SETELAH seminggu pemergian ibu dari hidup, aku berjaya belajar untuk menjadi tenang dan hidup bersendirian. Tak lupa juga hasil bantuan dan sokongan daripada orang sekitarku seperti jiran tetangga, rakan-rakan dan Haryl, aku bertambah yakin untuk maju ke hadapan.
Tapi itulah. Ada satu perkara yang cukup mengganggu hidupku sehingga hari ini. Ya. Masalah kewangan. Secara asasnya, duit simpanan mak ditambah duit daripada tabung babiku sememangnya tidak cukup untuk menyara hidup seorang pelajar sekolah menengah. Apatah lagi pelajar tersebut ialah Bella eh tak Adyan. Ya. Kini duit poketku hanya berbaki RM 4.80 sen setelah melunaskan bayaran sewa rumah dan duit kelab. Jadi tinggal.. bila dicongak-congak..
" Adoi. Mati la aku camnih. Duit buku sivik ngan bm aku tak bayar lagi. Makanan pun cam ada ngan takde je. " Badanku bingkas bangun lalu menuju ke dapur untuk melihat makanan. Tak lain tak bukan maggi dan roti kosong. Pintu kabinet ditarik perlahan. Hatiku sudah berdoa agar makanan masih ada.. Tolonglah. At least sa-
" Damn. Satu pun takde. " Tiada satupun roti. Bungkusan maggi apatah lagi. Matila aku nak. Tak makan la jawabnya malam ni. Jika ada yang tertanya mengapa aku tidak bekerja sambilan, aku memang mahu bekerja sambilan tapi itulah.. Jadualku penuh dengan tugasan sebagai seorang pelajar. Eh. Tak. Ini bukan alasan. Ini satu kenyataan.
Semenjak dilantik menjadi setiausaha tak rasmi Haryl, kerjaku di sekolah semakin belambak dan ya, aku kembali jadi maid dia. Maklumlah sejak dah berbaik ni masing-masing mula menunjukkan belang. Eh. Apa aku merepek ni. Adoi.
Kruuuukk
Urgh. Bersabarlah perut. Malam ni je. Nampaknya perut aku berbunyi dan memulas lebih biasa daripada sebelumnya. Haish. Terpaksalah. Aku pun dah terbayang maggi letop dalam kepala. Inilah peluangnya.
BAD HABIT
24 | Kerja
" Kau nak pergi? "Seven Eleven. Aku berkira-kira untuk masuk ke dalam sebelum perutku semakin kuat berkeroncong. Satu keluhan aku lepaskan. Terpaksa. Daun pintu kedai tersebut ditarik seraya mataku melilau mencari rak yang menempatkan bungkusan mi segera.
Sebungkus mi segera berperisa kari ekstra pedas diambil lalu dibawa ke kaunter bersama sebotol air mineral untuk dibayar. " Semua sekali RM 5.10. Encik nak resit? " Perempuan di kaunter tersebut tersenyum seraya memasukkan barang-barangku ke dalam plastik putih. Aduh. Tak cukup! Apsal boleh terlebih 30 sen nih?
Aku mula kelam kabut. Kedua-dua poket seluar aku selongkar namun hampa hanya resit lama yang renyuk ku jumpa bersama beberapa helai tisu. Aduh. Camne nih?
