38. One Slap From You, One Kiss From Me

198 17 12
                                    

Daun pintu biliknya dibuka sedikit, Arra Soffiya mengintai suaminya di celah pintu. Haih, takut pulak aku hendak masuk tidur di dalam. Karang kalau aku tidur kat bilik tetamu, apa pulak kata semua orang nanti. Umi? Fuhh, mati katak aku, kalau umi tahu aku yang buat hal ini. Tak boleh jadi ini! Arra Soffiya masih berkira-kira di luar bilik. Dia belum boleh memutuskan, mahu masuk ke dalam ataupun tidak. Kepalanya yang tidak gatal itu digaru lagi.

Heh, Arra! Yang kau takut sangat dengan laki kau itu pasal apa? Bukannya dia itu ganas macam harimau, boleh makan orang. Paling ganas pun, bela harimau aje. 😇

Cakap senanglah! Kalau dia tiba-tiba nak tuntut 'hak' dia malam ini macam mana? Naya aku nak melayannya. Nak melayannya berbekalkan apa? Kalau rasa kasih, sayang dan cinta pun belum ada. Nak berbekalkan tanggungjawab semata-mata? Somebody help me! 😑🔫

Tak aku! Kalau kahwin dengan lelaki lain,  mungkin boleh dipertimbangkan lagi. Tapi kalau Tengku Ahmad Mannan ini lebih baik janganlah. Dia kahwin dengan aku ini pun, sebabkan  dia nakkan sangat wasiat itu. Itu yang aku tahu, yang aku belum tahu? Entahlah.. Fikir Arra Soffiya lagi seraya mengherotkan bibir mungilnya ke kiri dan kanan.

" Hoih, Arra! Kau tercegat dekat sini buat apa?., " sergah Rozana tiba-tiba dari belakang. Cepat- capat Arra Soffiya menarik Rozana agar berjauhan dari bilik tidurnya. Dia khuatir suaminya akan mendengar suara kepoh Rozana yang suka menyakat itu.

Ikutkan hati, nak jugak aku lempang cucu kesayangan Nek Nab inilah! Terkumat-kamit mulut Arra Soffiya membebel sambil mengurut dadanya. Terperanjat betul dia dengan 'jelmaan' nenek lampir yang seorang itu dengan rambut serabainya. Rozana tertawa galak melihat reaksi sepupunya itu. " Kenapa ini? Takut eh? Hmm, aku dah agak dah., " usik Rozana bersama tawanya yang masih berbaki. Jarinya digerakkan menunding nakal ke arah sepupunya itu.

" Kau ini memang gatal eh, Ana?, " marah Arra Soffiya sambil memaut jari nakal Rozana. Suara Rozana yang agak kuat menjerit itu, memancing Mariah datang mendekat. Segera Arra Soffiya melepaskan jari Rozana. " Arra, belum masuk tidur lagi ke?, " tanya Mariah seraya menarik Rozana mendekatinya. Di belakang Mariah, Rozana mengangkat ibu jarinya ke arah Arra Soffiya. Sepupunya itu mencebik geram.

" Suami Arra dah tidurlah, umi! Penat sangat agaknya itu. Jadi, kalau Arra masuk ke dalam lewat sikit pun, dia tak kisah rasanya. Mm, apa kata kita sembang-sembang kat ruang tamu dulu? Jom!, " ajak Arra Soffiya. Sengaja dia mencari helah untuk mengindar dari masuk ke dalam bilik terlalu awal.

" Jangan nak mengada!, " putus Mariah yang berkeras saat anak perempuannya itu, cuba menarik tangannya menuju ke sofa. Rozana hanya tersengih sambil berpeluk tubuh melihat telatah sepupunya yang sudah tidak keruan itu.

" Aarghh.., sakitlah umi!, " jerit Arra Soffiya apabila bahunya terasa sakit dicubit kuat oleh uminya, Mariah. " Kenapa macam ini, Arra? Arra buat umi curiga tahu.., " ucap Mariah melahirkan rasa sangsinya yang mula bersarang. Dia benar-benar tidak suka jika anak perempuan itu mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Baginya seburuk apapun perangai seseorang suami itu, asalkan dia tidak menyuruh isterinya melakukan hal yang bercanggah dengan akidah. Kita sebagai isteri wajib menghormati, melayan, dan menyayangi suami kita.

" Erkk... Huarghh! Tiba-tiba pulak rasa mengantuk, umi. Kita sembang esok ajelah, ya? Arra masuk dalam dululah., " lekas-lekas Arra Soffiya menyalami uminya, sebelum masuk menyembunyikan dirinya di sebalik pintu bilik. " Kus semangat!, " ucap Arra Soffiya perlahan seraya melepaskan keluhannya.

" Kau pulak, Ana! Jangan nak menyengih dekat sini. Mak Long nikahkan juga kau dengan anak Joyah itu karang!, " marah Mariah pada anak saudaranya. Marah-marah manja aje. Tak ada yang serius pun sebenarnya. " Mak Long! Tak ada siapalah yang nak jadi menantu Makcik Joyah kepoh itu.., " rengek Rozana seraya meraih lengan Mak Longnya.

Lena TerindahWhere stories live. Discover now