgn kitaorang. Asyik kat Hospital je. Luckily we have you Mama" sampuk Jimmy pula. Hyuna ketawa mendengar kata-kata  Jimmy dan Tommy. Umur baru 3 tahun dah petah bercakap. Pandai mengkritik pula tu. Perangai siapa la diorang ikut, yang pastinya bukan ikut perangainya.

"He is a Doctor. Mestilah sibuk nak selamatkan nyawa orang lain" nasihat Hyuna. Selepas beberapa minit memandu, mereka tiba di rumah.

"Papa!" laung Jimmy dan Tommy apabila melihat kelibat seorang lelaki yang sedang duduk di atas sofa. Hyuna tersenyum dan turut sama bergerak ke sofa.

[C] My Only Girl [PARK JIMIN : 박 지민 ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang