PART 2

546 90 22
                                        


MY ONLY GIRL
(EPISODE 2)

Hyuna masuk dengan langkah longlai ke dalam kelas. Tiba-tiba dia rasa macam tak bersemangat.

“Masam je muka kau ni? Kalah dalam game ke semalam?” soal Aemi. Pelik melihat muka Hyuna yang masam, selalunya kalau muka Hyuna masam, mesti dia kalah dalam game online la tu.

“bukanlah. Orang yang aku paling benci atas dunia ni dah kembali semula ke sini” balas Hyuna.

come on lah Hyuna. It’s already 14 years, dah lama. Sekarang umur kau dah 20 tau, matangla sikit. Macam budak-budak lah kau ni” kata Minhyuk.

“tak kisahlah 14 tahun ke, 24 tahun ke. aku takkan lupakan perbuatan dia tu” ujar Hyuna. Aemi dan Minhyuk tersenyum mendengar kata-kata Hyuna, diorang cukup faham dengan keras kepala Hyuna.

*********************************

“siapa pula yang datang ni? Kawan Appa kot” bisik Hyuna apabila melihat seorang lelaki yang sedang bercakap dengan telefon bimbit di kerusi rehat rumahnya. Bila cuba nak usha tak nampak pulak. Setelah selesai memarkir motornya, Hyuna menggalas beg dan masuk ke dalam rumah.

“Hyuna sini kejap, tengok siapa yang datang ni” panggil Appanya. Dengan langkah malas Hyuna menuju ke arah Appanya.

“eh, Uncle!” kata Hyuna apabila melihat tetamu yang datang. Walaupun dah 14 tahun berlalu dia masih ingat rupa Uncle Park.

“ingat lagi kamu kat Uncle rupanya. Wah, makin cantik kamu sekarang” ujar En. Park sambil ketawa.

“mestilah ingat. alah, Uncle pun apa kurangnya. Makin handsome” balas Hyuna, mereka sama-sama ketawa. Pada masa yang sama lelaki tadi masuk ke dalam rumah dan duduk di sebelah Uncle park.

“hah, Jimin. tanya la khabar Hyuna tu. Tadi beria-ria sangat nak datang” sampuk En Park. Hyuna dah terkejut mendengar nama  Jimin, betul ke ni Jimin? Dia langsung tak cam. Nampak......handsome.

“err, apa khabar Hyuna?” soal Jimin. Rasa macam tak percaya yang Hyuna ada di depanya, nampak lain.

“err, baik” jawab Hyuna sepatah. Tiba-tiba rasa kekok selepas 14 tahun tak berjumpa.

“eh, jomlah kita makan dulu. Nanti makanan sejuk” ajak Pn Kim.


(Di meja makan)

Hyuna yang sedang makan ketika itu rasa macam tak tertelan, mana taknya  Jimin asyik memandangnya, tak berkelip pula pula tu. Cantik sangat ke dia ni sampai pandang tak berkelip? Jimin pula perasan dengan jelingan Hyuna, mungkin Hyuna tak puas hati apabila dia asyik memandang.

“kamu ambil jurusan apa kat Universiti, Hyuna?” soal En Park.

“jurusan Undang-undang Uncle” kata Hyuna.

“aku suruh dia ambil business tak nak,
kalau tak boleh uruskan company Unclenya kat China tu. undang-undang juga yang dia berkenan” ujar En. Kim. En. Park ketawa.

please Appa, kita dah bincang kan perkara ni” ujar Hyuna dengan malas.

“nanti Uncle nak daftarkan Jimin dekat Universiti yang sama dengan kamu. bolehla kamu tolong tengok-tengokkan dia sikit. Bukan apa, dia ni macam kucing lupa rumah kalau dibiarkan bebas” kata En. Park.

“apa Appa ni, Samakan Jimin dengan kucing, nanti ada orang tu terasa pula” perli Jimin. Hyuna yang mendengar terasa panas telinganya. nampaknya perangai Jimin masih tak berubah. Suka sakitkan hatinya dan mencari pasal denganya.

“kamu dah decide nak ambil jurusan apa nanti?” soal Pn Kim.

