25. Cemburu

2.6K 97 4
                                    

PINTU rumah yang tersergam indah dihadapanku diketuk bertalu-talu sebelum aku memberi salam. " Assalammualaikum. Qalif? Ooo Qalif! " Setelah beberapa minit menunggu, satu laungan dari dalam kedengaran. " Masuklah! "

Tanpa melengahkan masa, aku membuka kasut sekolahku lalu diletakkan di rak kasut yang tersedia. Rumahnya tampak biasa dari luar tapi dekorasinya.. " Wah! Comelnya rumah! " Aku terpaku seketika tatkala melihat ruang tamunya dihiasi beberapa bunga hiasan dan patung beruang. Rasa cam masuk rumah perempuan pulak. Dinding berwarna biru pastel, patung beruang penuh disofa tak lupa juga bingkai gambar yang berbunga.

" Duduk. Nanti dia datang. " Qalif mempelawa ku untuk duduk dimeja berdekatan televisyen. Aku mengangguk lalu menatap televisyen yang menyiarkan rancangan fasal masakan. Jap. Adik Qalif ni laki ke pompuan? Adoi. Lupa nak tanya. Dah sampai sini baru teringat. Mataku menangkap satu susuk tubuh perempuan dari ruangan dapur. Dia tersenyum lantas menuju ke arahku dengan menatang dulang berisi secawan teh dan sepinggan kek Red Velvet. " Makan. Kalau ada pape panggil aku kat bilik. " Qalif bangkit dari sofa lalu mendaki tangga kayu. Perempuan itu kini menghadapku. Dia mengeluarkan segala alat tulis dan buku-buku berkaitan pelajaran.

Dia. Ya. Aku pernah nampak dia. " Erk. Qareena kan? Rena? " Matanya tiba-tiba membulat. Senyuman turut dilebarkan. Jelas sekali dia teruja tatkala aku menyebut namanya. Gadis berbaju merah jambu itu mengangguk laju lantas menulis sesuatu pada kertas.

' Awak ingat saya lagi? Baguslah. Saya ingat awak dah lupa sebab dah lama tak jumpa. '

Aku menggeleng. Perlahan-lahan bibirku mengoyak senyuman. Tulisan pun cantik. Macam tuan punya badan. " Takdelah. Saya ingat. " Dia kembali menconteng kertasnya lalu ditolak kearahku. ' Semalam abang bagitau kawan dia yang akan ajar saya nanti. Namanya Adyan. Waktu tu saya teringat awak. Tak sangka betul-betul awak. \(>_<)/ '

Aku tersengih lantas menyelak helaian buku rujukan Komsas. " Kan. Tak sangka jumpa pulak. Okaylah. Jom belajar. Hari ni kita mula ngan BM boleh? " Dia hanya menurut. Masa yang diperuntukkan untuk aku mengajar ialah 2 jam 15 minit. Bukan aku tak mahu ambil masa lebih tapi Qalif sendiri menolak mentah-mentah. Katanya aku pasti sibuk dengan perkara lain dan harus pulang ke rumah sebelum maghrib memandangkan jalanraya bakal sesak dengan para pemandu yang baru pulang daripada kerja.

Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Qareena pun banyak bertanya jika kurang faham dan setakat ini tidak menimbulkan apa-apa masalah kepadaku. Aku pernah bertanya Qalif fasal ruang tamunya yang terlalu feminin bagiku dan dia hanya menjawab, " Rena punya kerja. Dia je yang rajin hias-hias rumah ni. Sampai bilik aku pun nak diubahnya. "

Aku sudah terbayang pelbagai patung beruang dikatil Qalif. Ditambah pula dengan lilin aromatik disekitar meja. Fuh. " Wow. Mesti bilik awak lagi comel kan? Nak tengok. Bagi la saya tengok. Please?  " Dia menjelingku lalu memutarkan bebola mata. " In your dream budak. " Aku mencebik. Cis. Baru je nak tengok bilik member lelaki. Eh jap. Apa aku fikir ni? Hish!

BAD HABIT
25 | Cemburu
" Buanglah. Buang aku macam bapak aku buang aku dulu. "

Setelah selesai menyiapkan rangka kerja, aku mengemas segala kertas-kertas yang bertaburan diatas meja Haryl lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak bertulis 'Harta PPP Sampai Mati'. Telefon pintar dari dalam poket seluarku turut dihidupkan untuk melihat sebarang notifikasi atau missed calls.

Trit trit..

