41. Pewaris Sebenar

201 16 17
                                    

Tengku Ahmad Mannan mengeluh sambil mengurut batang lehernya perlahan. Dari tadi lagi dia menunggu kehadiran Tuan Malik dengan penuh kesabaran. Hampir lima belas minit berlalu, kesabarannya kini kian tipis. Tadi muka kacak, sekarang sudah hodoh. 👹 Pemuda itu berjalan mundar-mandir ke kiri dan ke kanan sambil kedua-dua belah tangannya dibawa ke belakang tubuhnya. Penat berjalan, dia berhenti. Lenguh berdiri, dia duduk pula.

" Mana pula pergi orang tua ini?, " bebel Tengku Ahmad Mannan. Sambil bersandar pada meja piano, dia mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluarnya. Skrin telefon bimbit itu disentuhnya lincah. Tidak semena-mena Tengku Ahmad Mannan tertawa sendirian.

" Patutlah lambat, aku yang awal rupanya.., " rungut Tengku Ahmad Mannan seraya mengusik hujung keningnya. Kepalanya digeleng beberapa kali mengenangkan kebodohan diri sendiri. Apa dah jadi dengan kau ini, Mannan? Ke mana melayangnya fikiran kau hari ini? Kutuk Tengku Ahmad Mannan pada dirinya sendiri.

Bunyi derapan kasut seseorang, sedikit mengganggu Tengku Ahmad Mannan yang sedang membongkok menatap skrin telefon bimbitnya itu. Kakaknya, Ainaa Malaika Puteri yang sedang mendekati seseorang itu diperhatikannya.

" The perfect fantasy that we can only read in children's books like Cinderella, but you can make it like you are the main character in that fairytale

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" The perfect fantasy that we can only read in children's books like Cinderella, but you can make it like you are the main character in that fairytale.., " lantang Ainaa Malaika Puteri menyindir seseorang. Sindiran pedas itu membuat Tengku Ahmad Mannan yang turut mendengar, termangu seketika. Dengan siapa pula dia hendak cari pasal itu? Aah, Malaika! Emosinya memang terbantut sejak kecil lagi. Apa sahaja yang tidak kena dimatanya, pasti orang itu disemburnya depan-depan.

Tengku Ahmad Mannan menjongket bahu tanda tidak kisah. Telefon bimbitnya kembali menjadi perhatian.

" Apa maksud..?, "

Tengku Ahmad Mannan tersentak. Arra Soffiya! Suara itu amat dikenalinya. Tengku Ahmad Mannan bingkas berdiri. Langkah diaturnya perlahan sambil mendekati dinding kediaman istananya. Ainaa Malaika Puteri yang sedang membelakangi Tengku Ahmad Mannan itu, langsung tidak menyedari kehadiran adik lelakinya yang sudah memasang telinga.

" Call me, Sis Malaika., " tekan wanita jelita itu bersama senyuman sinisnya. " Beta hairan, macam mana Mannan boleh sukakan perempuan awak ini?, " ucap Ainaa Malaika dengan muka berkerut, adik iparnya semakin itu didekatinya. Wajah polos yang terkebil-kebil memandangnya itu, diperhatikan dengan mata yang mengecil tajam.

" To be honest, i don't like you!, " Sis Malaika yang sememangnya seorang yang berterus-terang, mula menembak adik iparnya itu dengan kejujurannya.

Arra Soffiya terkedu. Lidahnya jadi kelu. Pengakuan kakak iparnya itu benar-benar membuat dirinya kehilangan bicara. Sebolehnya dia cuba untuk tersenyum, meskipun terasa dirinya begitu kerdil pada pandangan Ainaa Malaika Puteri.

Tengku Ahmad Mannan yang mendengar hanya mampu menggelengkan kepala, sambil menggaru lembut hujung keningnya. Sambil berpeluk tubuh, Tengku Ahmad Mannan menanti balasan dari isterinya itu dengan penuh minat.

Lena TerindahWhere stories live. Discover now