" Hoii kamurang.... bangun cepat nanti kita lambat bertolak !!! "
Jeritan suara dari luar bilik benar-benar mengejutkan saya yang masih lena di buai mimpi.
Terkebil-kebil mata saya melihat keadaan sekeliling bilik, nampak asing saya rasa.Segera saya bangun tapi terasa ada sesuatu di atas perut saya.
Cepat-cepat saya selak selimut saya, punyalah saya terkejut nampak kaki putih gebu.
" Aduii gila juga fikiran saya ni, di kampong juga saya ni sekarang,suara Andy ba pula saya dengar tadi..."
Pelan-pelan saya alih kaki Sarah dari perut saya.
" Kakak bangun...lambat sudah kita ni..."
Jeritan si Andy makin kuat sudah kedengaran sambil itu dia kasi kuat lagi ketukan,macam mahu pecah sudah tu pintu bilik saya rasa.
" Okey Andy kami bangun sudah ni.."
Bilang saya, sambil menoleh jam di dinding." Astaga...jam 6.30 sudah!!'' terbesar mata saya sekejap.
" Sarah..uii..Sarah..bangun..lambat sudah kita mahu bersiap.." Panggil saya.
Saya segera kasi bangun Sarah,saya tarik selimut dia lepas tu kasi guyang-guyang lagi badan dia. Tidur mati betul si Sarah,langsung teda respon, padahal kuat sudah tu saya tulak-tulak dia.Tabiat buruk Sarah memang sukar hilang sejak dari dulu.Susah bangun tidur!
Tiba-tiba saya dapat satu idea!
Pelan-pelan saya pi bisik di telinga dia." Sarah...bangun...bangun...tu boyfriend kau datang.."
" Hahh......" bilang Sarah.
Terduduk dia terus!
Punya sakit perut saya ketawa tinguk gaya dia bangun." Jahat eh ko ni kak...pagi-pagi lagi bikin urang terkejut! Kin benci...".
" Siapa suruh kau tidur mati..."
"Manada saya tidur mati...!! "
" Elehh, habis tu kenapa nda mahu bangun-bangun biarpun kaka kasi bangun,kaka tarik bra pun nda sedar-sedar bah.." Usik saya, sambil ketawa.
" Kakak... I hate you..." bilang dia sambil menguap,mata masih lagi tertutup.
" Sudah..nda payah benci-benci sana! Ko tinguk tu jam pukul berapa sudah? Bangun, nanti kita terlambat.."
" Bahhhh okeyy tunggu saya kita mandi sama-sama .. "
" Gila ni budak .." Cepat-cepat saya berlari masuk dalam bilik air sambil ketawa.
Setengah jam lepas tu baru kami dua siap bercantik-cantik.Saya hanya celit muka saya dengan make simple dan mengenakan dress purple soft seiring dengan tema wedding Andeline hari ini.
Puas hati dengan solekan dan dandanan sendiri dia tersenyum sendiri.
" Nah kak...ni kalau Jeremy nampak ko ni kompon dia kasi tinggal ni bini dia.." bilang Sarah. Punya celupar tu mulut dia,nasib kami dua saja dalam tu bilik.
" Sarah...lain kali jangan ko cakap sembarang macam tu...!" Marah saya.
Gurauan Sarah sangat tidak masuk akal.Awal pagi lagi dia sudah mengarut yang bukan-bukan.
" Opss sorry kak..." Balas Sarah, cepat-cepat dia tutup mulut.
" Sudahlah mari keluar! Lambat sudah kita ..."
Kami keluar saja dari bilik,sana sudah Andy sama durang uncle Ed duduk-duduk.menunggu kami bersiap.
" Bah mari jalan.." saya bilang sama Andy.
YOU ARE READING
BENARKAH KERANA CINTA
RomanceMEREKA pernah bercinta dan hampir berkhawin Tapi kerana keluarga Cinta itu terpaksa di korbankan. Mereka akur pada Jodoh yang sudah di takdirkan untuk mereka. KINI,Setelah hampir sepuluh tahun berlalu mereka bertemu kembali buat pertama kali di satu...