Majlis Adeline masih berjalan,kalau tadi acara potong kek sudah selesai sekarang sesi bergambar kenangan bersama ahli kelurga pengantin pula.
Di sebabkan suami Adeline orang Sarawak,rombongan mereka di dahulukan untuk apa-apa jua acara. Penyatuan dua hati ini ibarat penyatuan dua buah negeri.Saling belajar mengetahui adat,budaya dan juga Bahasa.
Selepas jumpa Adeline tadi saya balik semula pigi duduk. Menyesal betul saya nda bawa balik kereta, sudahnya saya terpaksa menunggu uncle Ed pulang baru kami juga dapat pulang.Uncle Ed lagi sudah pening-pening nah nda lah dia mahu balik awal itu.
Sarah! dari tadi nda muncul-muncul nda tahu dia pi mana sudah.Punya saya bosan saturang duduk-duduk sana. Balik-balik saya buka facebook, insta segala youtube nda juga hilang rasa bosan saya.
Daniel pun dari semalam teda hantar apa-apa whatsapp atau pun call saya.Terlampau sibuk mungkin sampai dia lupa dia ada isteri.
Tiba-tiba nama saya kena sebut-sebut oleh tu pengacara majlis.Mula-mula saya buat nda tahu saja,yalah mana tahu ada orang lain lagi yang sama nama macam saya kan.Malu juga tu saya kalau bukan saya sebenarnya kena panggil. Tapi bila dia sebut sekali nama bapa saya,terbesar mata saya terus.
" Mesti Adeline punya kerja " bisik hati saya.
Balik-balik tu pengacara majlis sebut-sebut nama saya untuk sesi bergambar.Akhirnya terpaksa juga saya pi ikut durang bergambar.
" Ko ni kan bikin malu saya jak bah..." sempat lagi saya marah si Andeline.
" Siapa suruh kau bertapuk.." Bilang dia sambil ketawa kecil.
Selesai sesi bergambar bersama pengantin, saya terus pigi cari mama di dapur.Malas sudah saya duduk saturang sana khemah takut saya Adeline ambil kesempatan lagi suruh saya menyanyi segala.
Bukan saya nda tahu perangai gila-gila Adeline.Malu-malu punya pasal saya jalan nda pandang depan tapi pandang bawah sampai saya terlanggar orang.Bagus kalau orang yang saya langgar tu yang jatuh,tapi yang jatuh saya pula. Punya saya malu!
Tapi kan bila saya mao bangun tiba-tiba ada ni tangan kena hulur.Saya nda lagi tinggu siapa yang hulur tangan sebab terlampau malu sudah. saya sambut saja tu tangan, sekali saya angkat muka punya saya terkejut.
" Jeremy...!!! "
Cepat-cepat saya tarik tangan saya dari genggaman Jeremy, lepas tu segera beredar.Tidak sudah saya jadi masuk dalam rumah.
Teda juga teguran untuk dia begitu juga dia.Saya terkejut dan rasanya dia pun begitu. Walaupun sebelum saya datang Majlis ini saya memang sudah bersedia untuk semua ini tapi bila perkara itu benar-benar berlaku di saya jadi kelu.Sukar untuk saya jelaskan melalui kata-kata.
Pelan-pelan saya melangkah meninggalkan majlis Adeline.Saya mahu menyembunyikan diri.Saya mahu bersembunyi di dalam Van Uncle Ed.Mujur Van uncle Ed parking agak jauh dari rumah Adeline .
Saya tahu Uncle Ed mana kunci tu Van dia makanya dengan yakin saja saya berjalan.Saya cuma mahu bertenang sekejap,benci saya sama tu perasaan yang datang tiba-tiba.
Tapi sampai saja di Van Uncle Ed.
Malangnya nasib saya, mati-mati saya sangka uncle Ed tidak kunci memandangkan dia berada di kampong sendiri.Hampa! merungut saya sendiri.Disebabkan tiada idea mahu buat apa, saya bersandar saja di van itu.Saya tinggu jam di handphone dekat jam 2.00 petang sudah.
Saya teringat Daniel lagi,masa begini Daniel sudah habis kerja sebab hari ni sabtu so mean dia cuma kerja half day sahaja.
Sya cuba dail nombor dia,risau juga saya sebab dari saya sampai kelmarin dia tiada hubungi saya.Saya hantar pesanan kasitau saya sudah sampai kampung dia cuma balas emoji tangan " best" saja.
YOU ARE READING
BENARKAH KERANA CINTA
RomanceMEREKA pernah bercinta dan hampir berkhawin Tapi kerana keluarga Cinta itu terpaksa di korbankan. Mereka akur pada Jodoh yang sudah di takdirkan untuk mereka. KINI,Setelah hampir sepuluh tahun berlalu mereka bertemu kembali buat pertama kali di satu...