" Ehem. Lama lagi ke? " Pelanggan yang beratur dibelakang ku mula bersuara. Aik? Bukan aku sorang jeke yang beratur tadi? Adoi.. camne nih? Aku bertambah resah. Satu senyuman hambar aku hadiahkan pada pelanggan yang berada dibelakang lalu pandanganku beralih semula pada si cashier. " Ah-Mmm.. Tolak air mineral tu boleh? Saya ambik maggi je. " Perempuan berbaju seragam itu mengangguk. Baru saja tangannya ingin mengeluarkan botol air mineral, pelanggan dibelakang ku mencelah. " Tak perlu. Saya boleh bayarkan. "
Kata-katanya membuat tubuhku berpaling. Mataku membulat seakan tak percaya dengan takdir yang ku hadapi. " Qa-Qasyaf? " Keningnya bertaut tatkala melihatku. " Qalif. " Senyumanku semakin melebar. Serta merta aku melompat kegirangan seraya menepuk tangan. " Yes! Qalif! Qalif Asyraf! Thank you sangat-sangat! Awaklah manusia paling baik pernah saya jumpa! Thank you! " Lelaki berbaju serba hitam itu hanya mengangguk perlahan lalu membawa diri bersama sebungkus plastik putih. Aku mengikutinya dari belakang setelah selesai pembayaran. " Mmm.. Thank you tau. "
Dia tidak membalas sebaliknya meneruskan langkah menuju ke parkir kereta. Jalanraya kelihatan lenggang dan sunyi sewaktu malam ditemani cahaya lampu pejalan kaki. Aah. Again. This feeling. Rasa seperti drama korea. Aku mematikan lamunan lalu memandang semula wajah tanpa celanya. Entah kenapa aku mengikutnya sehingga ke parkir ini. " Qalif~ Thank you~ Arigato~ Kamsahamnida~ "
Lelaki bertopi hitam itu berhenti. Dia memandangku atas bawah dengan dahi yang berkerut. " Kau mabuk ke apa ni? "
" Takdelah. Saja. Thank you. " Lagi sekali. Aku menjadi seorang Adyan yang membuatkan orang disekitarku meluat dengan perangaiku. Atau kata lain mungkin menyampah.Dia mendengus perlahan. Topinya ditanggalkan. " Sama-sama. Dah stop ikut aku. " Dia kelihatan rimas namun kata-kata tadi seakan berlawanan dengan reaksinya. Aku tersenyum kecil sambil melontar pandangan pada segenap arah. Ini mesti kereta Qalif. Warna badannya hitam, cermin kereta pun gelap. Mataku kembali menatap Qalif. " Best kan? Ada kereta, ada rumah, ada keluarga. Semua sayang kita. "
Qalif memeluk tubuh lantas bersandar pada keretanya. " What are you talking about? " Aku menggigit bibir perlahan. Cuba menelan kewarasan akal sebelum meluahkan perasaan yang takkan kekal. " Entahlah. Aku cuma cemburu. Cemburu ngan orang yang senang, diberi kasih sayang dan tak pernah dibenci. Argh! Lupakan. Sorry. Aku merepek lagi malam ni. " Kepalaku tertunduk resah memandang jalan. Hakikatnya, aku cuma cemburukan kebahagiaan orang lain. " So kau rasa aku ni tak pernah dibenci lah? "
" Eh.. Tak! Bukan camtu. Aduh lupakan jelah. Nilah jadinya bila aku dah makin miskin. Melalut je memalam buta ni. Aduh! " Tanganku mengetuk kepala berkali-kali tanda kesal dengan bebelan sebentar tadi. " Miskin? " Qalif kembali menyoal. Tubuhnya masih tersandar pada kereta menghadap aku dan kedai Seven Eleven. " Takdelah. Semenjak takde duit ni aku rasa makin miskin pulak. Ha.. Ha.. "
Jeda seketika. Suasana tiba-tiba sepi dan kekok apabila aku berhenti berkata. Sedar akan malam yang semakin kelam, aku kembali bersuara. " Mmm- Cam dah nak gelap je langit. Saya balik dulu eah? "
" Kau 17 kan tahun ni? " Qalif seakan tak berminat dengan hari yang semakin gelap malah bertanya fasal aku pula. " Ha'ah. " Dia mengeluarkan telefon pintar lalu menyambung bicara. " Adik aku 15. Tahun ni amik PT3. Kau boleh ajar dia? " Aku tersentak. Jantungku mula berdegup laju. Tak tahu adakah ini perasaan teruja atau takut. " B-Boleh! Dengan sya- "
" Ya. Aku akan bayar kau. Esok dah boleh start. " Aku melompat berkali-kali sambil tersengih seperti kanak-kanak riang. " Yes! Yes! Yes! Akhirnya! " Qalif tidak mengendahkanku malah membuka pintu kereta. " Eh jap! Kat mana nak ajarnya? " Lompatanku terhenti. Perhatianku beralih semula pada Qalif yang sedang menghidupkan enjin kereta. " Kat sini. " Dia menjawab selamba. " Hah? " Serta-merta mulutku ternganga. Nasib saja tiada lalat yang berterbangan sewaktu itu.
" Kat rumah aku lah. Dah tepi. Aku langgar kau kang. " Bibirku menguntum senyuman semanis gula-gula kapas. Kakiku turut berundur kebelakang bagi memberi laluan kepada kereta Qalif. " Aahh.. Yelah. Pandai betul kau berlawak. " Getusku perlahan namun jauh disudut hati, aku berasa teruja dan bersyukur dengan peluang yang datang.
Jangan lupa komen dan vote. Bubye.
YOU ARE READING
BAD HABIT
Novela JuvenilKau takkan pernah puas. " Aku dah stop merokok, aku dah start solat! Kau nak apa lagi hah? Semua benda aku dah buat! Untuk kau! " Aku membisu. Tertunduk dan terpaku pada lantai marmar. Cuba mencari kesalahan masa lalu. " Aku mintak benda simple je...