16. Dari Dekat

167 23 3
                                    

Usai solat, Arra Soffiya melipat sejadah dan telekungnya. Ikatan rambutnya dilepas. Dia memang kurang gemar mengikat rambut. Nanti sakit kepala, namun demi kerjayanya dia terpaksa.

" Arra, kau tahu tak kenapa aku nak sangat kerja sebagai pengawal peribadi diraja Raya?," tanya rakan sebiliknya bersahaja. Wajah gadis itu tampak ceria sekali. Arra Soffiya turut mengangkat kening kehairanan. " Hah? Kenapa?," tanya Arra Soffiya ingin tahu.

" Sebab kalau kerja dekat istana ini gajinya mahal. Asrama dia pula, tak payah cakaplah. Lagi selesa daripada kondominium mahal dekat luar sana itu." beritahu Zia kegirangan. Arra Soffiya tersengih mendengar penjelasan Zia.

" Keluarga aku orang susah Arra, kalau aku dapat kerja lama dekat sini. Dapatlah aku tolong keluarga aku. Ini, aku dah terpilih jadi salah seorang rekrut pun sudah cukup bersyukur. Sebulan RM2500 elaun. Macam kau lainlah, kau memang orang berada," sambung Zia lagi.

Arra Soffiya menarik tangan Zia ke dalam gengamannya. " Kalau macam itu, kau kena buat yang terbaik dalam tempoh 6 bulan ini. Biar kau betul-betul dapat jadi pengawal peribadi diraja Raya.," nasihat Arra Soffiya. Zia yang terharu membalas gengaman Arra Soffiya.

" Siapa itu?," sekeping foto yang berapa di atas tilam Arra Soffiya menarik perhatiannya. Arra Soffiya kelihatan mesra memeluk seorang lelaki separuh umur.

" Ini? Ini abah aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Ini? Ini abah aku. Aku ke sini sebab dialah. Jujur Zia, aku tiada niat untuk terus bekerja di sini. 6 bulan aku di sini, hanyalah semata-mata untuk cari abah aku. Aku ada dengar cerita dia juga kerja dalam istana Raya ini. Tapi setakat ini aku sendiri pun belum pasti, sama ada dia bekerja di Istana Utama Salam Syahadah ataupun Istana Salam Awliya," jelas Arra Soffiya sambil menghulurkan gambar di tangannya itu kepada Zia. Gadis hitam manis itu menyambut penuh minat.

••••••••
Arra Soffiya menuruni anak tangga Istana Utama Salam Syahadah. Penat seharian mengenali istana terkenal itu dari dekat. Sebelum ini dengar cerita dari jauh sahaja.

Istana utama Salam Syahadah juga merupakan pusat pemerintahan rasmi Sultan Raya. Segala urusan pejabat pentadbiran negara bermula dan berakhir di sana.

Bahagian luar istananya berwarna putih. Istana putih itu diserikan lagi dengan seni ukiran bunga berwarna emas.

Tidak cukup dengan itu, pada setiap ukiran halus di dinding putih istana itu turut ditampal berlian-berlian yang diperolehi daripada sumber alam negara itu sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tidak cukup dengan itu, pada setiap ukiran halus di dinding putih istana itu turut ditampal berlian-berlian yang diperolehi daripada sumber alam negara itu sendiri. Terdapat beberapa buah kolam renang yang besar di dalam istana tersebut. Rekaan landskap di sekitar istana tersebut juga memukau mata yang memandang.

Terdapat sebuah istana lagi bersebelah Istana Utama, iaitu Istana Salam Awliya. Kawasan kediaman rasmi Sultan Raya dan kerabatnya ini kebiasaannya tertutup untuk masyarakat umum disebabkan privasi penghuninya terdiri daripada kerabat Sultan Raya.

Namun, ianya akan dibuka untuk masyarakat pada hari-hari tertentu selama beberapa hari seperti adanya perlawanan sukan diraja atau menyambut Hari Perayaan Aidilfitri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Namun, ianya akan dibuka untuk masyarakat pada hari-hari tertentu selama beberapa hari seperti adanya perlawanan sukan diraja atau menyambut Hari Perayaan Aidilfitri . Hal ini kerana, istana ini akan menerima tandangan rakyat Raya menyambut Syawal bersama pemimpin mereka.

Istana Raya turut memiliki garaj gergasi di mana ianya mampu memuatkan lebih 200 buah kereta mewah daripada pelbagai keluaran kenderaan hebat milik kerabatnya. Selain itu, garaj tersebut bersambung dengan kandang kuda The Royal Raya Polo Club (RRPC) yang memiliki hampir 200 ekor kuda.

(Vote and comment for your support) :)

Lena TerindahWhere stories live. Discover now