"Ibu faham Lofar tak selesa kalau Wan ada. Tak apalah. Ibu batalkan makan tengah hari dengan Wan. Tadi dia pun kata sibuk sikit. Ibu yang paksa Wan. Sejak Wan sihat ni. Susah sikit nak jumpa dia. Sampai ibu sendiri nak jumpa pun kena buat temu janji. Wan makin gila kerja."
Lofar sekadar balas dengan senyuman kecil.
"Wan tak fly hari ni?"
Hajah Emani geleng kepala. "Sejak..."
"Assalamualaikum bu." Teguran Wan menghentikan ayat Hajah Emani.
Kehadiran Wan yang tidak disedari oleh dua wanita itu mengejutkan mereka. "Waalaikumsalam, baru ibu nak mesej Wan suruh tak payah datang.""Wan dah sampai pun bu, mesej tu yang tak sampai-sampai." Bebel Erwan sambil tarik kerusi sebalah Hajah Emani.
Menu yang tidak bersentuh dibelek beberapa kali. Leka sangat berbual dengan Lofar agaknya sampai makanan pun lupa nak order. Desis hati Wan. Masih lagi buat tidak tahu dengan kewujudan Lofar bersama ibunya sekarang ni.
"Ibu terlupa Wan..."
"Iyalah. Dah jumpa Lof. Mana nak ingat Wan lagi..."
Lofar tunduk. Ayat rungutan tu... Dulu dia selalu balas dengan senyuman melepas sebaik saja dengar rungutan Wan tu. Suka mengeluh bahawa Hajah Emani lebih sayangkan dia berbanding anak sendiri.
"Mengada. Padahal dia tu yang payah sangat nak jumpa. Nak jumpa anak sendiri pun kena buat appointment bagai. Ibu ke hospital pun bukan nak tolong ke apa..."
Wan mengeluh kecil. Sedar silapnya. "Bu..."
"Betulkan tekaan Lofar. Ibu memang tak sihat," tegur Lofar tiba-tiba. Keadaan fizikal Hajah Emani pun jauh berubah dari dulu.
Hajah Emani tersenyum kecil. "Alah! Penyakit orang tua. Biasalah. Dah! Kita makan tengah hari. Dah lama ibu tunggu saat ni. Lama tak makan ramai-ramai macam ni."
Serentak Lofar dan Wan mengeluh kecil. Dua-dua mengeali sikap abaikan Hajah Emani kerana layan perasaan masing-masing.
YOU ARE READING
LOFAR (COMPLETED)
Genç Kız EdebiyatıWan kata dia akan jadi lebih baik tanpa Lofar. Terlerainya tali pertunangan atas ego Wan. Dah bertahun, Lofar datang semula. Wan, dia memang semakin baik. malah lebih baik dari itu. Dan tika itu, ada hati yang ingin dikejar semula. Wan menyesal. Lo...