10. Salah Siapa?

165 24 0
                                    

Arra Soffiya menangis teresak-esak di tepi jasadnya yang masih terbaring kaku. Ingatan terhadap uminya pasti membuatnya muncul kembali di situ.

Kemunculan uminya dari tandas meredakan tangisan Arra Soffiya. Wajah keibuan itu ditatap sepuas-puasnya.

Tubuh Arra Soffiya dilap Mariah perlahan. " Umi, tadi Arra tercederakan seseorang. Tapi, Arra tidak sengaja umi. Apa patut Arra buat sekarang ini umi?," rintih Arra Soffiya tanpa didengar uminya, Mariah.

Arra Soffiya duduk berteleku di atas sofa. Macam mana keadaan dia sekarang? Macam mana kalau dia mati? Berdosakah aku Ya Allah!!! Wajah basahnya diraup untuk kesekian kali.

Membuntang kedua-dua mata Arra Soffiya sebaik sahaja matanya dibuka semula. Ruang mewah yang terhidang di depan matanya kini lebih menarik perhatiannya. Seumur hidupnya itu belum pernah dia saksikan kemewahan sebegitu.

Tapi kenapa tempat ini nampak macam...? Ternyata betul telahannya. Itulah bilik di mana putera itu dirawat. Arra Soffiya mendekati Tengku Ahmad Mannan yang sedang terbaring di katil hospital. Siapa sebenarnya dia ini? Kalau bilik rawatan sudah mewah begini, agak-agak macam manalah rupa rumahnya?

•••••••••

Berita utama TVRaya hari ini...

" Bakal Menteri Pertahanan Negara, Yang Teramat Mulia Paduka Raya Tengku Muda Ahmad Mannan Ibni Sultan Ahmad Mukhlis, yang juga merupakan putera diraja Raya yang ke-8, mengalami patah tulang rusuk kiri dan pendarahan di kepala akibat kemalangan jalan raya, kira-kira jam 1 pagi tadi.

Kejadian itu berlaku apabila kereta yang dipandu baginda hilang kawalan hingga melanggar sepohon pokok besar di tepi jalan, berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Raya Royale. Keadaan baginda yang masih koma dilaporkan stabil."

Arra Soffiya yang kebetulan melewati televisyen hospital itu, tergaman seketika. Sungguh dia tidak sangka pemuda itu adalah seorang putera diraja.

Sangkanya itu suatu anugerah yang diberikan Tuhan kepadanya, kerana pemuda itu mampu merasai kehadirannya. Kalau dia tahu pemuda itu seorang yang begitu penting dan diperlukan untuk keamanan negara pentadbirannya. Pasti, Arra Soffiya tidak akan cuba untuk meminta tolong daripada lelaki itu.

•••••••••
Arra Soffiya mendekati Tengku Ahmad Mannan. Tubuh lelaki itu berselirat dengan wayar-wayar yang membantu pernafasannya. Arra Soffiya membongkok sedikit tubuhnya. Di telinga Tengku Ahmad Mannan dia berbisik. " Encik! Eh, Tuanku... Cepat sembuh tau? Semua orang perlukan Tuanku di sini., "

Tiba-tiba tubuh Tengku Ahmad Mannan mengejang. Matanya terbeliak ke atas. Arra Soffiya kalut. Apa harus dia buat? Tengku Ahmad Mannan keseorangan dalam bilik itu. Dia pula tidak mampu menolong, walaupun untuk menekan butang kecemasan. Hanya doa mampu Arra Soffiya pohonkan, mudah-mudahan Tuhan kabulkan pada saat itu juga.

Beberapa pengawal diraja yang masuk ke bilik itu terkejut melihat keadaan Tengku Ahmad Mannan sudah tenat, pantas mendapatkan doktor. Tubuhnya bagai tersentak-sentak. Arra Soffiya hanya mampu menangis ketakutan.

Berlumba-lumba para medik menerjah masuk ke dalam bilik rawatan Tengku Ahmad Mannan.

(Vote and comment for your support) :)

Lena TerindahWhere stories live. Discover now