3. Princes Charming of Raya

195 25 0
                                    


Sorakan jelas kedengaran apabila perlawanan polo diraja. Perlawanan tersebut akhirnya milik anakanda-anakanda Sultan Ahmad Mukhlis.

Putera-putera muda itu bersorak dan ketawa gembira berjaya menewaskan ayahandanya. Sultan Ahmad Mukhlis mengangkat kedua-dua tangan tanda mengalah sambil tersenyum.

Anak-anak gadis kegirangan melihat wajah kemenangan putera-putera diraja mewah itu. Putera muda kelapan, Yang Teramat Mulia Paduka Raya Tengku Ahmad Mannan Ibni Sultan Ahmad Mukhlis.

Baginda masih muda dan belum berpunya. Orangnya segak, tinggi, berkulit sawo matang, berwajah tenang bersahaja dan sangat terserlah kemaskulinannya.

Berwajah serius membuatnya kelihatan sombong, namun dia tidak pernah menghampakan rakyat yang ingin berswafoto bersamanya walaupun di tempat awam. Baginda tetap nampak manis dan berkarisma dengan caranya tersendiri.

" Strong eyes " yang dimilikinya mampu menggetarkan jiwa.
Sangat gemar melibatkan diri dalam pelbagai acara sukan terutamanya sukan renang dan polo berkuda.

Mendapat pendidikan terbaik di Sekolah Rendah dan Sekolah Tinggi Sains Sultan Ahmad Muazam, melanjutkan pelajaran ke University of Raya sehinggalah baginda akhirnya menamatkan pengajiannya di Royal Military Academy Sandhurst.

Tidak hairanlah jika Tengku Ahmad Mannan digelar sebagai "Captain America" dalam kalangan rakan-rakan serta rakyat baginda.

Seawal usia 25 tahun lagi dia telah diberikan tanggungjawab yang berat demi menjaga keharmonian negara. Populariti baginda semakin terserlah sampai ke negara-negara jiran selepas hari pertabalannya sebagai menteri pertahanan negara Raya Darul Ma'wa.

Tengku Ahmad Mannan turun dari kudanya. Wajahnya berseri. Tersenyum puas. Kayu pemukul polo diserah kepada pengendali kuda.

Baginda kemudiannya berjalan ke arah bondanya, Tuanku Permaisuri Tengku Munirah binti Tengku Norudin. Tangan bondanya dikucup penuh kasih. Ubun-ubun puteranya diusap permaisuri.

" Tahniah anakanda, " ucap Tuanku Permaisuri mesra.
Putera mudanya hanya tersenyum simpul.

" Ayahanda sudah berumur. Itu pasal selalu kalah sekarang ini. Kalau sepuluh tahun ke belakang dahulu, belum tentu anakanda beta ini semua mampu tewaskan ayahanda, " bidas Sultan Ahmad Mukhlis tidak mahu mengalah.

" Sudah lah kumpulan ayahanda ada budak dua orang tu. Haih, lambat betul mereka main sekarang ini. Kurang stamina, " sambung baginda sultan lagi sambil menunding ke arah dua orang lagi puterinya, iaitu Ainna Malaika Puteri dan Amina Maisarah Puteri.

Kerutan penuaan di wajah tua itu masih belum bisa menutup ketampanan yang dimiliki baginda.

Sebagai seorang perdana menteri dan penasihat agama utama di negara Raya Darul Ma'wa, Sultan Ahmad Mukhlis menekan konsep Melayu Islam Beraja sebagai identiti tunggal bangsa Raya dengan melahirkan budaya melayu yang mengikat kesetiaan rakyat pada kerajaan dengan berkat dan hakikat Illahi
Islam.

••••••••
" Anything else?," tanya Tengku Ahmad Mannan pada abang dan sepupunya yang tekun menyenaraikan sesuatu dalam sehelai kertas. Dia sendiri sudah berdiri tidak sabar ingin melihat hasil perbincangan mereka.

" What do you think, Mannan?, " kertas yang dihulurkan Tengku Ahmad Muaz bersambut. Kertas itu ditilik Tengku Ahmad Mannan penuh minat.

Kring Kring Kring!!! Telefon bimbit Tengku Ahmad Mannan tiba-tiba berdering minta diangkat.

" Yess?, " sapa Tengku Ahmad Mannan di hujung talian.

Suara lunak seorang gadis asing di talian membuatnya tertanya-tanya. Nombor telefon di skrin dipandangnya sekilas. Who is she? Gumam hatinya.

( Vote and comment for your support ) :)

Lena TerindahWhere stories live. Discover now