.
.
Jeremy menyembunyikan diri sebaik sahaja melihat kalibat Daniel.Dia tidak mahu Danial salah sangka padanya jika melihat dirinya terlebih dahulu berada di ruang menunggu.Melihat Daniel dalam keadaan tergesa-gesa seperti hilang hala tuju begitu sudah jelas menunjukkan lelaki itu terlalu mencintai Bella.
Jururawat membawa Daniel masuk ke dalam bilik yang menempatkan Bella tapi lama kemudian dia melihat Daniel keluar semula.Dari jauh dia boleh melihat lelaki itu sedang menangis.Dia tahu perasaan itu.
Sesiapa pun pasti akan terluka melihat keadaan insan yang di sayangi dalam keadaan begitu.Jeremy menggunakan peluang yang ada untuk mendekati Daniel.
“ Sabarlah Daniel..” Tegur Jeremy sambil menepuk bahu lelaki itu.
Daniel memandang Jeremy. Walau agak terkejut melihat lelaki itu tiba-tiba berada di hadapanya namun fikiranya tidak sempat berfikir apa-apa lagi,yang ada hanya Bella.
“Saya bersalah….kalaulah saya halang dia semalam mesti perkara ni nda jadi begini …saya memang nda guna Jeremy.Saya memang laki nda guna..” Rintih Daniel.
Hilang sudah rasa ego dan malu pada orang di sekeliling. Hatinya hancur berkecai mendengar kata-kata jururawat tentang keadaan Bella.
“Isteri encik telah jadi mangsa rogol.Keadaan dia sekarang okey tapi dia masih dalam trauma..sabar ya encik.Bagi dia berehat dulu.”
Daniel terduduk lemah dunianya gelap.Ditidak dapat bernafas,hatinya benar-benar sakitseperti di toreh-toreh dengan pisau tajam.Tangannya mengeletar menyentuh wajah sang isteri yang di penuhi lebam di kucup lembut.
Airmata lelakinya mengalir deras.Dia benar-benar tidak mampu berhadapan dengan Bella.
“ Sabar Daniel, saya pasti cari orang yang menyebabkan Bella jadi begini.Tapi dalam hal ni saya perlu penjelasan tentang apa yang sebanarnya berlaku.Maaf bukan saya mahu mencampuri urusan kamu dua tapi saya perlu masukkan dalam laporan..” Jelas Jeremy,dia cukup berhati-hati dalam setiap pertuturannya.
“ Semua salah saya Jeremy…kalau semalam saya nda terlampau ikut perasaan, mesti semua ni nda berlaku.Apa perlu saya buat sekarang? Mesti Bella benci saya? Saya minta maaf …saya minta maaf..” Ucapnya berkali-kali.
Kesalnya hanya Tuhan yang tahu.Dia tidak dapat memaafkan dirinya atas apa yang berlaku terhadap Bella. Dia yang bersalah! Masihkah ada ruang kemaafkan untuknya.Daniel buntu! dia melepaskan penumbuknya pada dadanya sendiri.
" Sabarlah Daniel...jangan buat sebarang andaian.Tunggu Bella sedar.." Pujuk Jeremy.
“ Tidak! Kau nda faham..sesiapa pun nda faham…” Luah Daniel.
**************************
Sofia mendail semula nombor telephone bimbit Jeremy.Tapi kali ini sudah tidak dapat di hubungi.Walaupun hatinya sedikit terguris di marahi kerana kerap mengbunginya namun dia tidak kisah.
Sofia semakin resah! Perasaannya kini bercampur baur.Jeremy berjanji untuk menghubunginya semula tapi sudah berjam-jam lamanya dia menanti.Jeremy masih juga tidak menghubunginya.
“ Kenapa bah ko ni Fia? Dari tadi mama nampak ko tengok tu talipon kau…’’ Tegur Puan Lia,ibu Sofia.Sejak tadi dia memerhatikan gelagat anaknya.
Sejak akhir-akhir ini Sofia sudah berubah,dia lebih banyak mendiamkan diri.Danish juga ada mengadu padanya tentang mamanya yang selalu marah-marah padanya.Hari ini dia sengaja meminta Sofia tidur saja di rumahnya mujurlah Sofia tidak membantah.Dia ingin melihat sejauh mana * penyakit * yang di hadapi anaknya itu.
“ Teda apa-apa bah ma..saya call Jeremy tapi dia nda dapat..”
“ DIa sibuk bah itu mengkali..”
YOU ARE READING
BENARKAH KERANA CINTA
RomanceMEREKA pernah bercinta dan hampir berkhawin Tapi kerana keluarga Cinta itu terpaksa di korbankan. Mereka akur pada Jodoh yang sudah di takdirkan untuk mereka. KINI,Setelah hampir sepuluh tahun berlalu mereka bertemu kembali buat pertama kali di satu...