“ KAK BELLA… sebenarnya kan…Ehhh kak handphone kau berbunyi tu..”
Bicara Cherry terhenti serta merta sebaik sahaja terdengar deringan telephone bimbit Bella.Dia memandang Bella tapi nampaknya Bella seperti sengaja tidak mengendahkan deringan telephone bimbitnya.
“ biarlah..malas kakak mahu angkat..”
“ Kakak tengoklah bah dulu..mana tahu emergency dari kampong kah?atau dari tempat kerja kakak kah....” Cherry sekadar memberi bayangan.Dia tidak bermaksud apa-apa sebenarnya.
“ Bukanlah…”
“ Suka hati kaulah kak..”
“ Bah cepatlah sambung cerita kau..”
“ hurmm…teda apa-apalah kak..?” Seloroh Cherry.
“ Hishh budak ni! Tadi beria-ia suruh berjanji segala…” cebik Bella sambil mencuit hidung Cherry.Gadis itu tersengih.Dalam senyuman,entah kenapa hatinya tiba-tiba terusik dengan kata-kata Cherry tadi.Fikiranya mula melayang pulang ke kampong kerana teringatkan ibunya.
Tidak senang dengan perasaan itu,dia segera mencapai beg tangan miliknya yang di letakkan dimeja berhampiranya lalu mencari telephone bimbitnya!Cherry hanya memerhatikan gelagat Bella sambil tersenyum.
SOFIA semakin hanyut di buai perasaan cemburu yang mendalam.Selepas menidurkan Danish dia mula melayan perasaannya lagi.Jam menunjukkan angka 9.00 malam.Airmatanya mengalir membasahi pipi tanpa di sedari.Perasaannya di hantui dengan pelbagai rasa.Wajah Jeremy bermain di benaknya.
Dia mula mengimbas kembali kenangan di awal perkenalan mereka.Pertemuan yang di atur keluarga itu akhirnya membawa ke sebuah perkhawinan walau tanpa cinta dari dua hati hati.
Dia jatuh cinta pada Jeremy walaupun lelaki itu melayannya dingin di awal pertemuan.Dia tahu ketika itu Jeremy sangat mencintai kekasih hatinya.
Menurut Adeline,terdapat sedikit salah faham berlaku dan menyebabkan hubungan dua keluarga itu menjadi rengang.Selebihnya dia tidak pernah ambik tahu.
Sofia tidak minta Jeremy mencintainya kerana dia faham perasaan lelaki itu. Mana mungkin semudah itu Jeremy melupakan kekasihnya.Dia juga tidak pernah bertanya tentang perasaan Jeremy.Dia bukan tahu mahu bertanya tapi dia takut untuk mendengar jawapan Jeremy.Tapi Tuhan itu maha mengetahui lagi menentukan segalanya.Dab sudah tertulis jodohnya dan Jeremy sebagai suami isteri.Berkat kesabaranya akhirnya mendatangkan hasil.Perlahan-lahan hubungan tanpa cinta itu menjadi baik sehingga di kurniakan seorang anak lelaki.
Tapi kini setelah bertahun tahun berlalu,mengapa ada insan lain wujud dalam hubungan itu.Sofia semakin tengelam di lautan airmatanya! hatinya sakit bak di tujuk pisau yang sangat tajam.
Memikirkan Jeremy yang tiba-tiba berubah dia seakan tidak dapat bernafas! Dia tidak rela wanita lain menghancurkan hubungan mereka. Sofia melepaskan geramnya dengan membaling telephone bimbitnya sekuat hatinya. Hancur berkecai sama seperti hatinya kini.Hancur kerana di curangi seorang suami.
Jeremy pulang ke rumah setelah penat melayani perasaannya. Dia melangkah malas masuk ke dalam rumah.Sungguh dia terlupa akan janjinya untuk membawa Danish keluar berjalan-jalan. Pasti Sofia akan memarahinya kerana hal itu. Jeremy menghela nafas berat.Dia sendiri tidak tahu apa yang telah terjadi pada dirinya kini.
Ruang tamu gelap gelita.Tiba-tiba kakinya tersendung sesuatu.Jeremy segera meraba suis lampu! Sebaik sahaja lampu di hidupkan,Jeremy terpaku melihat keadaan ruang tamu dan Sofia sedang duduk membatukan diri di sofa.
Ruang tamu kelihatan bersepah.Seperti berlaku rompakan kecil keadaanya.Sesuatu yang terkena pad Kakinya tadi adalah Serbihan telephone bimbit.Jeremy terkedu! tahulah keadaan itu bukanlah rompakan.
Jeremy melangkah mendekati Sofia lalu duduk di sebelah isterinya. Dia tahu Sofia sedang marah padanya.
" Saya minta maaf.." Jeremy bersuara.
