43. Mungkinkah?

289 22 12
                                    

" Apa dia? Tidak. Beta tak percaya. Awak tipu, Johan..! " Puteri Anita masih menidakkan kenyataan sebenar.

Gila sungguh!

Angin tak ada, ribut tak ada..
Tiba-tiba sahaja Johan Miqail hendak berhenti daripada menjadi pengawal peribadinya.

Di saat dirinya itu mula berasa selesa bersama Johan Miqail sebagai 'penjaga baharunya', mengapa harus dijauhkan semula lelaki itu dari dirinya?

Tajam pandangan Puteri Anita menikam wajah selamba Johan Miqail saat itu, dalam hatinya begitu berharap agar semua ucapan lelaki itu sebentar tadi semuanya dusta belaka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tajam pandangan Puteri Anita menikam wajah selamba Johan Miqail saat itu, dalam hatinya begitu berharap agar semua ucapan lelaki itu sebentar tadi semuanya dusta belaka.

Tajam pandangan Puteri Anita menikam wajah selamba Johan Miqail saat itu, dalam hatinya begitu berharap agar semua ucapan lelaki itu sebentar tadi semuanya dusta belaka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Saya cakap benda betul, Tuan Puteri. Buat apa saya nak tipu pulak?, " balas Johan Miqail. Wajah jelita si puteri raja itu dikerlingnya sekilas. Bukankah sudah menjadi adat, orang kebanyakan seperti dirinya sememangnya tidak layak untuk merenung Puteri Anita dengan lebih lama.

Puteri Anita bingkas berdiri. Kerutan di wajah manis itu mengambarkan rasa tidak puas hati yang tertahan. " Habis itu, siapa nak jaga beta dekat sini? Kalau dulu tak apalah, Mannan ada tengok-tengokkan beta. Sekarang ini dia dah sombong. Semenjak perempuan tak guna itu..., "

" Jaga percakapan itu sikit, Tuan Puteri., " potong Johan Miqail sebaik sahaja dia dapat menangkap siapa gerangan 'perempuan tak guna' yang dimaksudkan Puteri Anita.

" Kenapa? Kalau beta tak mahu jaga, awak mampu buat apa untuk hentikan beta?, " Puteri Anita mula melenting. Pantang betul dirinya apabila orang yang dia benci, seringkali dibela kenalan rapatnya.

••••••

Nyonya Suha ketawa riang sambil menepuk lembut bahu Arra Soffiya yang turut tersengih. Entah apalah yang disembangkan dua orang itu sehingga muka kedua-duanya tampak begitu berseri.

Sebaik sahaja Nyonya Suha menghilang di balik pintu rumahnya, Arra Soffiya segera berundur dan menuju ke 'pondok'nya bersama Tengku Ahmad Mannan yang terletak tidak jauh dari rumah Nyonya Suha dan Baba Lee. Hanya selang beberapa buah pondok lain sebelum sampai di pondok tempatnya dan suami tumpang berteduh sepanjang mereka berada di situ.

Lena TerindahWhere stories live. Discover now