23. Mana Aku Tahu

130 20 0
                                    

" Ishh, lambat betul. Mana perginya driver aku ini. Aku dah tak tahan ni, " bising Puteri Anita sendirian dalam kereta Mercedes-Benz hitam milik keluarganya. Kelibat pemandunya dicari lagi.

Itulah kau Anita! Tadi kebulur sangat nak makan Big Apple. Sekarang ini tengok, Big Apple entah ke mana, kencing pun dah nak terkeluar ini. Memang tak boleh jadi ini!

Kalau aku terkencing dalam kereta ini, terkejut beruk pula her lovely silent readers ini semua😂. Puteri raja boleh terkencing dalam seluar? 😱. Betul tak Miss Author? Hihihi. Rungut hati Puteri Anita.

Johan Miqail melilau ke kiri dan ke kanan, mencari parkir yang berhampiran Royale Mall. " Johan, sana sana!, " beritahu Imran yang duduk di sebelahnya. Johan Miqail tersengih melihat ke tempat yang ditunjuk Imran.

Belum sempat dia laju merebut tempat parkir itu, tiba-tiba ada orang melintas melulu di hadapannya. Pedal break ditekan kuat, Ryan dan Ajim terdorong agak kuat ke hadapan memandangkan mereka tidak memakai seat belt. Kus semangat Johan Miqail seketika. Sambil berdecit, dia melepaskan seat beltnya.

" Cik tak apa-apa ke?, " tanya Johan Miqail prihatin. Gadis itu cuba dibantunya.

Imran terkedu sebaik sahaja gadis itu mendongak ke arahnya dan Johan Miqail. Alamak, Puteri Anita.

" Awak siapa?, " tanya Puteri Anita yang masih blur. Terkejut barangkali.

" Ini kereta saya," beritahu Johan Miqail jujur seraya menunjuk ke arah keretanya.

" Jadi kereta awak yang langgar saya? ," tanya Puteri Anita dengan mukanya yang masih pucat. Lagaknya seperti orang tidak puas hati.

" Hampir, belum langgar lagi. " balas Johan Miqail bila tengok gelagat perempuan itu semacam. Perempuan ini, aku tak sempat langgar pun dah satu untung.

" Dah cuai, tak nak mengaku pulak ya?, " tuduh Puteri Anita lagi.

" Cik pun sama. Jalan tu lain kali tengok-tengoklah. Berangan eh?, " Johan Miqail tidak mahu mengalah.

" Apa benda kau ini?, " marah Johan Miqail pada Imran yang dari tadi tidak habis-habis menyiku lengannya.

" Dengan perempuan itu cakaplah baik-baik sikit, " tegur Imran sambil tersengih memandang Puteri Anita.

" Dengan perempuan macam ini tak boleh diberi muka, " sindir Johan Miqail.

" Kalau macam tu diam!, " jerit Puteri Anita sambil berlari menuju ke kereta Johan Miqail. Tidak semena-mena bahagian hadapan kereta Johan Miqail dicalarkan Puteri Anita, menggunakan kunci kereta yang dipegangnya sejak tadi.

Johan Miqail menghalang perbuatan melampau gadis itu. " Ini kereta akulah!, " berkerut muka Johan Miqail menahan marah.

" Ini layanan terbaik untuk orang yang mulut jahat macam awak, " kata Puteri Anita sebelum menyambung kembali perbuatannya. Kali ini Johan Miqail lebih pantas merangkul tubuh Puteri Anita. Meronta-ronta Puteri Anita minta dilepaskan.

" Aah..., tolong tolong!, " jerit Puteri Anita sekuat hati. Suaranya yang agak lantang ditangkap oleh pemandunya yang sudah sampai di kereta. Bergegas dia berlari menjejak suara Puteri Anita.

" Berhenti menjerit, " larang Johan Miqail sambil menekup mulut Puteri Anita dengan tangan kasarnya. " Diam! Kalau kau tak berhenti menjerit, aku cium kau, " ugut Johan Miqail yang turut naik angin. Tidak sampai sesaat, Puteri Anita diam tidak berkutip.

 Tidak sampai sesaat, Puteri Anita diam tidak berkutip

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


" Mmm, boleh pun berhenti.," rungut Johan Miqail. " Ni saya nak beritahu satu perkara. Perempuan macam awak ini, nak cium pun saya tak tergamak tau?, " sambungnya lagi.

" Lelaki gila! Awak fikir muka awak tu banyak kacak?, " Puteri Anita menyinga kembali seraya menolak muka Johan Miqail dengan tangan kanannya. Imranlah selalu merungkaikan dua orang bermasalah itu.

" Tuan Puteri? Macam mana Tuan Puteri boleh ada dekat sini?, " tanya pemandu Puteri Anita yang tiba-tiba muncul

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


" Tuan Puteri? Macam mana Tuan Puteri boleh ada dekat sini?, " tanya pemandu Puteri Anita yang tiba-tiba muncul.

••••••••

" Puteri Anita? Aku belum pernah nampak dia. Walaupun dah 3 bulan kita tinggal dalam kawasan istana, " beritahu Johan Miqail yang masih fokus dengan pemanduannya. Wajahnya masih mencuka.

" Ishh, kau biar betul? Takkan sekalipun tak pernah jumpa?, " duga Ajim tidak percaya.

" I'm serious. Terserempak dari jauh pun tak pernah, " jujur Johan Miqail.

" Aah, pedulilah. Apapun Arra aku lagi cantik!, " sambungnya lagi. Rindunya pada Arra Soffiya mula bertandang. Sudah lama dia tidak bertemu mata dengan junior kesayangannya itu.

" Wowowo! Dua-dua lawa weh. Dua orang itu, kalau jadi adik beradik pun layak kut. Yela, Arra Soffiya itu walaupun orang kebanyakan macam kita, tapi hidup dia high status sebab memang berasal dari keluarga yang berada. Jadi, pembawaan dirinya itu nampak setaraf dengan puteri diraja," balas Ajim bersungguh-sungguh.

" Ha'ah. Sebab dia tu memang sedia kayalah aku pelik. Kenapa dia susah-susah nak kerja macam kita. Yes, kerja macam kita ni kalau orang tengok macam best. Hidup dalam istana, gaji mahal, dikelilingi orang-orang ternama. Tapi hakikatnya, mencabar weh. Silap hari bulan, kita dulu yang kena tembak mati sebab nak pertahankan kerabat sultan, " sampuk Ryan pula yang merupakan teman sekampung Arra Soffiya.

Johan Miqail termangu sebentar mendengar kata-kata Ryan. Ada benarnya juga bila difikirkan balik. Arra Soffiya memang seorang perahsia terutamanya hal yang melibatkan keluarganya.

( Vote and comment for your support : )

Lena TerindahWhere stories live. Discover now