28. Bila Aku Jadi Aku

151 18 0
                                    

Sebaik sahaja Tengku Ahmad Mannan keluar dari bilik perjumpaan, Puteri Anita terus menerpa ke arah lelaki itu. Sultan Ahmad Mukhlis dan Mike berjalan seiringan. Arra Soffiya adalah orang terakhir yang keluar dari situ.

" Mannan, can we talk for a while?, " pinta Puteri Anita penuh harapan.

" About what?, " tanya Tengku Ahmad Mannan seraya mendekati Puteri Anita.

" This is about Uncle Ma, " beritahu Puteri Anita tanpa berselindung. Mike di belakang tidak duduk diam. Tajam matanya merenung ke arah Puteri Anita.

" Sure!, " balas Tengku Ahmad Mannan cepat. Mike di belakangnya dipandang sekilas bersama senyuman sinis di bibir.

" What's wrong with me, my dear?, " tegur seseorang yang lain dari belakang. Mereka semua berpaling ke arah suara itu. Mike yang agak lega dengan kehadiran bapanya yang tiba-tiba itu, cuba menyembunyikan senyuman gembiranya.

Uncle Ma? Mati aku! Puteri Anita jadi kalut...

" Err..., "

Lidahnya kelu untuk meneruskan bicara. Ah, dia tidak sepatutnya berjumpa Tengku Ahmad Mannan dikhalayak ramai seperti itu. Lagi-lagi untuk membicarakan perihal bapa saudaranya yang tidak berhati perut itu.

" You look so weird. What's wrong pretty girl?, " risik Tengku Ahmad Majid mesra. Mesra yang dibuat-buat. Wajahnya dimaniskan secukup rasa.
Tengku Ahmad Mannan merenung muka bapa saudaranya tajam. Dia cukup benci pada orang yang suka bermuka-muka.

" Nothing, I'm good., " jawab Puteri Anita gugup. Tangan Puteri Anita diraih Tengku Ahmad Mannan dalam diam. Gadis di sebelahnya itu cuba ditenangkan.

Arra Soffiya yang dari tadi berdiri di belakang, turut menyaksikan adegan itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Arra Soffiya yang dari tadi berdiri di belakang, turut menyaksikan adegan itu. Tangan halus Puteri Anita tampak selamat berada dalam genggaman gagah Tengku Ahmad Mannan. Arra Soffiya menghela nafasnya yang terasa sedikit sesak.

" Sorry everybody's, but I have to go., " beritahu Tengku Ahmad Mannan sambil menarik tangan Puteri Anita keluar dari Istana Utama Salam Syuhada. Dia perlu membawa adik sepupunya itu jauh-jauh dari bapa saudaranya.

Arra Soffiya sempat memberi hormat kepada Sultan Ahmad Mukhlis, Tengku Ahmad Majid serta Mike, sebelum dia bergegas mengekori langkah majikannya.

•••••••••

Usai menghantar Puteri Anita ke kediamannya, Arra Soffiya bersama Tengku Ahmad Mannan terus ke pejabat pertahanan. Sebaik sahaja pintu pejabat dikuak, Tengku Ahmad Mannan terus menonong masuk ke dalam tanpa menunggu Arra Soffiya.

Pang!!! Pintu pejabat terkatup rapat. Sedikit lagi mahu mengenai hidung mancung gadis itu.

Bertuah punya anak raja sorang ini.
Nasib baik tak kena batang hidung aku. Kalau tak mahu remuk batang hidung aku ni kena penangan pintu kayu jati ini. Detus hati Arra Soffiya.

Lena TerindahWhere stories live. Discover now