20. Not My Cup Of Tea

142 20 0
                                    

" Damn it!," Tengku Ahmad Mannan meradang. Tuan Malik berlari anak mendapatkan Tengku Ahmad Mannan. Aduhai! Sekejap saja ditinggalkan. Macam-macam hal sudah jadi. " Tengku Muda, bawa bertenang. Kenapa bising-bising ini?," tanya Tuan Malik satu persatu.

" Err,.." Arra Soffiya cuba bersuara namun terbantuk apabila melihat Tengku Ahmad Mannan menjeling tajam ke arahnya. Haih, Arra Soffiya? Kenapa hari ini kau tiba-tiba hilang suara? Berdepan dengan Tengku Ahmad Mannan terus hilang kata-kata.

Gila tidak hilang kata-kata? Lelaki di hadapannya ini bukan orang berketurunan 'tengku' biasa, tapi 'tengku' yang ini adalah tengku yang tinggal di dalam istana. Semuanya disegani ramai, perlu lebih dijaga dan dihormati. Seluruh penduduk negara memerlukan kerabat mereka untuk hidup aman di negara Raya itu.

" Beginilah, Tuan Puteri, saya rasa ada lebih baik, kalau Tuan Puteri balik ke kediaman dulu. Saya dengan Tengku Muda ada hal sikit. Boleh kan Tuan Puteri?," pujuk Tuan Malik. Dia cukup mengenali Puteri Anita, gadis manja itu harus dipujuk lembut. Jika dibentak, lain pula jadinya.

" Arra, kamu pun sama ya?," beritahu Tuan Malik sopan. Arra Soffiya mengangguk faham sebelum meninggalkan Tuan Malik dan Tengku Ahmad Mannan.

••••••••
" Beta tak setuju! Beta tak perlukan pembantu peribadi yang baru. Lagi-lagi perempuan. It's nonsense!," bantah Tengku Ahmad Mannan. " 10 tahun Tuan menguruskan beta. Mungkin Tuan sudah naik jemu dengan beta agaknya. Yalah, dulu pun beta yang rampas Tuan dari ayahanda. Kalau bukan sebab itu, mungkin sampai sekarang Tuan masih jadi pembantu peribadi ayahanda," luah Tengku Ahmad Mannan yang tiba-tiba terasa dengan perbuatan Tuan Malik.

" Astaghfirullahazim.., saya buat semua ini bersebab Tengku Muda. Hidup saya ini bukan selamanya menongkat langit. Suatu hari nanti saya akan pergi dijemput Illahi. Bukankah lebih baik sewaktu saya masih ada hari ini, kita cari seseorang yang berkebolehan dan sesuai dijadikan pembantu peribadi Tengku Muda. Saya sendiri yang akan tapis dan bimbing mereka nanti," jelas Tuan Malik panjang lebar. Termangu Tengku Ahmad Mannan dibuatnya.

••••••
" Hei, darling! Awalnya kau balik? Siap lepak dekat sini lagi.," tegur Zia yang baru balik dari akademi mereka. Di sisi Arra Soffiya dia mengambil tempat. Melihat Arra Soffiya seronok merendam kaki di dalam kolam, dia ikut serta.

" Ya Allah, apasal muka kau macam rumah tak sempat nak hias ini? Muka lawa, tapi serabai situ sini.," tegur Zia lagi. Arra Soffiya menjuihkan bibirnya dengan mata terpejam. Tiba-tiba, huaaa! Dia menangis di bahu Zia. Aah, sudah! Apahal pula minah sorang ini. Selalunya dialah yang paling brutal dan hati kering. Zia yang tercengang menggaru kepalanya yang tidak gatal.

•••••••
Teragak-agak Arra Soffiya mengetuk pintu pejabat Tengku Ahmad Mannan. Beberapa kali diketuk tetap tiada respon. Arra Soffiya mula cuak. Haih! Apa pula anak raja ini buat? Tak dengar ke aku ketuk pintu ini? Semalam tak dengar, hari ini tak dengar. Takkan dah pekak kut? Belum sempat fikirannya terbang jauh. Tiba-tiba pintu pejabat Tengku Ahmad Mannan dikuak dari dalam.

" Heh, kenapa kau tak masuk? Kau pekak eh? Dah berapa kali beta panggil," sergah Tengku Ahmad Mannan di muka pintu sambil bercekak pinggang. Arra Soffiya terkebil-kebil memandang Tengku Ahmad Mannan di hadapannya.

Di belakang Tengku Ahmad Mannan, Arra Soffiya mencebik. Dia ini kan, kalau ikut hati aku yang panas ini. Dah lama penumpuk aku ini hinggap dekat muka itu. Kau belum kenal lagi siapa Arra Soffiya yang sebenar.

" Tercegat apa lagi dekat situ? Kau ini memang lembab macam ini atau sengaja buat-buat lembab?," bebel Tengku Ahmad Mannan sambil mengelilingi Arra Soffiya. " Owh, beta rasa beta tahu. Kau saja buat muka blur macam itu, kononnya comel sangatlah. Kenapa, kau cuba nak goda beta ke?," tuduh Tengku Ahmad Mannan separuh berbisik di telinga Arra Soffiya.

" Jadi, Tengku Muda tergodalah?," sindir Arra Soffiya sudah mula tunjuk belang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Jadi, Tengku Muda tergodalah?," sindir Arra Soffiya sudah mula tunjuk belang. Tengku Ahmad Mannan terkejut mendengar pertanyaan berani Arra Soffiya. Perempuan ini. " Sorry?," tanya Tengku Ahmad Mannan tidak percaya. Perempuan ini seolah-olah sedang mencabarnya. Kita hendak menguji kesabarannya, kesabaran diri sendiri pula yang tergugat. Rungut hati Tengku Ahmad Mannan.

" Kalau itu yang Tengku Muda risaukan. Don't be your highness, because you're not my cup of tea," lawan Arra Soffiya lagi. Kali ini dia sudah berani menentang mata Tengku Ahmad Mannan. Darah muda Tengku Ahmad Mannan serta-merta mendidih. Tubuh Arra Soffiya ditolak kasar ke dinding. Bahu gadis itu dicerkamnya. Arra Soffiya menahan rasa. Kata-kata Tuan Malik masih dipegangnya, hendak melawan anak raja sorang ini hati, jiwa, fizikal, mental kena cekal.

" Hei, perempuan! Kau jangan nak cabar beta. Kau nak beta rogol kau dekat sini jugak ke?," ugut Tengku Ahmad Mannan. Rahangnya dikacip ketap menahan geram.

Kata-kata Arra Soffiya menguris kelelakiannya. Aku ini anak raja yang kaya raya. Semua perempuan tergila-gilakan. Tapi perempuan di hadapannya ini? Tergamak betul dia mengatakan ' You're not my cup of tea'. Menolak putera raja mentah-mentah, dah macam tolak ikan busuk dekat pasar sahaja lagaknya. Wah, perempuan ini benar-benar sudah melampau.

(Vote and comment for your support) :)

Lena TerindahWhere stories live. Discover now