29. Perlukah semua ini?

135 21 4
                                    

Tengku Ahmad Mannan melangkah laju. Langkah panjang pemuda itu turut diekori Tuan Malik dari belakang. Air muka sang putera itu nampak semacam. Tidak jernih seperti biasa. Berita yang baru sahaja diterimanya itu sangat melukakan jiwanya.

Sebaik sahaja tiba di hadapan bilik pentadbiran Sultan Ahmad Mukhlis, Tuan Malik segera menawarkan dirinya untuk mengetuk pintu itu.

" Ayahanda buat begini sebab mereka ada hak, Mannan!, " jelas Sultan Ahmad Mukhlis. Matanya memandang tepat ke wajah anak lelakinya itu.

Wajah pemuda itu tampak kecewa dengan keputusannya.
Tengku Ahmad Mannan tertawa sinis.

Sambil bercekak pinggang, dia berdecit beberapa kali. " Hak! Kalau nak bercakap tentang hak, kita memang tak ada hak ayahanda. Kalau masa boleh diputar kembali, Mannan sendiri pun tak nak pikul tanggungjawab seberat ini. Tiada guna usahakan inisiatif yang Mannan fikirkan selama ini, kalau hujung-hujungnya jadi macam ini, "
Sungguh dia kecewa dengan tindakan ayahandanya kali ini.

" Jangan salah faham, Mannan. Ayahanda buat semua ini hanya nak Mike belajar sistem pentadbiran negara sahaja. Ayahanda yakin, Mike akan cepat belajar di bawah pengawasan Mannan., "

" Nonsense! Dengan Mike yang tiba-tiba muncul dan memangku jawatan Timbalan Menteri Pertahanan itu masih terlalu banyak benda yang dia perlu belajar dari asas. Mannan tak suka nak buang masa untuk explain semua benda yang Mannan dah belajar 10 tahun yang lalu. It's a waste of my time, ayahanda!, " rungut Tengku Ahmad Mannan tidak puas hati.

Panas hati punya pasal, kerusinya ditolak ke belakang dan terus berdiri.
Sultan Ahmad Mukhlis sedikit cuak melihat perilaku anak lelakinya itu. Belum apa-apa lagi sudah sentap.

Entah mengapa, sejak kepulangan abang dan anak saudaranya itu ke istana, perangai anaknya semakin berubah.

" Tengku Ahmad Mannan! Ayahanda tak sangka Mannan boleh jadi begitu selfish, " marah Sultan Ahmad Mukhlis dengan suara yang tegas. Langkah Tengku Ahmad Mannan terhenti di depan pintu. Dia berpaling semula ke arah ayahandanya.

" Selfish? Huh, tak apalah ayahanda. Suatu hari nanti ayahanda akan tahu siapa yang paling selfish antara kami. Masa itu ayahanda akan tahu apa yang Mannan risaukan sangat sekarang ini., " balas Tengku Ahmad Mannan sebelum meninggalkan ayahandanya yang masih termangu dengan kata-katanya.

Tuan Malik sempat meminta maaf atas kata-kata dan perlakuan Tengku Ahmad Mannan sebelum dia turut keluar dari pejabat Sultan Ahmad Mukhlis.

••••••••

" Kenapa sampai begitu sekali, Tengku Muda?, " tanya Tuan Malik dengan suara yang agak lantang. Terkejut betul dia apabila mendengar pengakuan nekad Tengku Ahmad Mannan.

" I'm try to make it better, not try to make it worse!, " ucap Tengku Ahmad Mannan perlahan. Arra Soffiya yang masih berdiri di atas tangga, hanya mampu melihat pemuda itu dari atas.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Lena TerindahWhere stories live. Discover now