31. Kesal

2.1K 107 8
                                    


BAD HABIT
31 | Kesal
" Kadang-kadang aku tertanya, kenapa manusia macam kau wujud kat dunia ni? "

Selesai menyusun kasut sukan diatas rak kasut yang hampir rapuh, daun pintu rumah dikuak lalu ditolak. " Omaigod.. Rindunya rumah nih! "  Kakiku mula melangkah ke arah dapur yang bersambung dengan bilik airku. " Manakah pinggan kelmarin? Pinggan? Ooo pinggan? " Mataku ralit mencari pinggan kaca yang tak sempat dibasuh sebelum telingaku menangkap deringan telefon yang tiba-tiba kedengaran dari beg canvas yang berada diruang tamu. " Hish. Sape pulak rajin mesej aku petang-petang nih? Aisy? Irham? Dhia? " Mulutku tak berhenti membebel sehinggalah telefon pintar tersebut dikeluarkan dari beg.

A message from Haryl.

I don't think I can do this anymore.

Hah? Apa maksud mamat nih? Takkanlah? Belum sempat aku mahu menaip pesanan balas, satu lagi mesej masuk.

Bye Bella. Thanks for everything.

Tanpa membuang masa, aku keluar dari rumah lalu berlari ke rumah Haryl yang mengambil masa kira-kira 10 minit seraya menelefon lelaki tersebut. Ya Allah, angkatlah! Tolonglah angkat! Allah please jangan jadi apa-apa kat dia..

.
.
.

Tiba saja dirumah Haryl, aku melangkah masuk tanpa memberi salam lantas memecut laju ke Bilik Haryl yang bertempat ditingkat 2. Hampir saja kakiku mahu tergelincir ketika mendaki tangga namun sempatku berpaut pada tiang berdekatan. Aku berlari sekuat hati selepas berjaya melepasi anak tangga. Hatiku tak putus-putus berdoa agar dia tidak melakukan apa-apa perkara bodoh. Tolonglah!

Pintu bilik Haryl diterpa. Langkahku mati. Biliknya tak ubah seperti kandang babi dengan baju dan seluar bersepah diatas lantai, buku-buku dan majalah pula bertebaran di merata tempat.. Ya Allah! Apa nak jadi budak nih? Aku sempat menggelengkan kepala sebelum mengatur langkah ke bilik air. Pasti dia bersembunyi di situ. Tombol pintu dipulas lantas ditolak. Wajah Haryl kelihatan cuak tatkala aku muncul disebalik pintu bilik airnya. " Ha-Haryl? Ap- "

" Keluar! Keluar Bella! " Mataku masih terkunci pada tangan Haryl. Satunya memegang pisau lipat dan sebelahnya lagi sudahpun menitiskan darah gara-gara ditoreh. " R-Ryl.. Bertenang. Letak pisau tu. Ki-Kita cerita ka-kat luar eh? J-Jom? " Tergagap suaraku cuba keluar menahan ketakutan yang semakin menyelubungi diri. Serentak dengan itu, aku cuba melangkah ke arah Haryl dengan perlahan. " Aku kata keluar! Kau pekak ke?! " Laungan Haryl tak diendahkan. Kakiku mara ke hadapan seraya cuba merampas pisau tersebut. " Mengucap Ryl! Mengucap! " Aku berjaya menangkap tangannya yang memegang pisau sebelum bilah pisau tersebut menghiris tapak tanganku. " Argh! "

Air muka Haryl berubah. Pisau yang berada ditangan terus dicampak ketepi. Perlahan-lahan dia menghampiriku yang masih meringis kesakitan. " Be-Bella. Kau okay tak? " Aku mengangkat kepalaku yang asyik tertunduk memandang lantai lantas tersenyum menahan sakit. " Aku okay. "

...

Sepi. Tiada perbualan antara kami. Hanya potongan kain balutan dan pendingin hawa kedengaran. Mataku hanya memerhati lelaki dihadapanku yang masih membalut tapak tanganku yang terluka tadi. " Sorry. "

Sekali lagi bibirku mengukir senyuman. " Tak apa. Lagipun salah aku jugak. " Haryl mendengus perlahan. Dia masih ralit membetulkan kemasan balutan sebelum tangannya digenggamku erat. " Aku tau kau tak okay. Aku mintak maaf kalau semuanya berpunca dari aku. " Alis mata Haryl terangkat. Tautan dari tanganku dilepaskan. " Maksud kau? "

