18. Mampukah?

138 20 0
                                    

Arra Soffiya bersiap ala kadar. Sewaktu dia sedang mandi. Zia tiba-tiba memberitahunya Tuan Malik sudah menunggunya di ruang santai kediaman mereka. Kalut sendiri Arra Soffiya jadinya.

" Kau sempat sabun tak, Arra?," tanya Zia sambil tertawa galak. Arra Soffiya menayang penumpuk gebunya. Gebu bukan sebarang gebu ini, kalau tidak gagah masakan dia terlepas sesi latihan fizikal masa hendak masuk akademi ini dulu.

Tuan Malik melambai mesra tangannya ke arah Arra Soffiya yang sedang menapak menuruni anak tangga. Arra Soffiya turut tersengih ramah.

" Maaflah Tuan kalau terpaksa tunggu lama," pohon Arra Soffiya. " Tidak mengapa. Saya faham. Sebenarnya saya datang ke sini bersebab," Tuan Malik berkata-kata sambil tangannya membelek sesuatu dalam buku catatannya.

" Bersebab? He he. Kekok pula saya rasa Tuan Malik. Ada apa-apa masalah ke Tuan?," Arra Soffiya tertanya-tanya tentang kedatangan Tuan Malik ke kediamannya. Siapa pun akan pelik. Tengoklah siapa yang datang, orang kanan Sultan dan Tengku Muda.

" Tak ada apa yang perlu dirisaukan. Semuanya baik-baik sahaja. Nah!," beritahu Tuan Malik sambil menolak dua keping foto di atas ke arah Arra Soffiya. Membuntang biji mata gadis polos itu sebaik sahaja melihat susuk tubuh di dalam foto di hadapannya.

" Kenapa kamu buat muka macam itu? Haih! Kamu tahu tak? Sebab inilah saya tak boleh beritahu misi baharu kamu dekat akademi seperti biasa. Sebab saya tahu kamu pasti akan menolak," jelas Tuan Malik bersungguh-sunguh.

••••••••
" Wah! Aaaaaahhhhh!," jerit Zia penuh keterujaan. Gila ah! Rakan sebiliknya ditugaskan sebagai pengawal peribadi Tengku Muda Ahmad Mannan.

" Perlahan sikit suara tu, Zia! Kepala aku tengah kusut ini.," tegur Arra Soffiya sambil menekup mulut bising Zia. " Kau suka sangat ya? Kita tukar tugas," pelawa Arra Soffiya. Zia mengangguk laju. Arra Soffiya tersenyum dia melihat telatah Zia yang sengal itu. Foto Tengku Ahmad Mannan di tangan Zia, diambil Arra Soffiya.

 Foto Tengku Ahmad Mannan di tangan Zia, diambil Arra Soffiya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Foto-foto di tangannya direnung dalam. Kata-kata Tuan Malik sebentar tadi mula menerjah ke mindanya. " Tengku Muda perlukan seorang pendamping yang sesuai. Dia sudah terlampau lama mengawal semua orang. Sesekali dia sendiri perlu dikawal. Tengku Muda itu punya pendirian yang sukar dicanggah oleh sesiapa pun, walaupun oleh Sultan Mukhlis sendiri.," beritahu Tuan Malik separuh berbisik. Arra Soffiya hanya memasang telinga.

" Tuan Malik yakin, saya boleh lakukan tugas berat ini dengan baik?," tanya Arra Soffiya lagi. " Saya yang jaga kamu semua dekat sini. Saya lebih kenal kemampuan diri kamu berbanding kamu sendiri," balas Tuan Malik sambil mengenggam tangannya sambil tersengih, lagaknya tidak ubah seperti orang Korea buat ' fighting '. Sengal jugak Tuan Malik ini kadang-kadang. Tapi sememangnya Tuan Malik seorang lucu, tetapi dalam lucunya ada ketegasannya ketika menjalankan tugas.

Haih! Mampukah kau Arra? Itulah, dulu pandai sangat cari penyakit kan? Kononnya kalau masuk akademi diraja ini, mudah sikitlah nak cari abah? Sekarang tengok! Abah ke mana? Tiba-tiba nak kena jaga anak Sultan pulak. " Kamu kena ingat Arra, Tengku Muda hanya akan mengalah dengan kita, bila dia benar-benar silap sahaja. Ingat, Tengku Muda itu panjang akalnya!," suara Tuan Malik berbisik lagi. Alamak! Aku ini sudah gila sebelum tiba masanya nampak. Telinganya digosok berkali-kali.

(Vote and Comment For Your Support) :)

Lena TerindahWhere stories live. Discover now