LOFAR 23

4K 183 0
                                        


Wan tak datang pun jemput Hajah Emani di kampung Lofar. Entah tiba-tiba jadi lemah semangat balik bila Lofar memang tak nak dia lagi. Mujur juga Haz tu sahabat dunia akhirat. Haz yang pandu kereta Wan untuk jemput emaknya di kampung. Alasan Wan kononnya ada emergency di pejabat yang memerlukan pemerhatiannya.

Iyalah tu! Lofar bukannya lurus sangat nak percaya bulat-bulat! Sia-sia dia sahaja semangat tunggu Wan balik jemput Hajah Emani. Nak dengar sendiri dari mulut Wan sendiri!

"Apa nak jadi ni Wan? Seorang dekat utara. Seorang dekat selatan." Pening kepala Haz dengan pasangan ni.

Wan tidak habis dengan rasa bersalah dengan keputusannya empat tahun lepas, Lofar pula tidak sudah-sudah nak mengelak.

Tapi sebenarnya dua-dua ego tak nak mengaku salah. Sudahnya dia dan Ara yang tiada kaitan boleh terkait sekali. Siap kahwin dan ada anak pun tapi dua orang yang lebih lama bercinta dari mereka ni sampai ke sudah tak kahwin lagi.

"Entahlah Haz." Bunyi macam pasrah saja lepas kena reject oleh Lofar.

Macamlah tak pernah. Dulu waktu Haz duduk US dulu selalu juga dengar rungutan si kawan di Malaysia betapa payahnya nak ngorat Lofar.

Asyik kena reject aje! Waktu tu tidak pula nak mengalah, makin berkobar-kobar nak mengurat si bunga teratai tu adalah!

"Sudahlah. Kau jangan nak semakkan fikiran kau dulu. Ada baiknya kau turun bawah tolong ibu kau layan tetamu lagi baik."

Mengeluh lagi. Entah berapa banyak dah keluhan dia hembus. Hilang semangat sikit dan ibu pun agaknya tahu keadaannya. Sebab itulah Hajah Emani tidak membebel bila dia malas nak turun bawah layan tetamu.

Ibu kata hilang semangat sikit tak apa, yang penting jangan hilang iman!

Okay yang tu deep sikit! Sebab dia hampir hilang pedoman bila tahu tidak boleh lagi terbang sebab matanya bukannya jelas sangat. Dia sekarang ni dah pakai cermin mata bila memandu dan buat kerja.

"Jomlah. Lagipun anak aku dah balik-balik cari Acik Wannya," pujuk Haz lagi.

"Baiklah. Baiklah. Kau turunlah dulu. Kejap lagi aku nak turun."

"Ah tiada maknanya. Kau turun dengan aku. Harap tunggu kau entah sampai orang balik pun kau tak turun-turun."

Wan mendengus. Haz ni membebel macam mak nenek! "Aku turunlah. Takkan nak turun bawah pakai kain pelikat dengan t-shirt ni aje."

"Iyalah. Iyalah. Turun tau."

"Aku tahulah."

LOFAR (COMPLETED)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang