Lofar melangkah masuk ke dalam restoren tersebut. Hari ni ada janji temu dengan seorang rakan yang dikenali semasa di London dulu.
"Assalamualaikum, sorry lambat Chong," tegur Lofar pada lelaki cina islam tersebut.
"Waalaikumsalam, its okay. Duduklah Lofar."
Lofar mengangguk dan duduk berhadapan dengan lelaki tersebut. "Jadi inilah hotelnya?"
"Yup. Kalau you perasan dekat lobi tu nampak suram sedikitkan? Kalau boleh I nak minta you lukis mural besar pada dinding berdepan dengan cermin besar tu."
Lofar terdiam. Cuba ingat semula dinding yang dimaksudkan. Seketika kemudian wajahnya kembali bercahaya. "Wow! It would look great. I pun perasan something wrong somewhere pada hiasan lobi walaupun overall nampak modern."
"Jadi you nak tak projek ni?"
"Berapa lama tempoh projek ni?" tanya Lofar semula. Chong ada beritahu. Terlupa pula.
"Dalam dua bulan mungkin. I tahu pelukis perlukan tempoh for the idea to come. Sebab tu I minta dua bulan dari bos. You okay dengan masa tu?"
Lofar diam lagi. Berfikir cara dia.
"Sebenarnya I plan nak tinggal sebulan je. Hurm... tapi okay kut."
"So it's deal?"
"Considered I am," ucap Lofar tersenyum. Lambat balik sebulan pun okay lagi kut. Dia pun belum mula terima kerja yang ditawarkan di London tu. Kira ni kali terakhir dia melukis la sebelum berhenti.
Chong hela nafas lega. Terbias wajah lega di wajah lelaki itu. "Terima kasih Lofar."
Lofar tersenyum kecil. "Kalau ada dokumen yang perlu I tandatanga, you email bagi I oleh? Sebab I nak balik kampung I esok. Tapi internet connection I tak pasti okay ke tak. Dah ada orang nak beli tanah arwah atuk I tu. So ingat nak luangkan masa tinggal sana dulu. Sambil tu boleh fikir I nak lukis apa kat dinding tu."
"Sure. You dah tolong I. Kalau macam tu I bagi you lepas you datang sini semula. Nanti roger I. Sekarang mohon makan dulu sayang... Perut I pun dah lapar."
"Eh bukan you dah lunch ke? I ingatkan dah. Sebab tu terus bawa bincang."
"I tunggu you datang tau. Lapar ni.""Tipulah. I baru skrol timeline insta tadi. You ada upload gambar lunch."
Chong tergelak besar. "Kantoilah pula. Tapi I tetap nak makan juga. Lapar. You pun orderlah. My treat. You tu cantik. Lagi cantik kalau berisi lagi. Comel je."
Lofar geleng kepala. "Sweet talker." Komen Lofar tersenyum-senyum.
"Sebab tu ramai minat I. You tak minat I?" Chong sempat jual minyak. Eh apek ni! Sempat lagi."You pilih. Nak kena baling handphone ke atau stileto I?"
Chong tergelak lagi. Haih mudah betul hidup orang senang hati ni. Gelak je lebih.
"Baling tu buat apa! Baling hati you la. Confirm I sambut."
"Chong!" Geram Lofar dengan Chong yang kuat mengusik ni. Boleh sakit jiwa jadinya.
"Isteri I kirim salam."
"Waalaikumsalam. Apasal tak bawa sekali? Rindulah dekat Diana."
"Rindu dekat isteri I je? I tak nak rindu?"
"Rindu kat you untung apa? Dah la mata tak boleh buka besar-besar!" usik Lofar.
"Dei mata sepet nilah yang pakar sakit puan tu tergila-gilakan. Sepet bukan sebarang sepet tau. "Lofar tertawa besar. "Sombong! Seriuslah. Diana mana? Nak jumpalah."
"Alaa... Puan besar tu kerjalah. You faham-faham la kerja doktor ni. Nanti I set makan malam dekat rumah. Diana tu pun mengidam nak jumpa you. Rindu katanya.""Berisi?" tanya Lofar teruja.
Chong senyum mengangguk. "Ada rupa bakal abah tak?" tanyanya sambil usap dagu.
"Wah! Congrats. Bakal anak saudara I tu mesti comel macam I."
"Eh Eh... anak orang! Nak sama comel macam you buat apa. Comel macam bini I la."
"Kedekut." Cebik Lofar.
Chong tergelak kecil. Patutlah tergelak gembira saja dari tadi. Double happy rupanya. Congrats Chong and Diana!
YOU ARE READING
LOFAR (COMPLETED)
ChickLitWan kata dia akan jadi lebih baik tanpa Lofar. Terlerainya tali pertunangan atas ego Wan. Dah bertahun, Lofar datang semula. Wan, dia memang semakin baik. malah lebih baik dari itu. Dan tika itu, ada hati yang ingin dikejar semula. Wan menyesal. Lo...