20.Stabil

2.3K 107 4
                                    


AKU bermundar - mandir sepanjang berada di hospital. Ya. Kini aku berada di hospital bersama Haryl. Kebetulan dia lalu di kawasan perumahanku. Zach? Dia telah lama pulang. Hal kecemasan katanya. Mataku melirik Haryl sepintas lalu. Dia sanggup membawa aku dan mak ke hospital walaupun baru pulang dari tournament taekwondo. Sanggup walaupun malam kian menelan isinya. Sanggup walaupun dunia aku dan dia sudah tidak berhala.

Ibu jari digigit seraya berjalan tanpa hala tuju. Langkahku terhenti tatkala melihat seorang lelaki berkot putih keluar dari sebuah wad. Haryl yang duduk turut bangun lalu menghampiri kami berdua.

" Kamu anak Puan Rogayah? " Lelaki itu menyoal. Aku mengangguk. " Ya. Saya. Ma- Macam mana keadaan dia doktor? "

Doktor itu mengeluh lalu memandang wajahku kembali. " Dia menghidap penyakit jantung. Keadaan dia stabil sekarang cuma perlu banyak berehat. "

Air mukaku berubah. Hatiku mula gelisah. Mak? Ada sakit jantung? Kenapa dia tak bagitau aku?

" Thank you doc. Bila dia boleh keluar? " Haryl pula menyoal apabila menyedari aku diam tak berkutik. " Sooner or later. Dengan presciption ubat dan pantauan daripada pakar. " Doktor tersebut meminta diri setelah beberapa minit berbual dengan Haryl.

Haryl menepuk bahuku. Lamunanku mati. " Kau tak payah risau. Risau takkan ubah apa - apa. "

" Hmmm.." Aku tersenyum nipis lalu melawat mak sebaik saja Haryl pulang ke rumah.

BAD HABIT
20 | Stabil
"Dalam dunia ni ada 2 jenis orang. Tak waras dan gila. And aku kedua-duanya. "

Mak terbaring diatas katil dalam keadaan tak bermaya. Wajahnya pucat dan sugul. Dia tersenyum manis apabila melihatku duduk disampingnya. " Mak.." Tangan mak aku raih lalu digenggam erat. Aku mengucupnya perlahan seraya menahan sebak tatkala melihat kondisinya. " M- Mak.. Dyan mintak maaf... Mak.."

Mak mengangkat wajahku lalu memandangku lirih. " Dyan, kenapa mintak maaf? Dyan tak buat apa - apa pun nak.." Pipiku dibelai perlahan. " Dyan.. Selalu balik lambat. Ma- Mak sensorang kat rumah.. Dy- Dyan.. tak nak mak pergi.." Terketar - ketar aku berkata. Takut. Perasaan takut kehilangan mak mula menjengah hatiku. Tak sanggup aku bayangkan bagaimana dunia ku jika mak tiada.

Mak menarik kepalaku lalu dipeluk. Aku memejamkan mata erat. " Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Dyan tahu kan? " Aku mengangguk. " Ta- Tapi mak-"

" Syhh.. Dyan kan lelaki? Lelaki kena lah kuat. Dyan jangan risau. Mak sentiasa ada untuk Dyan. " Rambutku diusap berkali - kali. Sedikit sebanyak perasaan gusarku hilang. " Terima kasih mak.. "

" Sama - sama sayang. "

.
.
.


Aku berjalan perlahan seraya tertunduk memandang lantai selepas memastikan ibu tidur. Kakiku terhenti sebaik saja berada dihadapan mesin air. Poket seluar diseluk. Ada satu ringgit. Satu keluhan aku lepaskan. Malam ni aku tak makan apa - apa langsung. Air dalam botol pun dah habis.

" Ehem. " Seorang lelaki berbaju hoodie hitam tiba - tiba berdehem dari belakangku. Lamunanku mati. Serta merta aku memberikannya ruang untuk membeli. " Sorry. "

Dia tidak menjawab sebaliknya memasukkan duit syiling dan sehelai duit kertas. Aku hanya memerhati gerak gerinya bagai pengawal keselamatan. Sedapnya dapat minum air tin. Lagi - lagi waktu malam yang tengah dingin ni. Tapi kalau dapat air mineral pun apa kurangnya.. Argh. Kan bagus kalau aku bawak duit lebih tadi? Takpun pinjam duit Haryl sebelum dia balik tadi.

BAD HABITWhere stories live. Discover now