LOFAR 18

3.9K 189 0
                                    


Sampai di rumah kampung Lofar. Wan ambil keputusan untuk terus ke Langkawi. Walaupun Hajah Emani ada.

Tapi dia masih kurang senang untuk duduk sebumbung dengan Lofar. Lagipun tidak manis orang kampung tengok Lofar balik dan duduk bersama lelaki walaupun ibu ada bersama mereka. Dulu waktu Tok Wan dan Nek Wan Lofar ada, dia boleh lagi bermalam bersama. Tapi keadaan mereka pun sudah lain, atuk dan nenek Lofar pun sudah lama meninggal dunia.

"Betulkah larat lagi ni Wan? Rehatlah kejap. Ibu tengok muka kamu tak cukup tidur."

Wan angguk lemah. "Entahlah bu. Larat kut." Pelipis mata diurut perlahan.

"Jangan nak mengada. Ibu risau tengok keadaan Wan ni. Kalau tak nak bermalam pun. Rehatlah dulu kejap." Hajah Emani berkeras. Tadi Lofar pun pujuk Wan tapi biasalah anak lelakinya. Bukannya nak dengar apa yang orang cakap!

"Wan..." Lofar bersuara pula. Haish! Sekarang ni entah siapa yang elak dari siapa. Tak faham betul dia dengan lelaki seorang ni. Dah sakit kepala macam tu sekali pun masih berdegil nak ke Langkawi. Padahal bukannya mula kerja hari ni!

"Baiklah. Baiklah. Naiklah. Biar Wan angkat barang."

Hajah Emani tersenyum kecil pada Lofar.

Dengar pun kata orang!

"Jomlah naik sebelum Wan tukar fikiran tak nak singgah pula. Bukan boleh ikut sangat kepala batu dia tu." Ajakan Hajah Emani disahut dengan gelak kecil Lofar. Dia pun tak nak cakap lebih-lebih dah. Takut Wan tukar fikiran pula.




Niat nak rehat sebentar bertukar jugak hingga dia terpaksa untuk bermalam di rumah kampung tersebut. Semua sebab Hajah Emani yang tak nak dia gerak ke Langkawi pada waktu malam. Takut kemalangan lama dulu berulang semula. Memang sejak kemalangan ngeri itu Wan tidak pernah lagi memandu jauh pada waktu malam.

"Wan..."

Wan yang sedang termenung di beranda didekati. Lofar ambil tempat di kerusi bersebelahan dengan lelaki itu.

"I think we need to talk."

Wan mengeluh kecil. Inilah yang dia takut. Takut nak hadapi keputusan dari Lofar.

"Move on Wan. Lagipun ini kehendak Wan sendirikan? Lofar..."

"I still love you Lof. Wan buat semua tu untuk Lof. Wan tak nak Lof abaikan impian dan hidup Lof untuk Wan waktu tu..." Wan yakin Lofar pasti tahu sebab dia nak berpisah dengan Lofar dulu. Wan tak nak Lofar terbeban untuk jaga dia dan abaikan usia muda untuk lelaki itu. Wan nak biar dia saja tanggung sakit dan berusaha sendiri untuk sihat dan biarkan Lofar kejar cita-citanya dulu.

"Waktu tu... Waktu tu maknya dah berlalu Wan. Lof... Perasaan Lof pada Wan dah tak sama macam waktu tu Wan. Lof dah tak... Lof dah tak cintakan Wan." Luahan Lofar menyentak hati Wan.

Bibir dan matanya ditutup rapat. Ya Allah! Susahnya nak terima.

"Macam mana Wan nak terus tanpa Lof. I can't help myself. Wan teruskan hidup hingga sekarang pun hanya untuk Lof. Wan nak berjaya semula untuk Lof..."

Lofar pegang dadanya yang turut rasa sakit. Ingat dia sanggup ke dengar luahan Wan tu. Hatinya sendiri sakit dengan keputusan sendiri. Tapi untuk terima Wan semula sukar baginya. Wan dah buang dia! Sekarang kenapa Wan nak pungut dia lagi?!

"Please Lof. Sekurangnya izinkan Wan pikat hati Lof semula. Wan yakin Lof masih cintakan Wan. Tolonglah Lof. Wan tak boleh hidup tanpa Lof. Apa guna semua ni kalau Lof tak terima Wan?"

"Lof tak boleh. Lof dah tak cintakan Wan lagi..." ucap Lofar lagi tenang walaupun hakikatnya hati sakit dengan kata-kata sendiri. Apa guna cinta kalau Wan tidak pedulikan perasaannya.

It's need two to tango Wan. Lofar tak nak bila Wan jatuh lagi, Wan akan tinggalkan Lofar sekali. Sakit untuk tengok sahaja orang yang kita sayang tanpa membantu Wan. Lofar tak nak hadapinya untuk kali kedua lagi. Cukuplah sekali.

"Let's put fullstop on our story. Kalau Wan betul sayangkan Lof. Jangan cari Lof lagi. Biarkan Lof bahagia and I'm happy without you.."

LOFAR (COMPLETED)Where stories live. Discover now