LOFAR 9

4K 216 0
                                    

"Ibu nak ke mana lepas ni? Wan sedia jadi driver," pelawanya tersengih-sengih.
Iyalah. Dia dah janji nak jaga ibu selepas sembuh dari lumpuh. Tapi sembuh saja terus jadi hamba kerja. Lepas dengar ayat sedih tadi, rasa bersalah tu makin bertambah. Memandangkan dia tidak sibuk mana hari ni. Biarlah Wan temankan ibu tersayang!

Hajah Emani pandang anak lelakinya dengan muka tidak percaya.

"Betul..." Faham sangat riak tidak percaya ibunya tu.

"Ibu sebenarnya nak keluar jalan-jalan dengan Lofar."

Berubah riak wajah Erwan. "Err... naik apa?" Kekok berbual dengan Lofar.
Lofar garu kepala. Baru teringat dia ke situ naik teksi. Lofar pun tidak berapa ingat jalan di Kuala Lumpur ni. "Teksi boleh bu? Lofar tiada kenderaan."

"Kalau Wan drive boleh? Wan janji tak kacau." Wan menyuarakan pendapatnya. Tidak sanggup biarkan wanita-wanita kesayanganya naik teksi sedangkan dia tengah lapang.

Serba salah Hajah Emani memandang Lofar. Alahai Wan ni. Tidak faham lagi ketidakselesaan Lofar.

"Tak apalah...."

"Takpe bu. Biar Wan drive..." potong Lofar. Biarlah dia mengalah. Wan pun dah janji tak nak kacau walaupun hatinya libang libu memikirkan keputusan sendiri.
Kuat Lofar! Jangan je ada yang 'leleh' kejap lagi sudah. Hatinya mengeluh kecil.
"Betul ni?" Telapak tangan Lofar digengam erat memberi semangat.

Lofar mengangguk. Senyuman kecil dilemparkan. "Tak apalah bu. Yang penting Lofar dapat luangkan masa dengan ibu," ujarnya manja. Lengan Hajah Emani dipaut. Kepala dilentok ke bahu wanita itu. Manjanya pada Hajah Emani memang sukar dihakis.

Hajah Emani tersenyum kecil. Dikerling anak lelakinya yang buat-buat tak nampak dengan gaya manja Lofar. Kening diangkat saat matanya tertangkap si anak mengerling pada Lofar. Menyesal?

"Dah Jomlah. Wan parking kereta dekat depan lobi." Ayat nak pangkah lirikan mengejek si ibu.

LOFAR (COMPLETED)Where stories live. Discover now