SUDAH dua jam Daniel duduk sambil merenung gambar perkhawinannya yang tergantung di dinding.Matanya tidak berkedip merenung senyuman Bella pada potret itu.Benarlah kata orang bila dia sudah pergi semua yang di tinggalkan jadi cukup bermakna.Jiwanya koson dan pilu.Entah di mana Bella berada sekarang.Dia rindu!
Bukan dia tidak mahu menunggu lebih lama untuk mengetahui tentang perkembangan kes isterinya itu tapi sebenarnya dia masih tidak dapat menerima apa yang telah dia lakukan terhadap Bella. Rasa bersalah itu menghantui dirinya dan seolah-olah melarang untuknya mendekati Bella lagi.
Daniel melepaskan keluhan yang maha berat! Tiba-tiba hatinya terdetik untuk melihat album perkhawinan mereka.Selama ini dia tidak pernah melihat kesemua gambar-gambar majlis perkhawinan yang telah di albumkan oleh Bella.Dia tidak pernah mengambil tahu pun tentang semua itu.
Perlahan dia melangkah menuju ke almari kecil yang ada di ruang tamu itu.Sejujurnya dia tidak tahu dimana Bella meletakkan album tersebut,dia hanya meneka kalau-kalau album tersebut ada di dalam almari tersebut.
Satu persatu pintu almari kecil di buka tapi album yang di cari tidak juga di temui hanya berberapa buah novel yang tersusun kemas.Daniel melepaskan keluhan lagi.
Dia membaringkan tubuhnya atas lantai.Matanya memerhatikan kipas syiling yang sedang ligat berputar sama seperti fikiranya yang sedang cuba mengingati sesuatu tentang album tersebut.
Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu,dia bingkas bangun semula.Langkahnya pantas menuju ke dalam bilik tidur mereka. Dengan yakin dia membuka satu lagi almari kecil yang ada berhampiran meja solek Bella.
Daniel tersenyum! benar tekaannya kali ini. Berberapa buah album perkhawinan termasuk album perkhawinan studio mereka tersusun kemas di dalam almari tersebut.
Tiba-tiba matanya tertumpu pada sebuah kotak telephone bimbit.Awalnya dia menyangka kotak tersebut kosong tapi gerak hatinya merasakan sesuatu.
Daniel mencapai kotak itu dan kemudian membukanya.Dia terkedu! Kotak telephone bimbit Iphone itu tertulis namanya berserta sebuah nota kecil.
🌸Sorry saya nda sengaja kasi jatuh handphone you.Tiapalahh saya kasi hadiah yang baru.Nah mainlah games puas-puas!
Isterimu..🌸
Sakit yang teramat sangat di rasakan saat ini.Tangisan kecil mula kedengaran semakin lama semakin kuat,akhirnya Daniel menangis bagaikan anak kecil sambil memeluk telephone bimbit pemberian Bella.Sungguh dia tidak tahu akan semua itu selama ini.Sekali lagi dia tengelam bersama airmata kesalan yang tidak ada penghujungnya.
SOFIA menolak perlahan Storller Danish masuk ke dalam kawasan Foodcout yang terdapat di dalam Shopping Mall Suria. Sudah lama dia tidak datang ke tempat itu.Dahulu semasa dia berada di Maktab Perguruan,dia dan rakan-rakan sering datang ke tempat ini.
Sofia mengajak Eyanz duduk di tempat yang sedikit sunyi.Eyanz menurut saja memandangnya perutnya sudah berkeroncong minta diisi.
" Saya pigi ambil makanan duluan ar kak.Lepas tu saya ambil kakak punya terus.Macam biasa kan,favorite kakak.." Kata Eyanz sambil mengenyitkan mata.
"Yups!"
Berberapa minit kemudian,Eyanz kembali bersama dua pinggan berisi nasi dan lauk.Sofia tersenyum melihat makanan yang di ambil Eyanz untuknya.Nasi putih,asam pedas sotong dan terung sambal pedas.
" Macam ko tahu saja favorite kakak ada di sini bah.."
“ Kan sini kakak punya station masa bujang dulu..”
“ hurm eyalah! bah makan pelan-pelan tercekik nanti..”
“ Lapar bah kak sebab semalam saya nda makan malam bah..”
“ Kenapa juga ko nda makan.Teda duit? Mustahil!’’
“ Saya malas mahu keluar..”
YOU ARE READING
BENARKAH KERANA CINTA
RomanceMEREKA pernah bercinta dan hampir berkhawin Tapi kerana keluarga Cinta itu terpaksa di korbankan. Mereka akur pada Jodoh yang sudah di takdirkan untuk mereka. KINI,Setelah hampir sepuluh tahun berlalu mereka bertemu kembali buat pertama kali di satu...