" Mengaku jelah. Tak payah bajet suci. Kau suka dia kan? Ke dia dah jolok kau dulu? "
_________________________________________AKU meneliti beberapa kertas baru yang ditampal pada papan kenyataan selepas habis waktu rehat. Antara maklumat yang menarik minat aku tak lain tak bukan perlawanan bola keranjang peringkat negeri yang akan diadakan 2 minggu daripada sekarang. Eh. Jangan salah faham. Aku tak sertai pun permainan pelajar lelaki ni walaupun fizikal aku kini lelaki. Jadi kenapa aku berminat?
Aku cuma berminat untuk melihat perlawanan yang bakal disertai Haryl. Ya. Mahkluk kurang sopan dan mulut puaka itu salah satu pemain tetap pasukan The Hercules atau dikenali sebagai pasukan bola keranjang utama di sekolah ini. Eh? Kenapa ayat aku skema sangat ni?
Mataku kembali merenung papan kenyataan. Satu poster berukuran A2 menarik minatku. ' Pemohonan Persatuan Perwakilan Pelajar Sesi 20** '. Oh. Ni tak lain tak bukan nak lantik wakil pelajar yang baru. Oh ya. Untuk pengetahuan pembaca, kat sekolah baru aku ni, ada banyak organisasi dan jawatan yang kau boleh apply antaranya :-
1. Persatuan Perwakilan Pelajar ( PPP )
2. Badan Disiplin Pelajar ( BDP )
3. Badan Akhlak dan Pendidikan ( BAP )
4. Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS )
5. Pengawas Perpustakaan Sekolah ( PPS )
6. Dan lain - lain..Ada banyak lagi tapi 5 badan ni antara yang popular kat sekolah aku. Sebut je presiden wakil pelajar, semua pelajar akan teringat si Irham. Si Irham ni.. dia punya femes sampai pak cik kebun pun kenal dia. Maklumlah bila kau rangkul jawatan, secara tak langsung semua mahkluk kat sekolah ni akan kenal kau. Ya. Jangan terkejut esok lusa tetiba ada fanclub atas nama kau. So.. sesapa yang suka populariti dah boleh ambik borang pemohonan jawatan kat pejabat.
Wait a minute. Cakap pasal pemohonan jawatan.. Pemohonan untuk Persatuan Pewakilan Pelajar ni dah habis ke? Apsal aku blur sangat ni? Aku membaca semula isi - isi penting yang terdapat pada poster.
"Borang pemohonan harus diisi dan dihantar sebelum tarikh berikut.. 18 Mac ****. " Aku menggumam perlahan sebelum berfikir semula. So pelantikan lambat lagi lah? Bila kira - kira balik lagi 3 hari camtu. Hmm. Lantaklah. Apa kena mengena ngan aku? Asalkan aku boleh belajar cam biasa dah cukup.
Kakiku melangkah menuju ke tandas lelaki setelah puas meneliti maklumat. Dalam perjalanan ke tandas, aku terjumpa sebuah buku nota bersaiz poket di tengah koridor. Laaaa? Siapa pulak tertinggal harta ni? Mentang - mentang la barang sekarang dah murah, kau main cecampak je buku ni. Buku nota tersebut aku kutip lalu dibelek muka surat. Ada beberapa saja muka surat yang tinggal dan sehelai saja yang bertulis.
9 Mei XXXX
Aku masih camni. Masih seorang perempuan. Air bancuhan Pak Ali tak beri kesan. Bacaan mantera Mak Temah apatah lagi. Harini saja aku sudah berjumpa 10 orang bomoh. Satu pun tak berhasil. Argh! Stress b*bi! Sampai bila aku kena hidup camni? Aku rindu nak solat jum..
Aku terkaku seketika selepas selesai membaca. Dia jumpa bomoh? Rindu nak solat Jumaat? Haish... apa maksud dia ni? Kenapa muka surat ni terkoyak separuh? Muka surat lain pulak kosong. Adoi.. Nota tersebut dibaca berulang kali tanpa jemu seraya berjalan tanpa hala tuju.
Kenapa.. aku rasa cam dia ni pernah alami apa yang aku alami? Aku rasa cam pemilik nota ni ada masalah yang sama ngan aku. Tak lain tak bukan rupa fizikal berubah seperti lelaki. Bezanya muka aku saja yang masih serupa. Rasa cam aku ni adik lelaki Bella pulak. Cih. Akulah Bella, akulah adik lelaki Bella. Pelik.
YOU ARE READING
BAD HABIT
Roman pour AdolescentsKau takkan pernah puas. " Aku dah stop merokok, aku dah start solat! Kau nak apa lagi hah? Semua benda aku dah buat! Untuk kau! " Aku membisu. Tertunduk dan terpaku pada lantai marmar. Cuba mencari kesalahan masa lalu. " Aku mintak benda simple je...