8. Bahu Keputeraan

152 21 3
                                    

Suasana dalam Balai Singgahsana Kemahkotaan Raya begitu meriah melangsungkan Majlis Istiadat Bersanding. Ruang singgahsana itu dihias begitu indah dengan susunan kerusi-kerusi para tetamu khas dan para jemputan mengikut susunan adat istiadat.

Istiadat Bersanding Diraja Raya disaksikan di hadapan ribuan tetamu khas dari dalam dan luar negara termasuk ketua-ketua kerajaan dan negara, tetamu-tetamu diraja serta orang-orang kenamaan yang lain.

Sebagai pengiring pengantin, Tengku Ahmad Mannan segak mengenakan perlengkapan kebesarannya berwarna hitam emas. Rambut terpacaknya menyerlahkan lagi kemaskuliannya sebagai seorang putera diraja.

Bermula dari pendaftaran, ketibaan para tetamu hinggalah ke majlis penutup telah dijayakan dengan sempurna dan terkawal keselamatannya. Usai majlis, sesi bergambar tidak dilupakan untuk dijadikan sebagai kenangan.

••••••••
Tengku Ahmad Mannan menyambut botol susu daripada pembantunya, Zaki. Anak harimau kesayangannya di dalam kurungan diambil dan digendong.

Baginda kemudiannya mengambil tempat di sofa berdekatan. Tuan Malik mengetuk seraya membunyikan loceng dari luar pintu bilik santai khas Tengku Ahmad Mannan. Putera itu sering meluangkan masanya bersama adik-beradik serta kerabatnya lain di situ.

Pintu dibuka oleh Zaki dari dalam. Sebuah senyuman mesra diberikan Tuan Malik kepada Zaki.

" Silakan masuk, Tuan., " jemput Zaki.

" Terima kasih Zaki. Tengku Muda ada di dalam kan?, " tanya Tuan Malik seraya menepuk bahu Zaki.

" Ya Tuan. Tengku Muda sedang menyusukan Lulu, " balas Zaki ramah.

Tuan Malik mengangguk faham.
" Baiklah. Saya pergi jumpa Tengku Muda sekejap, " Pinta Tuan Malik sopan sebelum melangkah mendekati Tengku Ahmad Mannan.

Tengku Ahmad Mannan sedang menyusukan Lulu sambil mengusapkan kepala anak harimau comel itu. Putera itu nampak ringkas berbaju t-shirt hitam berseluar jeans.
" Assalamualaikum, Tengku Muda." tegur Tuan Malik.

" Waalaikumussalam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Waalaikumussalam. Hah, Tuan Malik. Macam mana pendaftaran rekrut baru tadi? Semua berjalan lancar ke?, " tanya Tengku Ahmad Mannan bersahaja.

" Alhamdulillah, setakat ini semua berjalan lancar Tengku Muda, " beritahu Tuan Malik seadanya.

Tengku Ahmad Mannan mengangguk faham. Lega semuanya berjalan lancar. Menjadi sebahagian dari keluarga diraja Raya, bahunya memikul bebanan tanggungjawab yang cukup berat. Kerana genap umurnya 29 tahun. Jawatan Menteri Pertahanan akan diserahkan padanya sepenuhnya.

" Baguslah, "

Usai menyusukan Lulu, Zaki dipanggil untuk mengambil alih menjaga anak harimaunya. Tengku Ahmad Mannan kemudiannya melangkah ke tingkap kaca berdekatan. Pohon-pohon menghijau di luar istana menjadi santapan matanya kini.

Kring! Kring! Kring!
Telefon Tengku Ahmad Mannan mendapatkan telefon bimbitnya.


(Vote and comment for your support) :)

Lena TerindahWhere stories live. Discover now