29. Gari

1.8K 74 3
                                    

" Haryyyyyyl! " Kedengaran pelbagai jeritan disetiap pelusuk hutan yang melaungkan satu nama. Ya. Haryl. Dia lesap. Lesap bagai asap. Entah bagaimana dia boleh terpisah daripada kami. Misi pencarian sudah dilakukan 1 jam yang lalu namun tiada tanda-tanda dia bakal muncul atau ditemui. Aku mengeluh perlahan lantas mengesat peluh yang jatuh mengalir dipipi. " Haryl.. Mana kau? "

Langkah diteruskan. Jeritan daripada ahli kumpulanku semakin lama semakin hilang ditelan hutan tebal. Tanpa ku sedar, koordinatku kian jauh dari rakan-rakanku yang sibuk mencari Haryl.

" Haryyyyl! Kau kat mana? Jawablaaah! " Sekali lagi aku bersuara. Anak tekakku terasa sakit sedari dari tadi asyik menjerit nama si dia tapi itu takkan mematahkan semangatku untuk menemui dia. Aku percaya, dia pasti ada. Ya Allah, kau temukanlah aku dengan Haryl. Permudahkanlah urusan hambamu ini.

Kaki ku berhenti melangkah tatkala terlihat satu susuk tubuh yang membelakangiku dan menghadap sungai. Dengan perasaan ragu-ragu, aku mendekati lelaki tidak berbaju tersebut. Ya. Dia berseluar jangan risau! " Ha- Haryl? " Dia menoleh perlahan. Tiada reaksi atau perasaan bersalah timbul dalam hati.

" Haryl! Ya Allah! Kau pergi mana? Puas kitoang cari kau tadi! " Aku berlari ke arahnya lalu menarik tangannya untuk mengikutku pulang. Dia tidak membantah apatah lagi berhujah. Hanya lirikan mata yang dapat aku rasakan sepanjang berjalan bersamanya.

.
.
.

" Kau pergi mana? Camane boleh hilang? Mengelamun ke apa kau ni? " Bertubi-tubi soalan keluar daripada mulut Zach sebaik saja berjumpa dengan Haryl. Aku melepaskan tangan Haryl lalu menghampiri Syaza yang hanya beberapa sentimeter dariku. " Fasi kata apa tadi? "

" Dia kata grup kita kena tolak markah sebab takde komitmen. Zach samuk teruk waktu fasi tolak markah tadi. Ni kau jumpa Haryl ka- "

" Aku tanya kau kan?! Pahal diam? Kau pekak ke anjing?! " Jerkahan Zach mematikan perbualan Syaza dan aku. Fahim dan Raid turut berdiam lantas menggelengkan kepala tanda kepenatan. Penat dengan drama dunia.

" Dah lah Zach. Haryl penat tuh. Bagi dia masa. Esok dia cerita lah tu. " Tanganku menyentuh bahu Zach lembut. Lelaki berbaju merah itu mendengus kasar lantas menjeling Haryl tajam. " Harini aku lepaskan kau. Kau buat hal lagi malam ni siap kau! Sial punya budak. " Tong sampah berdekatan ditendangnya sebelum berlalu pergi. Kepergiannya hanya diperhati kami yang masih tertanya-tanya apakah sebenarnya yang terjadi?

BAD HABIT
29 | Gari
" Pelik kan? Kita cuba cipta syurga padahal kita cuma manusia biasa. Tak punya apa-apa melainkan tuhan yang esa. "

Malam. Tepat pada pukul 10 malam kami dikumpulkan ditepi parit yang panjangnya lebih kurang 600 meter. Jangkaan aku sajalah. Jangan percaya sangat. Orang kata itik aku kata ayam, orang kata ayam aku katanya itik. Apapun balik semula ke topik asal. Kami dikumpulkan mengikut kumpulan yang telah diaturkan dan masing-masing nampaknya sedang sibuk membuat hal sendiri. Ada yang bermain osom, ada yang membaca novel, bergosip dan ada juga yang telah syahid termasuklah Raid dan Zach yang terbongkang dibelakangku.

Ya. Mereka telahpun lena dibuai mimpi 30 minit yang lalu gara-gara terlalu kepenatan dan mungkin juga atas faktor kesejukan. Maklumlah kawasan kampung, malam-malam camni memang sejuk. Ni tak sebut lagi waktu 12 malam nanti. Fuh lagi sejuk bossku. Menggetar jiwa raga kau nanti. Aaahh.. Apa aku nak buat ni? Termenung memandang mahkluk disekeliling? Dah. Itulah yang aku sedang lakukan selama 30 minit berkulat ditepi parit ni. Apsal lah banyak-banyak spot tepi parit jugak yang jadi pilihan? Ni tak lain tak bukan mesti kena redah parit ni. Aduh tuhan. Mohon-mohon lah dijauhkan. Tak sanggup eden nak bebasah memalam buta camni. Eh tak memalam celik camni. Belum buta lagi.

BAD HABITWhere stories live. Discover now