Hiruk piruk halaman rumah Hajah Emani dengan tetamu yang hadir. Walaupun sekadar teman rapat dan jiran tetangga tapi masih juga meriah.
Tetamu pun tengah makan. Hanya Wan saja yang masih tiada selera nak makan.
Satu sebab Lofar, kedua sebab naik rimas dengan pandangan anak dara padanya. Tak reti nak jaga mata sungguh! Apalah nak jadi dengan anak dara sekarang ni.
"Abang Wan..." Lenggok suara tu pun Wan dah tahu siapa. Dijeling adik sepupu sebelah emaknya. Comel aje bertudung litup tapi tak pandai malu nak berkepit.
Wan geleng kepala dalam hati. Selama bercinta dan tunang dengan Lofar jangan nak tunggu Lofar sentuh dia, dengar suara manja Lofar pun payah! Kecualilah kalau dia merajuk baru keluar suara lembut Lofar memujuknya. Kalau tak memang ke sudahlah dia tidak akan dengar kecuali bila Lofar bermanja dengan ibu.
Haih! Baru kena reject tapi memang tak dapat nak move on lagi. Tetap juga seraut wajah tu yang mengusik mindanya. Dulu waktu mengorat Lofar pun selalu juga kena reject tapi tidaklah patah semangat macam ni. Sejak hari tu dia dapat rasakan itu kali terakhir mereka bersua sebab Lofar memang nekad tak nak maafkan dia.
Kalaulah Lofar sedar betapa sayangnya dia pada gadis itu. Wan keluh sendiri. Badan disandarkan pada kerusi batu di halaman rumah. Si adik sepupu yang gedik merenyam tu agaknya dah fed up bila dia tak layan. Macamlah Wan hadap sangat. Dulu waktu dia lumpuh jangan kata nak melekat. Datang dekat rumah dia pun tak sudi. Hanya Lofar saja yang merayu-rayu nakkan dia yang cacat tu.
Lofar lagi! Payahnya dia nak lupakan gadis itu. Sudahlah dia asyik nampak kelibat Lofar di mana-mana saja. Duk Langkawi minggu lepas sampai terpanggil-panggil. Sekali sedar hanya halusinasi. Macam sekarang... Dia nampak Lofar duduk sebelahnya di kerusi batu tu. Tersenyum cantik.
Tanpa sedar Wan turut membalas senyuman tu. Biarlah perasaannya terbuai hanya seketika. Janji dia bahagia.
"I miss you so much." ucap Wan pada Lofar yang sedondon dengannya. Jubah moden krim dengan labuci putih. Baju tunang mereka. Simple tapi cantik. Sengaja Lofar pilih baju tu dulu. Katanya boleh pakai pada majlis lain, tidaklah membazir beli baju semata-mata untuk majlis tunang mereka sahaja.
"I miss you too Wan..." Lembut mainan suara itu berlegar di minda Wan. Alangkah indahnya jika suara tu satu realiti. Dipejam mata erat dan badan sekali lagi disandar. Cuba menyerap suara itu agar kekal di minda.
"Stay... I don't want to awake from this dream."
Wan dapat rasanya seolah-olah Lofar masih lagi setia di sebelahnya walaupun mata masih tertutup rapat. Seolah-olah Lofar tidak lepas merenungnya dengan senyuman manis.
YOU ARE READING
LOFAR (COMPLETED)
ChickLitWan kata dia akan jadi lebih baik tanpa Lofar. Terlerainya tali pertunangan atas ego Wan. Dah bertahun, Lofar datang semula. Wan, dia memang semakin baik. malah lebih baik dari itu. Dan tika itu, ada hati yang ingin dikejar semula. Wan menyesal. Lo...