"Dosa? Jangan buat aku gelak, 'Ustazah Bella'."
_______________________________________KOPI susu yang baru dibancuh ibu dihirup sebelum aku melemparkan pandangan pada tingkap. Angin menderu perlahan. Sunyi. Sepi. Aman. Tapi tak seaman beberapa jam yang lalu. Pandanganku beralih pada sehelai kertas yang telahpun renyuk.
"Bella, saya dah kaji markah awak sebelum ni. Semuanya cemerlang.. except this."
" Sa-"
"Bella, Saya tak nak dengar excuses. Prestasi awak kat sekolah lama elok. Kenapa sekarang ni lain? "
" Tapi Miss sa-"
" Listen. Whatever your excuses, saya harap salah satunya bukan culture shock. Ok? Now balik kelas awak."
Kertas yang berada ditangan terus ku renyuk lalu dicampak masuk tong sampah. Geram. Sumpah geram. Lagi - lagi bila kena dengar bebelan Miss tadi. Bukan nak bagi aku peluang untuk explain. Hish!
Setelah beberapa detik termenung, aku kembali menghampiri tong sampah. Dada diurut perlahan sebelum tanganku mengambil semula kertas tersebut. 'Astaghfirullahalzim.. Apa aku buat ni?'
○●○Kriing
Sebaik sahaja loceng habis berbunyi, aku terus bangkit dari kerusi lalu menuju ke kelas Dhia. Katanya nak rehat ngan aku semalam. Hmm. Bila pikir balik, aku paling rapat ngan Dhia kat sekolah nih. Kelas? Selalunya Haryl yang usik aku. Takpun bebudak lelaki lain. Meh.
Dalam perjalanan ke kelas Dhia, telinga aku tiba - tiba tertangkap beberapa perbualan atau mungkin bisikan? Kuat gila kau bisik. Aku yang jauh ni pun dengar.
"Eh dia ni kan?"
" Dia lah. Aku ingatkan pandai. Rupanya bodoh. Apa punya rumors lah."
" Tulah kau. Percaya sangat. Sekali keluar result, markah dia paling teruk."
"Teruk gila duh. Fail kan?"
"Ha'ah. Camne boleh lepas masuk sekolah ni duh? Guna kabel ek? Hikhik."
Langkahku terus terhenti. Dorang ni cakap pasal aku ke? Ni yang rasa berapi nih.
Tanpa melengahkan masa, aku terus mendekati dua mahkluk berbaju putih tersebut. Sekor pendek, sekor tinggi. Bagus. Ada kelainan.
"Woi! Kau cakap pasal aku ea?"
Mereka hanya memandang satu sama lain lalu tergelak kecil. Eh eh eh. Aku ada buat lawak ke syaiton?
"Hahaha! Apa yang lawaknya, bodoh?"
"Eh! Kau cakap tuh baik sikit eh! Muka je ada.. mulut busuk!" Si tinggi bersuara seraya memeluk dadanya. Bibir dijuih tanda menyampah.
" Mulut busuk? Habis kau ngumpat aku tadi? Dasar hati busuk!"
Tiba - tiba tudungku terasa ditarik kebelakang. Aku terus melihat si pelaku. Cis! Tak guna kau pendek!
" Kau pahal ketot!" Lengan bajuku terus disingsing hingga ke paras siku. Bersiap sedialah. Perang dunia ketiga bakal bermula. Beberapa saat dari sekarang...
YOU ARE READING
BAD HABIT
Teen FictionKau takkan pernah puas. " Aku dah stop merokok, aku dah start solat! Kau nak apa lagi hah? Semua benda aku dah buat! Untuk kau! " Aku membisu. Tertunduk dan terpaku pada lantai marmar. Cuba mencari kesalahan masa lalu. " Aku mintak benda simple je...