Oh. Ada tiga missed calls daripada Aisy Syok Sendiri. Aku tergelak kecil lalu menekan namanya untuk ditelefon. Beberapa saat berlalu, kedengaran suara dia menyapa dihujung talian. " Hah. Kau nak apa? "

Alis mataku ternaik. " Eh. Tu soalan aku. Kau nak apa call aku tadi? " Telefon pintarku ditekap dan dikepit dengan bahu manakala tanganku sibuk memasukkan buku-buku ke dalam beg. Ya. Waktu persekolahan telah lama berakhir cuma aku saja sibuk membuat kerja sukarela ini di kelas yang sepi dan sedikit menyeramkan. Nasib ku baik Haryl datang untuk teman tapi itulah.. Dia menghilang. Katanya mahu ke tandas sekejap tapi sudah 15 minit berlalu. Lamanya.

" Kau kat mana? Kelas dah habis kan? " Kedengaran bunyi bising bercampur suara Aisy ditalian. Macam tengah memandu je? " Kau tengah drive ke Aisy? " Aku meneka. Pandanganku masih tak lepas dari tingkap kelas yang luas terbuka. Kelihatan beberapa pelajar lelaki sedang sibuk bermain bola sepak di padang utama. " Ha'ah. On the way pi sekolah kau. "

Dahiku berkerut. " Hah? Buat apa pi sekolah aku? Eh. T-tak payah ngengada. Aku ada tempat kena pergi lepas ni. Tak payah datang. " Aku mula gelabah. Takut juga jika dia sudah sampai. Maklumlah lepas ini aku harus ke rumah Qalif untuk mengajar adiknya. Jadi buang masa Aisy jelah jumpa aku bagai nih.

" Yang kau panik sangat ni apsal? Relaks. Kita gi makan je pun. Ada kafe ala jepun baru bukak kat depan pasar malam nih. Jom ah try. Aku dah nak sampai dah pun. " Aku mengeluh panjang seraya memukul dahiku perlahan. " Allah. Lain kali bagitau lah awal-awal. Aku ada sesi mengajar pukul 2 nih. "

" Meh. Sekarang baru pukul 1.20. Ada masa lagi. Dah turun. Aku dah kat depan pagar nih. " Kata-katanya sedikit sebanyak menyakitkan hatiku. Aisy nih. Suka hati je decide. Tak bagitau awal-awal pulak tu. Panggilan masih belum dimatikan. Satu rancangan jahat tiba-tiba menyerbu akal fikiranku. Serta merta aku bersuara. " Tak nak. "

" Tak nak? Kau jangan memain Dyan. Aku dah kat depan pagar ni. Cepatlah datang. Panas lah kat luar ni. " Aku tersenyum menahan tawa. Namun suaraku cuba dikekalkan seperti biasa. " Kalau aku tak nak? " Jeda seketika. Telingaku sempat menangkap bunyi keluhan. Geram mungkin.

" Turunlah. Jangan sampai aku heret kau pi sini. " Fuh. Ni cam berbaur ugutan je nih. " Eleh. Macam lah kau tau kelas aku kat mana. Kau tak tau kan Aisy? Tak tau. T.A.K.T.A.U. " Suaraku berbunyi mengejek. Senyumanku semakin melebar seraya kakiku dihayun tanda gembira dapat menyakat dia.

" Duh Dyan. Turun lah. Aku dah lapar sangat ni. Turun lah please? " Aku meletuskan tawa lantas bangkit dari meja. Sesekali mataku melihat panorama luar tingkap. Nampaknya budak-budak tu dah balik.

" Yelah. Yelah. Aku turun demi perut kau. Bye. " Panggilan dimatikan. Tubuhku berpusing kebelakang seraya tanganku mencapai beg galasku yang terletak diatas kerusi. Mataku terus terkunci pada seorang lelaki yang bersandar ditepi pintu tak jauh dariku. " Siapa call? " Suaranya tiada intonasi. Namun mimik muka dia menjelaskan segalanya. Dia meluat denganku. Atau mungkin dengan perangaiku yang asyik mengada tak tentu hala.

" Aisy. Dia ajak makan. Dah lah. Jom balik. Solat pun belum. Kau dah solat Ryl? " Satu senyuman aku ukirkan apabila mataku bertemu dengannya. Dia tidak berganjak dari tempatnya malah memeluk tubuh. " Kau nak pergi? "

" Yelah. Dah dia ajak. Dah lah jom gerak. Kesian dia tunggu lama kat bawah. " Haryl mendiamkan diri lalu mula berjalan ke arah bertentangan. Aku tersentak lantas berhenti berjalan. " Ryl? Kau nak gi mana? Jomlah lalu tangga wing A. " Jeritanku mematikan langkah Haryl. Dia berdiri seperti tugu untuk beberapa detik sebelum berpaling. " Aku ada kerja. Kau baliklah dulu. " Entah kenapa hatiku kuat mengatakan bahawa dia cuma mengelak dariku. Hmph. Lantak kau lah Ryl.






























BAD HABITWhere stories live. Discover now