“saya ambil medic Aunty. Saya just transfer semester saya yang kat Jepun dulu” balas Jimin.
“takpe Uncle jangan risau. Saya akan pantau dia betul-betul.  kalau saya nampak dia macam kucing lupa rumah, saya cepat-cepat bagitau Uncle” kata Hyuna. Jimin dah mula menjeling Hyuna.

“nampak sangat kau caring kat aku kan?” ujar Jimin sambil ketawa. Sengaja ingin sakitkan hati Hyuna.

“jangan  perasanlah. Ingat aku..” belum sempat Hyuna menghabiskan ayatnya, Appanya dah memotong.

“dah, nak mula bercakar la tu. Bilalah kamu berdua nak baik macam orang lain” ujar En. Kim. Hyuna dan Jimin terus diam tapi masih menjeling antara satu sama lain.

************************************

“Hyuna bangun, dah pukul 7.30 am dah ni” ujar Pn Kim sambil mengoncang Hyuna.

“kelas Hyuna pukul 10 la Eomma” balas Hyuna dengan mata terpejam.

“kamu lupa ke? harini kan hari pendaftaran Jimin kat Universiti, tolong la apa yang patut” arah Eommanya. Hyuna masih memejamkan matanya, malas nak bangun.

“dia bukan budak kecil lagi. benda tu semua dia boleh uruskan sendirilah” kata Hyuna dengan malas.

“suka hati kamulah. Jangan menyesal" ujar Eommanya sambil menutup pintu. Hyuna menyambung kembali tidurnya, Baru je ingin melelapkan matanya, pintu biliknya dibuka kembali. Hyuna buat-buat tidur.

“alah Eomma, suruh jelah Squidward si annoying tu pergi sendiri. Malas la nak teman dia, Hyuna ngantuk tahap gila-gila ni” kata Hyuna apabila ada tangan menggoncangnya suruh bangun.

squidward?”

Spontan Hyuna mencelikkan matanya dan bangun, terkejut mendengar suara yang cukup dikenalinya. Jimin berdiri di hadapanya sambil bercekak pinggang.

“hei, siapa bagi kau kebenaran masuk bilik aku ni? Keluar sekarang!” marah Hyuna.

“eomma  kau suruh aku kejut kau bangun. Harini kau kena teman aku” arah Jimin.

“malas. Kau buatlah sendiri, tu bukan kerja aku pun” balas Hyuna sambil baring semula untuk sambung tidur.

“hei, bangunlah! Jangan sampai aku seret kau masuk dalam bilik air” ugut Jimin. Hyuna masih buat dek dan sambung tidur. Tak mempedulikan Jimin yang ada di belakangnya.

“Oo, cabar aku ea? Kau ingat aku main-main?” kata Jimin sambil mengangkat Hyuna, terkejut Hyuna dengan tindakan Jimin.

“ok..ok aku teman! Turunkan aku sekarang!” arah Hyuna. Jimin tersenyum jahat.

“tunggu apa lagi? keluarlah, aku nak bersiap ni!” marah Hyuna. Jimin segera keluar dari bilik Hyuna.

**************************************

“jomlah, tadi nak cepat sangat” kata Hyuna sambil menuruni tangga. Kelihatan Jimin sedang berbual dengan Eomma dan Appanya di meja makan.

“sarapan?” tegur Appanya.

“dah kenyang. Kunci motor Hyuna mana?” tanya Hyuna sambil mencari kunci motornya.

“harini pergi jelah dengan Jimin tu” jawab Appanya.

“tak nak lah. kelas Hyuna habis lambat, sampai  pukul 7 lebih” Hyuna memberi alasan.

takpe, aku boleh tunggu” sampuk Jimin. Hyuna dah buat muka tak puas hati.

“Pergilah, nanti lambat pula” arah Eommanya. Dengan muka masam Hyuna menuju ke pintu.

(Di dalam kereta)

"ehem!" Jimin berdehem selepas dari td mereka langsung tak bercakap.

"jangan cakap atau tanya pape sebab aku tak nak cakap dengan kau" ujar Hyuna sambil memandang skrin telefonya.

"perangai masih tak berubah" bisik Jimin d dalam hatinya. Tanpa sedar bibirnya tersenyum.

Haa guys, macam biasa, vote + comment la sikit. Kita kena lah support antara satu sama lain. Ye dok? 😄
-to be continue-

[C] My Only Girl [PARK JIMIN : 박 지민 ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang