23.Benci

4.7K 115 12
                                    

ARWAH mak telah selamat dikebumikan pada hari The Pink Tissue dirempuh pihak berkuasa atau lebih tepat lagi pada pagi hari tanpa pengetahuanku dan tanpa kehadiranku.

" Kami dah cuba call kamu tapi tak dapat. Jadi kami bagitau ayah kamu yang tiba-tiba balik ke rumah. Katanya nanti dia bagitau kamu tapi tulah.. kamu tak datang-datang pun. " Berkerut dahi Mak Jah tatkala menjelaskan segalanya padaku. Jadi selama ini ayah tahu. Dia tahu. Mak telah meninggal dunia pada waktu subuh dan pihak hospital cuba menghubungiku namun gagal gara-gara telefonku kehabisan bateri. Lalu menjadi tugas Mak Jah untuk menyebarkan berita dan mereka terpaksa meneruskan pengebumian arwah mak walaupun aku tiada. Hanya kerana dia. Semua kerana dia.

" Aaargh! Aku benci kau! " Bingkai gambar yang berada di tangan aku campak hingga berbunyi pecah. Aku memandang gambar ayah yang berada dalam bingkai lama sebelum meninggalkannya begitu saja. Bersepah. Kaca bersepah. Atau mungkin lebih jelas lagi rumahku bersepah. Semua barang bertaburan. Tiada satupun yang berada ditempat asal. Baju-baju ayah pun sudah lamaku campak keluar tingkap. Tak. Semua barang milik dia telah lama aku campak keluar. Dia tak layak.

Tak layak berada dalam rumah ini. Aku? Kakiku berhenti melangkah sebaik tiba dihadapan cermin yang ditempatkan di bilik air. Muncul biasan diriku di cermin yang tergantung pada dinding bilik air. Rambut yang berserabai, baju t-shirt yang semakin kotor dan wajah yang menyebalkan. Heh. Itu aku. Tapi aku benci dia. Dia yang berada di cermin. Jadi aku benci aku?

" Ha.. Hahahaha.. " Perlahan-lahan aku berundur beberapa langkah kebelakang sekaligus terlanggar pintu yang sudahpun rapuh. " Hahahahahahaha! " Aku terduduk seraya bersandar pada pintu memikirkan betapa bodohnya aku sehingga terlupa sesuatu. Terlupa bahawa wajahku mirip sekali dengan dia. Ya. Wajahku ada mewarisi rupa ayahku. Rupa yang menjadi kebanggaan dia. Rupa yang..

" Ayah. Kenapa semua makcik-makcik kat pasar tadi pandang ayah? " Soalku yang masih kecil. Mentah. Tak tahu apa melainkan ABC ketika keluar makan bersama mak dan ayah.

" Hmm. Entah. Cuba tanya mak. Manalah tahu mak tahu kan? " Ayah hanya tersengih lalu menjuih bibir ke arah mak yang sudah masam mencuka. " Eleh. Tak tau semua terpikat dengan rupa dia tu. Abang dah kahwin ni jangan nak gatal pulak ya. Saya kat sini perhati je abang dari tadi. Jaga-jaga ya bang. "

Ayah dan aku tersenyum meleret dan akhirnya ketawa. Hah. Sungguh lucu perbualan waktu dahulu. Lebih melucukan keluarga yang dianggap bahagia oleh jiran-jiran kini musnah gara-gara sifat si ketua keluarga sendiri.

" Arghhhhh! " Sekali lagi aku melepaskan jeritan seraya menghentak lantai berkali-kali. Sakit yang terasa pada tangan langsung tak mampu mengatasi sakitku dihati. " Hik. Haha.. Hahahahahahah! " Pandanganku beralih pada cermin yang telah retak gara-gara ditumbukku. Aku benci rupa itu. Segala fasal dia aku benci. Daripada sifat hinggalah ke rupa. Rupa dia, rupa ku juga. Segala harta benda, fasal dia semuanya aku sudah buang. Jadi..

Aku harus buang diriku juga?

BAD HABIT
23 | Benci
" Kau tak faham dan kau takkan faham. Kau bukan aku. "

Hari ini. Seperti biasa. Aku melangkah masuk ke bangunan sekolah dengan senyuman manis yang terukir indah pada wajah. Seolah-olah tiada apa yang berlaku semalam. Tiada apa yang meninggalkan aku. Walau rohku seperti bercerai dari jasad, aku masih meneruskan hasrat. Hasrat meneruskan rutin harian dengan senyuman.

