17. Aisy

2.4K 136 11
                                    

" Tak bukan jawapan. Apa aku nak, aku akan dapat jugak. "
_____________


_____JAM dinding dikerling Adyan sekilas lalu pandangannya beralih semula pada Irham yang duduk bertentangan dengannya dimeja makan.  " Makanlah. Ni kuih-kuih pagi tadi punya.  Elok lagi nih. Rumah bujang la katakan. "

Aku mengangguk lalu mengambil sepotong kuih seri muka untuk disuap ke dalam mulut. " Bujang? Awak tinggal sorang je ke? "

Urgh. Ni kalau kena tangkap basah dek Jawi ni mampuih aku. Nasib baik tubuh aku sekarang ni lelaki.

"Eh. Tak adalah. Aku tinggal ngan adik aku. Ibu bapa kitorang dah lama bercerai. Masing-masing pun da besar panjang. Dah boleh jaga diri sendiri and hidup berdikari.."

" Ooo.."

Jeda seketika. Sejujurnya aku tak tahu mahu mula daripada mana.

Klak. Pintu utama yang menghadap meja makan terbuka menandakan seseorang telah membukanya dari luar. Serta-merta kepalaku tertoleh ke arah pintu tersebut. " Haaa.. panjang umur. Ni lah adik aku. " Irham memanggil lelaki berbaju belang dan berseluar paras lutut itu untuk mendekati tempat kami duduk berbual.

" What? " Lelaki itu menunjuk riak muka kebosanan. Jelas sekali dia tidak berminat untuk menyertai perbualan aku dan abangnya.

" Ni Adyan. Junior aku kat sekolah dulu. Haa Adyan ni Aisy, Aisy Khusyairi. " Irham menarik lengan lelaki tersebut lalu memperkenalkannya kepada ku.

" Mm.. Hai. " Segaris senyuman manis aku ukir seraya tanganku melambai ke arahnya.

Dia tidak menjawab sebaliknya menaikkan alis kirinya lantas membuat muka. " Ish. Tunggu apa lagi? Salam lah Adyan tu. Takkan jadi tugu je? " Irham menjeling adiknya.

Aisy mendengus perlahan. " Aku? Salam dia? Junior kau? Woi kau form bape? Muka cam bebudak je. Konfem form 3 takpun form 4 kan? Kau lah yang kena salam aku. Dasar kau budak tak sedar diri." Aisy berkata sambil menonjol jarinya berkali  pada dahiku. Aku yang malas mengelak hanya duduk membatu seraya mencebik bibir.

' Aku form 5 lah tahun nih..hmm.. '

" Eh! Apa hal kau ni? Dah stop! Beza 1 tahun pun kau nak kecoh. " Irham terus bangkit dari kerusi lalu menolak adiknya kasar untuk menjauhkan dia dariku. " Haish. Kau pun satu Dyan. Dah la. Kau tak nak salam pegi naik atas. Mengganggu ketenteraman betul. "

Hmmph. Ingat aku nak sangat jumpa adik kau? Adik dia pon satu. Sukati je tonjol dahi aku.

Setelah berkali-kali dipaksa, Aisy mengatur langkah ke tangga seraya memandangku tajam seolah-olah aku telah membuat onar dirumahnya. Pandangannya aku balas dengan menjulingkan mata sambil mengembangkan hidungku seperti binatang oink-oink.

Ya. Tak ubah seperti budak kecil. Irham? Hanya menggeleng kepala seraya menepuk dahi apabila menyaksikan gelagat aku dengan adik kesayangan dia.

Sentuhan secara tiba-tiba pada tangan kananku membuatku tersentak. Fokusku beralih kembali kepada Irham. " So Dyan. Aku yakin yang kau datang sini nak cakap something. Cakap lah. "

" Sebelum tu. Saya ada soalan. "

Irham menghirup teh bunganya lalu bersuara. " Hah apa? "

" Adik awak tu umur berapa sebenarnya? "

Cawan yang berada pada tangannya diletakkan diatas meja. Irham memandangku seakan tak percaya. " Laa.. Tak habis lagi ke? Sudah la tu Dyan. Adik aku tu memang camtu. Kurang mesra sikit ngan tetamu. "

BAD HABITWhere stories live. Discover now