27. She is mine!

170 20 6
                                    

Mannan melangkah masuk ke kediamannya. Wajahnya yang tampak bersemangat menarik perhatian setiap pembantu istana yang berselisih dengannya.

" Mmm, nampaknya mood Tengku Muda ada baik sikit hari ini, " bisik salah seorang dari mereka. Pembantu istana yang seorang lagi mengangguk setuju.

Sebaik sahaja gerbang kamarnya terbuka luas. Kakinya terus mencecah permaidani merah baldu. Telefon bimbitnya diletak ke atas meja kaca berhampiran rak kasut yang telah dipakai.

" Mannan dari mana?, " tegur seseorang yang dari dari sudah menunggu kepulangan Tengku Ahmad Mannan. Lelaki 60-an itu duduk bersandar sambil kakinya bersilang. Serta -merta kaki Tengku Ahmad Mannan terpaku seraya berpaling ke arah suara yang datang.

" Ayahanda? Erk, dah lama ayahanda tunggu Mannan dekat sini?, " jawab Tengku Ahmad Mannan sedikit gugup.

" Kamu dari mana?, " usul Sultan Ahmad Mukhlis.

" Mannan ada hal tadi ayahanda. Lagipun Mannan tak berapa selesa ada kat dalam istana sekarang ini. " balas Tengku Ahmad Mannan yang sudah mengambil tempat di hadapan ayahandanya.

" Sebab Uncle Majid? Atau sebab Mike?, "

" Mike? Nama Marhaen, panggil Mike. Dah lama sangat jadi mat saleh agaknya, " sindir Tengku Ahmad Mannan dengan suara yang sangat perlahan.

" Mannan, don't be so rude!, " tegur Sultan Ahmad Mukhlis tegas.

" Ayahanda tak kira. Apa yang jadi sekalipun, Mannan mesti sabar dan cuba terima mereka semula dalam keluarga kita. Remember that!, " sambung Sultan Ahmad Mukhlis lagi.

" But they now here to take their revenge on you and destroy our generation, ayahanda.. You should remember that too, " peringat Tengku Ahmad Mannan.

Sultan Ahmad Mukhlis menggeleng kepala perlahan. Puteranya itu sememangnya seorang yang agak degil dan ego melangit. Siapa sahaja yang mampu meruntuhkan tembok keegoaan pemuda di hadapannya itu pasti orang yang hebat.

" Mereka sudah minta maaf Mannan. Notis itu ditulis sewaktu mereka masih marah. Sekarang tidak lagi., " beritahu Sultan Ahmad Mukhlis sebelum bingkas berdiri dan meninggalkan Tengku Ahmad Mannan yang masih termangu.

" Nope! I don't trust them. , " ucapnya perlahan penuh geram.

••••••••

Mike berjalan sendirian ke tengah-tengah kebun bunga istana. Sekelilingnya dipandang dengan senyuman tidak lekang dibibir. Sesekali dia tertawa kecil mengenangkan kenangan manisnya di situ. Piano putih di atas dataran didekati. Di atas papan piano, jarinya menari.

Arra Soffiya berjalan sendirian menuju ke kediaman Tengku Ahmad Mannan. Langkahnya terganggu dek alunan muzik piano yang dimainkan seseorang.

Jam di tangan kirinya diperiksa Arra Soffiya. Masih awal lagi ini. Rasanya masih sempat kalau aku pergi jengah siapa yang mainkan muzik itu. Bisik hati Arra Soffiya.

 Bisik hati Arra Soffiya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Lena TerindahWhere stories live. Discover now