34. Dingin Yang Hangat

171 16 4
                                    

Belum sempat Tengku Ahmad Mannan bersuara, Johan Miqail sudah menonong berjalan menuju ke arah Arra Soffiya yang sedang tersenyum manis. Tubuh kecil perempuan itu dipeluknya tiba-tiba.

" Arra, saya rindu awak!," ucap Johan Miqail. Arra Soffiya kaku tidak bergerak. Dia bingung untuk bertindak. Hendak terus menolak, air muka sahabatnya itu perlu juga dijaga. Tengku Ahmad Mannan yang turut menyaksikan, sudah menayang muka menyampahnya. Mata lelaki itu tajam menikam anak mata Arra Soffiya dari jauh.

" Ya, saya pun rindukan awak. Saya rindu semua kawan-kawan saya.., Tapi Johan, saya rasa awak dah boleh lepaskan saya, tak eloklah! Semua mata memandang, " bisik Arra Soffiya perlahan. Bahu Johan Miqail ditepuknya perlahan, agar cepat-cepat merungkaikan pelukan.

" Maaf semua!, " pinta Johan Miqail seraya mengurut tengkuknya. Menahan malu yang teramat. Dia sendiri bingung dengan tindakannya sendiri yang begitu spontan.

" Kau buat apa dekat sini? Kau pergi baliklah! Semua ini dah tak ada kena-mengena dengan kau lagi., " ucap Tengku Ahmad Mannan sombong. Wajah Arra Soffiya sudah tidak ditatapnya. Entah mengapa, adegan mesra tadi membuat tekaknya tiba-tiba naik loya. Tunggu masa hendak muntah sahaja ini. Nasib baik aku bersabar. Rungut Tengku Ahmad Mannan sendirian.

Arra Soffiya mendekati Puteri Anita. Tangannya dihulur untuk bersalam, Puteri Anita menyambut ringkas. Tengku Ahmad Mannan memandang bekas pengawal peribadinya itu dengan hujung matanya.

" Sebenarnya ini rumah nenek saya, Tuanku!, " beritahu Arra Soffiya ringkas seraya menunjukkan rumah papan kayu di belakangnya.

" Sebenarnya ini rumah nenek saya, Tuanku!, " beritahu Arra Soffiya ringkas seraya menunjukkan rumah papan kayu di belakangnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" What?, " Tengku Ahmad Mannan terkejut. Matanya segera tertarah ke arah Tuan Malik yang sudah bersedia menaiki rumah yang ditunjukkan Arra Soffiya. Bertuah punya Tuan Malik! Wah, orang tua ini makin naik toncang nampaknya. Tengku Ahmad Mannan mula membebel dalam hati.

Arra Soffiya cuba menahan senyum. Padan muka kau, Tengku Muda! Hati Arra Soffiya tiba-tiba berlagu riang. Reaksi Tengku Ahmad Mannan sebentar tadi menghiburkannya.

Arra Soffiya menatang dulang berisi beberapa juadah minum petang. Johan Miqail paling setia membantunya.

" Jemput makan semua. Maaflah, makanan macam ini saja yang boleh saya sediakan. Dalam hutan terpencil macam ini, susah sikit nak dapat bahan untuk masak makanan barat, " jemput Arra Soffiya sopan.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Lena TerindahWhere stories live. Discover now