11. Kita Sama Sahaja

188 23 3
                                    

" We should get a defibrillator electrode. Now!," pinta salah seorang doktor yang merawat Tengku Ahmad Mannan apabila bacaan nadi Tengku Ahmad Mannan sudah tiada. Arra Soffiya setia menanti di sisi Tengku Ahmad Mannan. Bertahanlah, Tuanku.

Beberapa kali dada Tengku Ahmad Mannan ditekan, barulah dia menunjukkan respon yang membaik. Bacaan nadi kembali normal. Arra Soffiya mengurut dadanya. Lega. Para doktor yang merawat Tengku Ahmad Mannan melepaskan nafas lega.

Tiba-tiba...
" Hoi, perempuan! Semua ini sebab kau. Sebab kau, aku jadi macam ini.," jerkah seseorang dari belakang. Arra Soffiya yang kaget menoleh perlahan ke arah suara itu. Alangkah terkejut dirinya apabila mendapati lelaki yang memarahinya tadi itu adalah Tengku Ahmad Mannan.

Pelik. Macam mana pula lelaki ini boleh menerima nasib yang sama seperti dirinya. Andai semua orang yang koma, rohnya berterbangan seperti dirinya. Pasti dia turut berjumpa dengan orang lain. Ini tidak! Anak raja ini pula yang menerima nasib sama dengannya.

Arra Soffiya tersentak apabila suara Tengku Ahmad Mannan kembali menyinga. " Ma.. Macam mana awak boleh nampak saya?," soalan tidak berapa cerdik Arra Soffiya tiba-tiba keluar. Dia sendiri pelik, sanggup dia bertanyakan soalan yang sampai sekarang dia sendiri tidak ada jawapan itu kepada Tengku Ahmad Mannan.

" Macam mana kau tanya aku? Mari sini kau!," bengang Tengku Ahmad Mannan sambil mengejar Arra Soffiya. Arra Soffiya lari bertempiaran sambil menjerit. Kalau sahaja tubuhnya itu seperti dahulu, pasti bertaburan semua mesin-mesin dan alat bantuan pernafasan yang dipakai Tengku Ahmad Mannan waktu itu juga.

Sebaik sahaja berjaya mendapatkan Arra Soffiya, Tengku Ahmad Mannan menolak tubuh gadis itu ke dinding. Geram pula fasal, leher si cantik itu terus dicekik. Arra Soffiya meronta-ronta minta dilepaskan. Dia harus cari jalan untuk lepaskan diri. ". Umi! Umi!," seru Arra Soffiya dengan suara seraknya.

•••••••
Arra Soffiya terbatuk-batuk di sofa Wad Mekar di Hospital Pulau Sora. Lehernya digosok-gosok. " Gila punya lelaki! Hendak bunuh aku dua tiga kali agaknya," marah Arra Soffiya.

Arra Soffiya menarik nafas lega. Marah betul Tengku Ahmad Mannan pada dirinya. Bukan niatnya hendak membuat lelaki itu berada dalam keadaan sebegitu rupa. Arra Soffiya mengeluh berat. Belum habis satu masalah, tambah lagi satu masalah.

Tapi mengapalah, dia pasti akan menemui Tengku Ahmad Mannan lain kali. Untuk waktu ini, biar lelaki itu bertenang dahulu.

••••••••
3 hari kemudian...

Tengku Ahmad Mannan bersandar lesu pada katilnya. Sesekali jasadnya di atas katil dikerling dan dipandang. Macam mana aku boleh terkeluar dari tubuh ini? Perempuan itu pun satu! Mana hilangnya pun aku tak tahu. Semenjak kejadian dia mencekik leher Arra Soffiya tempoh hari, gadis itu sudah tidak muncul-muncul lagi.

"Awak? Macam mana awak boleh ada dekat sini?," tanya Arra Soffiya sebaik sahaja Tengku Ahmad Mannan tiba-tiba muncul dalam biliknya. Tersentak Tengku Ahmad Mannan mendengar suara itu. Sekelilingnya dipandang liar. Dia bukan lagi berada dalam bilik rawatannya.

" Kau? Mana kau lari, hah? Saja hendak lari dari aku?," Tengku Ahmad Mannan menerkam. Kedua-dua bahu Arra Soffiya dicengkamnya. Arra Soffiya yang berasa tidak selesa, menolak lembut dada Tengku Ahmad Mannan. Menyedari tingkah lakunya yang agak kasar, Tengku Ahmad Mannan berlembut sedikit.

 Menyedari tingkah lakunya yang agak kasar, Tengku Ahmad Mannan berlembut sedikit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Saya pelik kenapa awak marah sangat dengan saya. Saya ini bukan Tuhan yang boleh menentukan sesuatu perkara itu berlaku. Malam itu saya langsung tiada niat hendak usik awak, apatah lagi hendak cederakan awak," beritahu Arra Soffiya satu persatu.

" Saya cuma hairan kenapa? Dalam banyak-banyak manusia dalam dunia ini, awak seorang sahaja yang mampu rasai kehadiran saya. Sebab itu saya ikut awak, manalah tahu kut-kut awak boleh tolong saya," sambung Arra Soffiya lagi.

Mendengar penjelasan Arra Soffiya tiba-tiba Tengku Ahmad Mannan berasa geli hati. Tawanya meletus memenuhi ruang bilik. Gila! Bentak hati Arra Soffiya.

" Habis itu, kau rasa sekarang ini aku boleh tolong kaulah? " perli Tengku Ahmad Mannan bersama senyuman yang masih bersisa. " Keadaan kita dah sama macam ini, dah tak ada apa yang awak boleh tolong. Sikit pun tidak! " bebel Arra Soffiya sambil melangkah keluar dari bilik.

Tengku Ahmad Mannan menggeleng kepala melihat telatah 'hantu perempuan' yang tiba-tiba sentap. Tubuh Arra Soffiya yang terlantar di katil direnung Tengku Ahmad Mannan. Gadis itu nampak seperti sedang tidur sahaja.

(Vote and comment for your support) :)

Lena TerindahWhere stories live. Discover now