" Morning Dhia! " Aku menyapa sebaik saja gadis berbaju beige itu lalu dihadapanku. Wajahnya seakan terkejut. " Aah. Dyan. Ce-cepatnya kau masuk sekolah. "

Aku menayang muka keliru. " Maksud kau? Aku awal sangat ke? Sama je. " Senyuman masih tak lekang dari wajahku. Malah semakin lebar tatkala berjumpa rakanku, Dhia. " Mm.. Maksud aku, bukan kau dapat cuti ke? So.. "

" So..? "

" Mm.. cepatnya kau pulih Dyan. Kau ok kan? " Suara gadis berketinggian 156 cm itu semakin perlahan. Dia tersenyum hambar sambil menggaru kepalanya perlahan. " Aku ok. Kenapa pulak tak ok? " Langkah diteruskan. Kami berdua menuju ke kelas yang berlainan namun harus melalui jalan yang sama. " Tak adalah. Kalau aku jadi kau, mesti aku dah berkurung dalam bilik. Tak nak jumpa sesapa pun. Rasa nak mati lagi- " Kata-kata Dhia mati tatkala perasan air mukaku berubah. " Sorry. Aku tak bermaksud pun. Sorry Dyan. "

Aku kembali tersenyum. Mataku kini menatap wajah Dhia. " Jadi kau nak tukar ngan aku? "
" Tukar? Ke-Kenapa pulak? " Dhia gugup. Senyumannya semakin hambar pada pandangan mataku. Bosan. " Takde apalah. Dah jom- " Suaraku tersekat. Mataku terus melekat pada seorang lelaki yang berbaju sukan sama sepertiku. " Haryl. " Pandangan kami bersua. Dia mendekati aku dan Dhia. " Adyan. "

Kami saling memandang lama sebelum Dhia berdehem. " Aku ada duty kelas harini. So aku masuk dulu ya. Bye Dyan. Bye Haryl. " Dhia terburu-buru meninggalkan aku dan Haryl ditengah-tengah koridor sekolah. Aku hanya melambai lalu mengalihkan pandangan pada Haryl kembali. " Thanks. Kalau kau takde malam tu. Tak taulah apa jadi kat aku. " Satu senyuman aku hadiahkan pada lelaki ini. Dia tidak membalas sebaliknya memegang kedua-dua bahuku. " Bella. Kau ok tak ni? Kenapa datang sekolah? Kau patutnya rehat-"
Tangannya aku tepis perlahan lalu digenggam erat. " Aku oklah Ryl. See? " Senyuman semakin dilebarkan. Haryl mendengus perlahan sebaik melihat senyumanku yang tak putus dari wajah.

" Bella. Luahkan apa yang kau rasa. Jangan pendam sampai jadi dendam. " Kata-kata Haryl sedikit sebanyak menggoncang hati perempuanku. " Ha..ha. Apa kau cakap ni Ryl? Aku dah cakap aku ok kan. Aku ok lah! Ok! Kau tak faham bahasa ke?! " Sepi. Kebisingan yang rancak sebentar tadi terus hilang sebaik saja jeritanku kedengaran. Para pelajar yang lalu lalang terus terdiam lalu berbisik sesama sendiri.

Pipiku tiba-tiba dibelainya lembut. Kini perhatianku beralih padanya semula. " Aku tau kau susah nak terima kenyataan but please ni bukan caranya. Luahkan Bella. Keluarkan. Keluarkan tak bermaksud kau lemah tapi kau cukup kuat untuk bertahan sampai hari ni. Please Bella. " Pada ketika itu, suara Haryl kedengaran tapi bukan wajahnya. Wajahnya kelihatan kabur kerana mataku yang semakin berkaca. Akhirnya, air mata yang sudah lama ku tahan sejak menerima berita kematian mak jatuh menitis ke bumi. Perlahan-lahan aku jatuh terduduk dihadapan Haryl bersaksikan para pelajar yang lain. Perlahan-lahan lelaki bernama Adyan ini menerima hakikat bahawa setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan. Perpisahan itu nenyakitkan tapi apa yang lebih menyakitkan ialah kebenaran yang tersembunyi disebalik penipuan.

Dan aku tak mahu terus hidup dalam penipuan. Kerana aku bencikan penipu. Ya. Selamanya aku akan bencikan dia.

Rasa cam cepat lak Bella move on. Oh ya. Jangan lupa tinggalkan komen dan vote. Terima kasih. :)





























BAD HABITWhere stories live. Discover now