26. Kenapa

2.1K 91 4
                                    

Kini aku berada di kafe ala jepun yang dimaksudkan Aisy. Dari tadi dia asyik menangkap beberapa gambar atau lebih tepat lagi swafoto bersamaku dimeja ini. Nasib baiklah sewaktu pelayan mengambil pesan dia menghentikan perbuatannya. " Saya ulang balik order encik ya. Dua set makan tengah hari, mochi set b, 2 okonomiyaki dan 2 jus tembikai. Ada apa-apa lagi yang encik nak tambah? "

Aku menggeleng lantas memandang Aisy. Dia menunjukkan isyarat Ok sebelum pelayan tersebut berlalu pergi. " Boleh tahan eh tempat ni. Baru bukak dah ramai customer. " Aku memulakan perbualan seraya menjeling Aisy yang masih tak melepaskan telefon pintarnya. " Aisy.. " Namanya aku panggil lama dan perlahan namun masih tiada balasan. Dia kelihatan sibuk memuat naik gambar ke laman instagramnya dan tersenyum seperti kerang busuk. " Aisy! Kalau kau nak main fon baik takyah ajak aku. Hish. " Serta merta lelaki berbaju kemeja itu meletakkan telefon pintarnya ketepi lalu memberi perhatian sepenuhnya terhadapku. Hah tau pun cuak. Hatiku tersenyum namun mukaku masih dikekalkan tanpa reaksi. Konon nak acah kental sikit.

" Alololo. Sorry la. Aku upload gambar kejap je. Jangan marah. Nanti kena jual. Hehe. " Aisy mencubit hidungku seraya tersengih menayang sebaris giginya. " Aduh! Sakitlah! " Tak sempat aku menepis, dia menjentik pula dahiku. " Auch! Aisy! " Mataku membulat tajam ke arahnya tanda amaran. Lelaki itu hanya ketawa meleret lantas menjamah makanan yang dihidang pelayan.

Baru saja aku ingin menyuap secebis okonomiyaki menggunakan sudu tiba-tiba telefonku berdering tanda mesej masuk. Aku mengendahkan lantas menyambung suapan. Sekali lagi telefonku berdering. Kali ini berkali-kali dan tanpa henti.

Hish. Sape pulak rajin mesej aku banyak kali ni? Mataku terus tertancap pada skrin telefon pintar yang dihadiahkan Haryl. Ya. Makhluk tu belikan aku telefon baru semenjak telefon lamaku jatuh dalam tasik seberang rumah. Aaahh panjang ceritanya. Nanti lah kita cerita ya. Jom fokus kat mesej daripada Encik Qalif dulu ya.

Qalif Asyraf

Ad
Datang awal sikit boleh?
Pukul 3 nanti Rena ada appointment ngan dc

Aku menilik jam tanganku. Masih tersisa 10 minit sebelum kelas 'awal' aku dan Rena bermula. Maka makanan dipinggan pun cepat-cepat aku suap lalu telan tanpa kunyah. " Eh. Rilex lah. Gelojoh betul ko nih. " Aisy terkejut tatkala melihat kelakuan ku yang tak ubah seperti beruk kena cili. Ya. Gelabah tak tentu pasal. Selesai saja makan, aku bangkit dari kerusi lalu meminta diri untuk ke rumah Qalif. Ada juga Aisy menawarkan diri untuk menghantarku tapi selepas beberapa minit berhujah, dia membenarkan aku untuk menaiki grab ke rumah Qalif dengan syarat duit grab tersebut dibayar olehnya.

BAD HABIT
26 | Kenapa
" What have you done? "

" Alhamdulillah. Selesai pun pelajaran hari ni. " Kamus dewan bahasa yang terbuka ditutup rapi lalu ditolak ketepi meja. Wajah Rena aku tatap sebelum dia tertunduk malu memandang jari jemari yang kemas tersusun diatas meja. Sehelai kertas dihulur padaku selepas beberapa detik berlalu.

' Tak bestlah. Cepat sangat habis. Huhu.. T_T '

Aku tersenyum manis lalu memandangnya semula. " Laaa.. haritu habis lambat complaint. Harini dah habis awal dikatanya tak best. Rena ni nak habis awal ke lambat? Hmmm? " Keningku diangkat berkali-kali tatkala mata kami bertemu. Sekali lagi dia tertunduk lantas menulis sesuatu.

' Saya bukan tak suka habis lambat.. tapi waktu tu saya sakit perut. Tu yang nak habis cepat. Tapi awak asyik tahan saya je. '

" Memang ler. Saya tak habis ajar awak. Takkan lah nak lepaskan camtu je. Maunya kena penyapu ngan abang awak karang. " Aku menjuih bibir ke arah Qalif yang baru muncul disebalik anak tangga. Dia kelihatan kemas berbaju kemeja hitam bersama briefcase ditangan.

BAD HABITWhere stories live. Discover now