LOFAR 13

3.9K 197 0
                                    


Ya Allah! Rindunya Wan pada seraut wajah itu. Rasa nak belai pipi yang semakin comel dipandangannya. Kerana silapnya bertahun dulu, mereka bukan saja terpisah antara benua. Hati yang saling mencintai pun terpaksa menanggung rasa sakit menahan rindu bertahun lamanya.

"I miss you sayang..." ucap Wan tanpa sedar. Setitik dua air matanya mengalir mengesali keputusan sendiri.

Dada Lofar macam nak pecah dengan kenyataan yang baru saja diterima.

Rindu? Siapa kata tak rindu. Marah dan rajuknya hanya seketika. Selebihnya hanya rasa rindu yang makin bercambah setiap kali kenangkan memori mereka bersama.

Lofar menunduk bagi mengawal perasaannya. Apabila terpandang telapak tangan yang melekap di dada lelaki itu, dia segera menolak kuat.

"Astaghfirullah!"

Tapi entah mana silapnya. Objek yang ditolak langsung tidak berganjak tapi dia yang hilang imbangannya. "Ma!" Terkapai-kapai Lofar cuba mengimbangkan badannya. Tangan cuba mencapai sesuatu tapi tertarik baju Wan hingga keduanya terjatuh.

"Ops! Sorry... Sorry..." Pohon Wan bila tubuhnya menghempap badan Lofar.

Lofar masih lagi posisi yang sama walaupun Wan cepat-cepat alihkan tubuhnya.

"Lof?"

"Lof, sayang are you okay?" Gabra Wan tengok keadaan Lofar yang sedikit mengerang kesakitan.

Lofar masih lagi tidak memberi respon. Ya Allah! Sakitnya badannya terjatuh atas simen. Dihempap pula tubuh sasa Wan memang tambah pedih.

"Lof jangan takutkan Wan..." Makin gabra Wan bila Lofar pegang belakang gadis itu.

Lofar angguk sekali. Sedaya upaya dia cuba untuk bangun. Tangan Wan membantunya tidak ditepis. Sekarang ni ditolak ego ke tepi. Silapnya juga sebab tarik Wan tadi.

"Argh! Wan... Wan... My knees..." Rengek Lofar. Sakit pinggang belakang masih sakit tapi buku lalinya pula pedih bila Wan cuba bantu untuk berdiri. Sudahnya Lofar masih duduk dengan kaki mengunjur.

Wan lepas tangannya. Mata beralih pada kaki Lofar yang bersarung stoking warna kulit itu. "Sebab nilah Wan tak suka Lofar pakai kasut tinggi. Bahaya!" bebel Wan sambil membuka kasut yang masih tersarung di kaki Lofar. Tumit kasut patah. Perlahan Wan sentuh buku lali Lofar.

"Argh! Auch! Auch! Wan sakitlah!" Bahu Wan dipukul kecil bila Wan tidak mengendahkan suaranya.

Wan toleh pandang Lofar. "Jangan bergerak sangat boleh tak? Bengkak kaki ni nanti." Tinggi suara Wan hingga Lofar terdiam.

Malas nak bergaduh. Sesekali wajahnya berkerut menahan pedih. "Duduk diam-diam. Wan pergi panggil ibu and dont even think to move around!" Amaran Wan sebelum bangkit pergi mencari Hajah Emani.

LOFAR (COMPLETED)Where stories live. Discover now