LOFAR 4

4.1K 245 0
                                    


"Comelnya budak ni..." puji Lofar sambil usap kepala Emil.
Emil tersenyum-senyum. "Antek tak?" tanya si comel sambil tunjuk lukisan warna-warni. Habis comot muka Emil dengan warna air yang disediakan Kaira sebelum pasangan tu pergi solat tadi. Mereka kata minat melukis Lofar jatuh pada Emil sebab waktu mengidam, Kaira sampai menangis-nangis rindukan Lofar sampai sanggup tengok lukisan kawan baiknya semata-mata nak lepas rindu.

"Acik Wan!!" jerit Emil lalu terkedek-kedek berlari meninggalkan tempat melukisnya.

Lofar terus bangkit kejar Emil hingga ke pintu.

"Emil... Jangan lari... Nanti jatuh," tegur lofar.

Emil yang berlari itu disambut oleh seorang lelaki sebaik saja tiba di kaki lelaki itu.

Lamgkah Lofar terhenti. Dia dah agak lelaki itu mesti datang jugak. Dia tidak hairanlah kalau Ezwan akan muncul di kafe ni memandangkan Ezwan dan Hazmi kawan baik.

Macam dia dan Kiara.

Tapi jodohkan? Dia dan Ezwan yang bercinta tapi Hazmi dan Kiara pula yang kahwin.

Lelaki itu datang mendekat. "Assalamualaikum Lof."

"Waalaikumsalam." Salam dari Ezwan disambut. Tenang. Tapi dalam hati Allah saja tahu. Lof. Seorang saja yang panggil nama tu sejak dulu. Special katanya. Tapi bagi Lofar tiada lagi istimewa pada nama itu. Dia pun hampir lupa panggilan dari Ezwan tu.

'Dah sejarah Lofar. Move on!' ingatnya pada diri sendiri jika setitik rasa rindu itu datang menerpa. Macam sekarang. Rindu hinggakan air matanya nak mengalir sebaik saja terpandangkan wajah Ezwan.

Tapi... He do looks better without you.

Ezwan dah sihat sekarang. Dah boleh berjalan. Segak macam dulu. Rapi macam Ezwan yang dia kenal sebelum insiden itu berlaku.

"You ada nak minum apa-apa? I tolong orderkan?"

Berubah riak wajah Ezwan. Dia tidak hilang ingatan lagi bahawa Lofar tidak suka bahasakan diri sebagai you and I. Tapi Lofar depannya dah berubah.

'People change Ezwan. And you changed her.' Diri sendiri mula bersuara dan rasa bersalah pun datang.

"Tak apa. Wan nak jumpa Kiara dan Hazmi dulu."
"Oh... Dia orang pergi solat jap."

Ezwan mengangguk.

Jeda.

Mata Ezwan tidak lepas dari pandang Lofar. Rindu? Orang gila saja yang tidak rindukan orang yang dicintai sepenuh hati. Tapi dia lagi gila sebab putuskan tunang dengan orang yang dia cintai tu.

Lofar alih pandangan pada Emil yang masih setia didukung oleh Ezwan. Budak tu pun dah comot pegang berus warna di tangan.
"Emil masih nak mewarna?"

Laju kepala Emil mengangguk. "Acik Wan aja lukhis munge agi."
Permintaan Emil buat Lofar tergamam. Ezwan dipandang seketika.

Ezwan senyum dan mengangguk pada Emil. "Biar Wan ganti jaga Emil."

Lofar masih berdiam diri. Hanya anggukan diberi sebagai jawapan. "Jangan pupuk minat melukis pada dia. Takut nanti tak mampu nak tanggung diri sendiri." Tiba-tiba Lofar bersuara ketika Ezwan melintasi Lofar untuk ke tempat lukisan Emil tadi.

Langkah Lofar dilajukan. Beg tangan ditarik dan dia terus keluar dari kafe Kiara. Entah kenapa rasa sakit itu kembali datang sebaik saja dengar Ezwan ajar Emil melukis. Lukis bunga pula tu.

Senyuman sinis terlakar diwajahnya.

"Pathetic!"

Marah pada diri sendiri bila air matanya mengalir lagi.

LOFAR (COMPLETED)Where stories live. Discover now