LOFAR 17

3.9K 184 0
                                    

Senyap. Keadaan kembali sunyi selepas tu.

Wan pun hanya bersendirian dalam bilik. Sarapan pagi pun tidak.

Dia entahlah. Malu, segan, takut malah marah pada diri sendiri. Takut nak hadapi kenyataan jika tiada cinta lagi di hati Lofar untuknya.

"Wan tak nak singgah makan?"

"Ibu nak singgah?"

"Ikut Wan la. Ibu tak lapar lagi. Wan tu takde sarapan. Nanti sakit."

"Tak apalah bu. Wan tak lapar. Nanti kita singgah sekali untuk solat zuhur."

Hajah Emani mengangguk. "Mana-mana kamulah." Malas dia nak tegur lebih-lebih. Sejak petang semalam lagi dia perasan kebisuan anak lelakinya.

Waktu Wan berhenti untuk solat, dia ambil kesempatan untuk tidur. Itu yang penting sekarang ni! Kepala memang tidak dapat fikir lain. Takut lain pulak jadinya.

Tingkap kereta Wan diketuk perlahan. Mata Wan dibuka. Dipandang Lofar yang buka pintu penumpang hadapan dan masuk untuk duduk di sebelahnya.

"Makan?" Habis saja solat. Wan terus masuk dalam kereta dan tidur. Langsung tak ikut dia dan Hajah Emani untuk makan tengah hari.

Wan geleng kepala. "It's okay. Pergilah makan dengan ibu."

"Wan tak makan lagi dari pagi. Pergilah jamah sikit."

"I need my sleep more than eat Lof. I haven't sleep yet." Semalam tidak tidur fikirkan tentang respon yang bakal diberikan oleh Lofar.

Untuk elak dari terus fikirkan pasal itu, Wan buat kerja pejabat sampai pagi. Sudahnya migrain sampai sekarang. Kalau makan nanti mesti mengantuk. Baik dia tahan lapar agar tidak mengantuk semasa memandu nanti.

Tidur lima minit pun jadilah. Lagipun penghawa dingin yang kena pada muka rasa selesa sangat. "Kejutkan Wan bila Lof dan ibu dah habis makan."

Lofar mengeluh kecil. Wan, bila dia kata hitam maka hitamlah.

LOFAR (COMPLETED)Where stories live. Discover now