" Siapa perempuan tu?" Soal Sofia.Suaranya serak dek kerana menahan sendu.Jeremy terpaku seketika! Sofia sudah tahukah tentang Bella? keluahan di lepaskan,tiada bicara yang keluar dari bibir Jeremy.
" Saya tanya siapa dia?" Soal Sofia,suaranya bergetar menahan perasaan.Mahu saja dia menjerit melepaskan apa yang terbuku di dadanya tapi mengenangkan Danish sedang tidur dia berusaha menahannya.
Jeremy masih diam membisu! tidak tahu apa yang perlu di Katakan. Jika dia berterus terang Sofia pasti terluka.Tapi kebisuan hanya akan membuatkan keadaan bertambah tegang.Sofia tidak akan berhenti.
" Jeremy!!! tell me?? siapa perempuan tu.Sebab dia kah you berubah?Jawab Jeremy? kenapa diam?siapa dia!!!!"
Kebisuan Jeremy membuatkan Sofia benar-benar tidak dapat menahan sabar.Tubuh sasa lelaki itu di tumbuk-tumbuk bersama tangisannya.
" I am sorry Sofia! " akhirnya Jeremy mengucapakan juga kata-kata itu.Ada sesalan di hujung kata-katanya.Entah mengapa hatinya terusik melihat Sofia dalam keadaan itu. Dia membiarkan saja Sofia menghentam dadanya.
" Saya bukan mahu dengar you cakap minta maaf.Saya mahukan penjelasan!"
" Saya tak ada penjelasan Sofia...saya.."
" Saya apa? sebab perempuan tu mengandung? apa yang sebenarnya berlaku Jeremy? tell me the truth? "
" Sofia,hubungan kami nda seperti yang you fikir okey!"" then what?tell me!"
" Kebenaran hanya menyakitkan Sofia.."
" Pembohongan lagi menyeksakan Jeremy... "
" She Bella!.Perempuan mengandung yang you ingin itu adalah Bella..!" ujar Jeremy.Tenang saja wajahnya memberi kebenaran itu.Sofia terduduk lemah! dadanya sakit! lantas ingatannya tiba-tiba mengingat sesuatu.
Bella!!
" Owh itu Bella...sepupu saya..dialah kekasih uncle Jeremy dulu.."
Tiba-tiba kata-kata Adeline muncul di fikiranya.Dan baru dia teringat akan wanita ada di majlis perkhwinan Adeline tempoh hari. Dialah wanita yang ada di dalam gambar itu. kenapa dia tidak perasan sama sekali!!! Sofia meraup wajahnya.Tangisannya semakin kuat.
" Sofia..."
Jeremy merapati Sofia lalu meraih wanita itu ke dalam pelukannya. Sofia tidak membantah! di dalam pelukan sang suami dia menangis semahunya.
" Kenapa Jeremy! kenapa?" rintih sofia.
Saat itu Jeremy sudah kebuntuan.Tiada kata-kata yang mampu di ucapkan bagi menjelaskan keadaan.Dia hanya diam dan memeluk Sofia.
BELLA meluru masuk ke dalam wad perempuan.Dia terlupa dirinya sedang
mengandung.Hampir saja dia tersendung dek kerana melangkah terlalu laju. Bella di temani Cherry. Entah berapa kali Cherry menegur Bella agar melangkah dengan lebih berhati-hati.Kata-katanya bagaikan angin sahaja.Panggilan telephone daripada Sarah sebentar tafi bagai merentap jantungnya.Mujur saja dia ditenangkan Cherry.Jika tidak dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan ketika ini.Wajah ibunya sahaja yang bermain di fikiranya kini.
" Nurse..saya Maybella anak kepada puan Margret yang baru di masukkan ke wad tadi.." kata Bella pada jururawat yang bertugas di kaunter.
" Oh puan masuklah katil no 5. Dia okey cuma sedang berehat. Actualy dia macam terkejut dan sedikit tertekan.Tapi doktor akan bagitau puan dengan lebih lanjut lagi pasal jantung dia.." ujar Jururawat tadi.
Bella menarik nafas lega.Namun hatinya sedikit gelisah mendengar kata-kata Jururawat tersebut. "Jantung! mama mana ada sakit jantung selama ini?Kenapa doktor cakap macam tu? " suara hatinya berbisik.
" Oh ya puan..boleh puan minta suami puan datang jumpa saya.Ada berberapa borang yang dia perlu sign"
Langkah Bella terhenti! jantungnya tiba-tiba berdegup kencang.Dia benar-benar terlupa tentang Daniel.
YOU ARE READING
BENARKAH KERANA CINTA
RomanceMEREKA pernah bercinta dan hampir berkhawin Tapi kerana keluarga Cinta itu terpaksa di korbankan. Mereka akur pada Jodoh yang sudah di takdirkan untuk mereka. KINI,Setelah hampir sepuluh tahun berlalu mereka bertemu kembali buat pertama kali di satu...