" Mak cik masih dapat dengar.. tangisan arwah mak tuan muda sampai hari ni. "
_________________________________________AKU dikejutkan dengan bunyi penggera telefon pintarku. Dalam keadaan mamai, aku menutup fungsi tersebut. Selepas beberapa kali menguap dan menggosok mata, aku bangkit dari kerusi lalu mengatur langkah ke bilik air.
Sempat aku mengerling keadaan meja belajarku. Bersepah sungguh. Buku dan kertas berselerakan, pen bertaburan dan lain - lain.
"Huaaargh!"
Mengantuknya. Malam tadi asyik buat research sampai tertidur kat meja belajar. Last - last takdapat apapun. Aku mengeluh kesal. Kenapa la dalam ramai - ramai orang, aku jugak yang kena?
Takkan la sebab.. kejap.
Aku mula gelisah. Tak. Tu hanya kebetulan. Mungkin aku..
Ini balasannya?
Atau satu lagi bala?•••
KriiingOk. Satu lagi masa dah tamat. Hmm. Let's see. Pasni subjek apa ek? Aku mengeluarkan buku nota untuk melihat jadual yang kutampal tempoh hari.
Hari ni Isnin, pukul 9 pagi, Biology pastu..
Ppap!
Adoi! Sape pulak pukul bahu aku nih? Ada - ada jelah! Aku nak usha jadual pun tak senang. Haish. Aku memaling ke arahnya dengan senyuman palsu. "Ya? Ada apa?"
Lelaki itu melihatku aneh lantas menarik tanganku untuk mengikutnya. "Eh? Woi! Kau kenapa duh?"
" Kenapa apanya? Kan harini Pj. Kene tukar baju. Kau ni asyik lupa je memanjang." Ujar si lelaki tanpa menoleh ke arahku. Dia masih memimpin tanganku menuju..
Jap? Tukar baju? Adakah..
Aku memandang sekilas papan tanda yang tergantung di pintu sebelum pintu tersebut dibuka lelaki itu.
' Bilik Persalinan Lelaki '
Oh sh*t!
Aku sudah berkira -kira untuk keluar namun ditahan mahkluk tadi. " Kau ni kenapa? Cepatlah tukar. Nanti cikgu marah kita lambat." Lelaki yang entah aku kenal terus membuka baju kemejanya dihadapanku. OMG! Aku menekup mataku dengan tapak tangan seraya cuba beristighfar di dalam hati.
Tolonglah nyah wahai Syaiton..
Huhuhu..Badanku tiba -tiba terasa diraba dari belakang. Aku terkejut lantas terjerit kecil. "Diam lah. Memekak je kau nih."
" Kau nak buat apa nih hah?! Gila ke?!" Aku menepis tangannya dari terus merabaku. Ingin saja aku tampar muka separuh berjerawatnya itu. Dasar lelaki gatal! Ieeee!
"Aku tolong kau pakai baju je lah-"
Baju berkain jersey yang berada pada tangannya aku rampas. " Aku boleh pakai sendiri!" Kakiku menuju ke kubikel menyalin baju. Lah. Penuh pulak. Hish. Dah la kena berbaris. Patut la dorang salin camtu je.
"Pft. Terhibur duh aku nengok barisan dorang."
" Kan? Tukar baju pun nak tertutup bagai. Bukannya cantik mana pun body. "
"Entah. Apa yang nak dirahsiakan sangat. Ke dorang ( yg beratur ) ni ada kurap?"
"Hahahahhaa!"
Menyirap pulak aku dengar perbualan pak cik - pak cik bawang nih. Mentang - mentanglah kau dah salin baju, sesuka suki kau je nak kutuk kitorang yang tengah beratur nih. Aku cuba melihat reaksi kawan - kawan ku yang sedang beratur. Takkan aku sorang je yang nak samuk sekarang ni?
YOU ARE READING
BAD HABIT
Novela JuvenilKau takkan pernah puas. " Aku dah stop merokok, aku dah start solat! Kau nak apa lagi hah? Semua benda aku dah buat! Untuk kau! " Aku membisu. Tertunduk dan terpaku pada lantai marmar. Cuba mencari kesalahan masa lalu. " Aku mintak benda simple je...