LOFAR 14

3.9K 197 0
                                    


Lofar toleh belakang memandang tubuh lelaki itu hingga hilang dari pandangan. Satu keluhan kecil dihembus. Digigihkan badan bangkit tanpa menunggu Wan datang semula.

Lofar tutup mata seketika. Menahan rasa sakit pada buku lali sambil cuba untuk bangkit.

"Aaaa!!" Tiba-tiba tubuh yang payah nak bangkit terlambung ke atas.

"Degil!"

Mata terus terbuka saat terdengar suara Wan yang terlalu dekat. "Kan Wan dah suruh duduk diam dekat situ. Yang degil sangat ni kenapa!" Laju kakinya berlari ketika nampak Lofar cuba untuk berdiri.

"Wan buat apa ni? Turunkan Lof... Ah! Ah!" Lofar mengaduh sedikit bila terasa pedih di kakinya kembali berdenyut sebab terlalu banyak bergerak. Terlupa lagi panggilan mesra antara mereka berdua kembali terbit dibibir Lofar.

"Jangan degil boleh tak?"

"Wan! Biar Wan angkat Lofar. Kita ke klinik ya sayang. Ibu takut makin melarat nanti." Hajah Emani kembali bersuara. Sempat dia tegur anak lelaki yang tinggikan suara pada Lofar. Wan ni dalam rindu, tegas dia tu tidak boleh hilang.

Wan mendengus. Kaki dihayun menuju ke arah kereta. Sesekali dia mengerling pada Lofar yang diam menunduk. Tahu pun duduk diam.

"Kalau benci Wan sekali pun jangan sesekali lukakan tubuh Lof. Wan tak suka. Wan sayang Lof. Wan takkan maafkan diri Wan kalau apa-apa terjadi pada Lof." Serak suara Wan meluah ketika meletak Lofar di kerusi penumpang belakang.

Lepas tu Wan senyap saja. Makin senyap hingga sampai di klinik. Lofar sekali lagi diangkat hingga masuk ke dalam bilik rawatan. Dia terus keluar dan biarkan Hajah Emani temankan Lofar.

Keluar klinik pun dia dukung lagi. Tapi mulut Wan kini senyap saja tanpa sebarang bunyi. Hanya kedengaran suara Hajah Emani saja memujuk Lofar tinggal bersama mereka hingga Lofar sihat semula.

Lofar nak dengar suara Wan!

LOFAR (COMPLETED)Where stories live. Discover now