Setelah mengemas dan menyemak semula barang yang perlu dibawa, beg berwarna biru tersebut ditarik zipnya lalu disandang. Fuh berat bossku. Tak lain tak bukan kerana baju-baju t-shirt dan jersey yang terlalu banyak. Ya. Malah nisbahnya lebih daripada boxer dan seluar, masing-masing 4:2:3.Nak buat camne,semalam kawan-kawan aku beriya-iya cadang bawak baju lebih atas alasan kononnya peserta kena meredah tasik, kawasan berlumpur, lombong dan sebagainya. Meh. Merepek.
Apapun, marilah bersarapan sebelum ke sekolah untuk menaiki bas sekolah untuk ke tapak kem. Wah! Banyaknya untuk! Oh ya. Sarapan kita hari ni roti mayat cicah air mati. Fuh. Mewah betul sarapan kita hari ni. Nak buat camne, tabung babi aku makin hari makin berat daaa.. so ni jelah yang aku mampu.
Tanda pagar sis eh bro redho..
BAD HABIT
28 | Raid
" Some people are worth melting for. "
Lenguh. Ya. Kaki aku semakin lenguh menunggu bas yang kononnya dikhabarkan bakal tiba pada pukul 2 petang. Ni dah masuk pukul 3:15, jangan kata bas, batang hidung bas pun aku tak nampak. " Mana bas nih? Lamanya.. " Aku merungut buat kali ke-4. Dhia yang berada disebelahku turut meluahkan rasa yang sama seraya menghentak kaki berkali-kali. " Hish!!! Cepatlah datang! Dah pukul berapa dah nih? Dah la panas! "Perlakuan Dhia hanya mampu diperhati. Cuaca panas yang semakin terasa menyakitkan hati dan menyeksa diri. " Sabar eah Dyan, Dhia.. Kejap lagi sampai lah bas tu. Jalan sesak kot.. Kita fikir baik ya.. " Ana dari tadi sibuk membaca novel tiba-tiba menyampuk. Sekuntum senyuman turut dihadiahkan pada Dhia dan aku. " Mmm.. Maybe. "
Oh ya. Untuk pengetahuan semua, satu batch aku terlibat dengan aktiviti kem di Kampung Sungai Emas ni bukan satu kelas je yer. Kira cam semua tingkatan 5 lah. Tak silap aku 189 orang.. tak silap aku lah. Itu yang tiba-tiba ada Anna ngan Dhia sekali berkumpul kat tepi dewan terbuka ni walaupun berlainan kelas dan rambut. Sekor free hair sekor-
PIT PIT
Lamunanku mati. Bunyi hon bas yang kuat terus membuatkan para pelajar yang duduk dan terbaring bangkit daripada tempat masing-masing lalu beratur bersama aku dan beberapa lagi pelajar lain yang telah lama berdiri seperti tugu negara untuk menaiki bas. Ada 3 buah bas kesemuanya. Aku melilaukan pandangan ke segenap arah, perbualan Dhia lansung tak ku endah. Hanya satu figura saja yang bermain di fikiranku ketika ini;
Mana dia?
Dia datang ke tak?
Tadi macam ada..
Mana?
Mana?
Ma-" Dyan! " Aku tersentak. Mataku terus beralih pada Dhia yang sedang memanjat anak tangga bas. " Naiklah cepat. Ish. Ish. Ish. Anak teruna sekor nih..berangan je tau. " Aku tersengih sebelum mengikut rentak Dhia. Satu langkah. Dua langkah. Akhirnya aku duduk bersama Dhia di dalam bas. Cis. Niat dihati ingin bersama si dia. Si dia pula tiada. Mana lah dia ni?
Harap-haraplah dia datang.
...
" Apa khabar adik-adik abang hari ni? Sihat? Orait! Sebelum kita buat aktiviti seterusnya, abang nak kenal dulu ngan adik-adik abang yang comel ni. Tadi adik-adik dah kenal ngan abang-abang and kakak-kakak yang lain kan? Kali ni abang nak kenal adik-adik pulak. Boleh? " Abang Ikmal merangkap AJK fasilitator seakan bersemangat mengutarakan pendapatnya. Aku? Duduk bersila menghadapnya dengan seribu satu perasaan bosan terserlah pada wajah. Apa punya kem daaa.. Konon kem Jati Diri.. Ni dah macam kem jaga diri.. Ya jaga diri sendiri untuk mengelakkan bala daripada fasi terkena diri.
45 minit pun berlalu.. *suara spongebob*
" Okay. Dah tiba masanya untuk solat maghrib tapi sebelum solat, abang nak adik-adik bukak kertas kecik yang adik-adik dapat waktu sesi Ice Breaking tadi. "
YOU ARE READING
BAD HABIT
Teen FictionKau takkan pernah puas. " Aku dah stop merokok, aku dah start solat! Kau nak apa lagi hah? Semua benda aku dah buat! Untuk kau! " Aku membisu. Tertunduk dan terpaku pada lantai marmar. Cuba mencari kesalahan masa lalu. " Aku mintak benda simple je...