LOFAR 22

3.8K 192 0
                                    


"Lofar..."

"Apa aku dah buat Ara? I dumped him!" Tangis Lofar.

"Haz baru bagi tahu aku tadi. Wan tak pergi pun mesyuarat di Langkawi tu. Patutnya Wan pergi dengan Haz tapi dia tak sampai pun mesyuarat tu. Dah tiga hari tapi Wan masih tak datang-datang."

"Tapi Wan bagi tahu ibu kata dia dah sampai."

"Betullah dia dah sampai Langkawi tapi dia tak pergi pun mesyuarat tu. Baru hari ni Haz dapat jejak Wan. Wan ada je di resort tu tapi dia dah tiada hati nak pergi mesyuarat. Dia kata tiada guna dia nak teruskan sebab dia buat tu pun untuk kau?"

"Buat?"

"Kau tak tahu Wan bukan lagi pilot?"

"Maksud kau? Ara janganlah cakap separuh-separuh..."

"Betullah tekaan Haz. Wan memang tak beritahu kau apa-apa..." keluh Ara sendirian. Miscommunication betullah pasangan ni!

"Dia dah tak boleh terbang. Untuk kau, Wan mula semula kariernya. Mula dapat tahu tu dia down tapi Haz pujuk dia agar kuat demi kau. Sebab tu dia boleh berjaya semula. I saw it Lofar. Aku nampak macam mana lutut Wan jatuh bila tahu dia dah tak boleh terbang... Aku nampak betapa sedihnya Wan bila tahu dia tak boleh terbang lagi sebab dia kata kau suka bila naik penerbangan yang dia bawa," ucap Ara teresak-esak.

Terkenang semula keadaan Wan waktu tu. Bukan diri sendiri yang dia fikir tapi Lofar juga yang didahulukan...

Lofar terkedu. Susah nak percaya tapi mustahil Ara tipu dia.

"Ya Allah... apa aku dah buat?"

LOFAR (COMPLETED)Where stories live. Discover now