LOFAR 6

4K 223 0
                                    


Lofar duduk di lobi sambil memandang dinding yang kosong tersebut. Cuba fikirkan hasil seni yang bakal menghiasi lobi The Garden hotel ni. Mata meliar sekeliling hotel, memerhati perhiasan hotel yang agak moden tapi masih kena dengan tema taman bunga. Chong sudah pun naik ke pejabat lelaki itu semula. Tinggal dia sendiri saja meminta kebenaran untuk mencari idea yang bersesuaian.

"Lofar?" Kepala Lofar berpaling pada suara yang menegur. Kakinya terkaku seketika.

"Ya Allah. Lofar!" Laju langkah Hajah Emani mendekatinya.
"Ibu..." tutur Lofar perlahan.

"Ya Allah sayang! Ibu rindu anak ibu... Mana Lofar pergi sayang?" Pipi Lofar diusap lembut. Menitis air mata Hajah Emani melihat insan yang dirindui bertahun-tahun.

Hati Lofar tersentuh melihat air mata Hajah Emani yang mengalir. Dikesat air mata tersebut tapi saat itu juga air matanya turut mengalir.

"Lofar... Lofar rindu ibu."

Tidak tertahan hati Hajah Emani dengan luahan hati Lofar. Lantas Lofar ditarik ke dalam pelukannya. "Syukur Ya Allah! Syukur alhamdulillah engkau makbulkan doaku. Alhamdulillah."

Makin laju air mata Lofar mengalir. Dia pun rindukan Hajah Emani. Tapi kerana Ezwan ditinggikan ego untuk balik Malaysia ataupun hubungi wanita ini walaupun sekadar bertanyakan khabar.

LOFAR (COMPLETED)Where stories live. Discover now