" A..Aku tak tau. Aku cuma takut kalau aku penyebab kau jadi macam ni. Sorry. Sorry sebab heret kau dalam masalah aku. Sorry. Sebab aku, kau kena marah. Sebab aku, kau kena hadap semua cacian and tanggapan negatif dari orang lain- "

Sekali lagi keluhan panjang kedengaran. Pandangan mata Haryl sedikit sebanyak buatku kesal meluahkan segala yang terbuku dalam hati. " Kau nak kata kau menyesal sebab aku jadi PPP? "

Aku tersenyum nipis. Haryl mencapai tangan kananku lalu digenggam kembali. " Aku tak pernah menyesal pun. And aku tak pernah menyesal pun bila tau pasal masalah kau. " Genggaman tangan dieratkan. Anak mataku masih terkunci pada wajahnya. " Ke-Kenapa? "

" Kenapa apa? " Soalanku dibalas soalan. Aku berkira-kira untuk menjawab sebelum membuat keputusan untuk meluahkan saja. " Kenapa buat semua nih? Ke-Kenapa mesti mati? Ke- "

Haryl bangkit dari lantai marblenya lalu menuju ke tingkap yang separa terbuka. Dia tidak berganjak setelah beberapa saat merenung langit yang sedikit gelap diwarnai biru nila. " Aku tak rasa yang aku patut hidup kat dunia nih. "

Aku tersentak. Serta merta tubuhku bangun lalu menghampiri Haryl yang masih menghadap beranda. " Ryl. Semua orang patut diberi peluang kedua. Kau pun. Patut bagi peluang kedua kat diri kau. Aku tak tau apa silap, masalah yang kau hadap sekarang ni tapi.. Bunuh diri bukan penyelesaiannya. Diri kau, kesedihan kau mungkin hilang tapi.. Tak. Kesedihan kau cuma beralih kat orang lain- "

Haryl tergelak kecil. Lelaki berbaju sukan merah itu berpaling kearahku lantas bersandar pada tingkap. " So kau nak panggil aku selfish la nih? " Aku memandangnya tanpa mengedipkan mata. " Ya. Kau selfish. Kau cuma nak hilangkan sedih kau.. Kau tak kisah pun pasal kesedihan orang lain. " Pandanganku jatuh pada kakinya yang mengatur langkah ke arahku yang masih membatu. " Apsal aku nak kisah pasal orang lain? Dorang, kau, bukan kisah- " 

" Aku kisah! Pasal kau semua aku kisah Ryl! " Langkahnya mati dipertengahan jalan. Satu senyuman kelat turut menghiasi wajahnya. " Apa- "

" Ryl. Please. Jangan buat macam ni lagi. Aku- " Aku mendekati Haryl yang masih berdiri ditengah bilik tidur lantas mengusap bahunya. " Aku sayangkan kau. Jadi please.. Sayang diri kau jugak okay? "

.
.
.

Aku merebahkan badan pada tilam lusuhku setelah selesai menelaah matapelajaran matematik. Sekali-sekala badanku bakal mengiring ke kiri dan kekanan tanda aku masih sukar melelapkan mata. Mungkin kerana penerangan tak berbayar Haryl beberapa jam yang lalu. Ya, selepas saja memujuknya, aku berjaya mengorek faktor sebenar dia cuba membunuh diri.

" Ayah aku. Minggu lepas dia datang mengejut. Aku ingatkan dia just nak melawat, rupanya dia nak tinggal ngan aku. "

Keningku bertaut. Mataku masih tak berkedip memandangnya. " Ba-Baguslah tu kan? Maybe dia nak jaga kau dari dekat? "

Haryl mendengus perlahan. Pandangannya masih melekat pada secawan hot chocolate yang berada ditangan. " Dia bawak pompuan sial tu and of course, pompuan tu bawak anak dia sekali. "

" Perempuan? Si- "

" Isteri kedua dia. " Cawan yang dipegang diletakkan pada meja kaca lalu pandangannya beralih padaku. Aku cuba memahami reaksi Haryl sebelum satu jeritan geram memenuhi ruangan bilik tidur. " Aku benci dia! Kenapa?! Kenapa pompuan sial tu mesti ada dalam rumah ni?! Aaargh! "

Aku tersentak. Serta merta aku bangkit dari tempatku lalu memujuk Haryl untuk menenangkan diri. " Ryl.. mengucap! Syhh.. It's okay.. Everything gonna be okay.. " Beberapa minit berlalu, Haryl akhirnya menghentikan rontaan dan jeritannya tatkala didakapku erat. Perlahan-lahan kelopak mataku tutup dan segalanya menjadi gelap.


Vote ler :V Komen pon..




BAD HABITWhere stories live. Discover now